13/06/2016

Crochet Pattern : Owl Plush

Salam..

Saya dah berjaya siapkan satu lagi owl crochet plush yang macam haritu..
Cuma kali ni telinga tu saya adjust balik..


Jadi tak?

Ni versi perempuan tau.. Tu yang ada eyelashes tu..

Nak share patter ni untuk korang cuba pulak..
Ini simple2 je tau..
Asalkan tau tali air dan single crochet dah bole buat..

Pattern untuk Owl Plush Crochet

Baris 1 : Tali air 35x
Baris 2 hingga baris 50 : single crochet 50x , tali air 1x ; pastu pusing
Buat sampai bari 50

Sampai baris 50, dah siap segiempat tepat.
Sekarang kita buat telinga dia pulak..

Baris 51 : single crochet 12x
Baris 52 : single crochet 11x ; tali air 1x
Baris 53 : single crochet 10x
Baris 54 : single crochet 9x; tali air 1x
Baris 55 : single crochet 8x
Baris 56 : single crochet 7x; tali air 1x
Baris 57 : single crochet 6x
Baris 58 : single crochet 5x; tali air 1x
Baris 59 : single crochet 4x
Baris 60 : single crochet 3x; tali air 1x
Baris 61 : single crochet 2x
Baris 62 : single crochet 1x; tali air 1x

Dah siap satu telinga..
Jom buat sebelah lagi..

Mulakan dari hujung sebelah satu lagi; buat baris 51-62 (cara yg sama seperti telinga pertama tadi)

Siap sekeping..

Sekarang buat mata dan paruh dia dengan menggunakan polyester felt.
Bole juga nak crochet, tapi saya tak reti buat crochet bulat. 
Huhuhu...

Biji mata dia saya guna safety eyes.
Boleh dapatkan kat sini
Siap!

Ketepikan kejap.

Okay, sekarang nak buat sekeping lagi yang sama macam tadi sebagai bahagian belakang badan dia..
Mula dari baris 1-62
Buat sama macam tadi..

Sekarang ada 2 keping kan..
Cantum kedua2 keping tu dengan cara jahit sekeliling..
Saya gunakan jarum plastik lubang besar ni..


Bole dapatkan kat SINI

Atau guna apa2 jarum asalkan muat nak masukkan benang kait tu,,

Jahit sekeliling (guna lilit ubi je pun ok) dan masukkan kapas..

Siap!

Sori, takde gambar..
Saya akan masukkan bila start buat yang hijau nanti dan remind korang semula ya..

Kalo dah buat, sudi2 la letak link kat komen..
Nak tengok.. ^__^

Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Adbox