PERIHAL

ASMA-FELT-BOX ditubuhkan pada 2010 oleh Sis Asma dengan hanya sekadar berhobi. Bermula dari rakan sekolah adiknya, sehingga ke saudara mara, rakan-rakan FB dan menular ke stranger mula membuat tempahan. Bukan hanya tempahan hadiah, malah turut memerima tempahan pukal kenduri kahwin.

Akibat tempahan semakin meningkat; kekurangan bahan mentah telah melanda; maka Sis Asma mula membeli bahan mentah secara pukal bermula dari pek kepada dozen kepada carton sehingga ke cubic meter bagi memenuhi tempahan yang kian menjadi-jadi.

Dek kerana FELT CRAFT mula mendapat tempat di kalangan student, wanita bekerjaya dan suri rumah; maka ramai lah di antara mereka request untuk membeli sedikit bahan mentah ASMA-FELT-BOX dan Sis Asma yang baik hati tidak sesekali menolak permintaan suci mereka. Namun begitu, menyiapkan tempahan kraf dan dalam masa yang sama melayani pelanggan yang ingin membeli bahan mentah dan pos setiap hari sedikit sebanyak mempengaruhi masa, dan kesihatan fizikal dan mental Sis Asma kerana tidak sempat untuk menyelam sambil minum air. Beliau hampir kelemasan setiap hari tapi kutahan Jebat..

Pada 2013, ASMA-FELT-BOX telah membina e-commerce yang pertama iaitu asmafeltbox.lot.my dimana para pelanggan boleh membeli terus melalui website tanpa perlu menunggu respond email dari Sis Asma yang sentiasa kelam kabut bersama felt dan benangnya (dan gunting, dan gam, dan butang dan macam-macam lagi). Namun para pelanggan masih terus setia menunggu respond dari Sis Asma kerana mereka lebih berkeyakinan jika dapat berkomunikasi sebelum setuju untuk membeli. Atas rasa timbang rasa dan saling sayang menyayangi antara ASMA-FELT-BOX yang rata-ratanya comel lagi memahami, Sis Asma dapat melayani mereka pada waktu-waktu terteu sahaja bagi memastikan setiap pembelian bahan mentah dipos dan tempahan kraftangan juga disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Pada suatu hari, smartphone telah diperkenalkan maka dalam masa yang singkat sahaja berduyun-duyunlah warga muda mulai memilikinya dan melayari internet menggunakan telefon pintar yang tersangat pintar itu. Perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi ASMA-FELT-BOX yang pada ketika itu websitenya mengalami paparan yang tidak menyenangkan apabila dibuka melalui smartphone.

Tidak mahu kalah dengan teknologi, Sis Asma telah mengupgradekan website beliau kepada asmafeltbox.com yang memberi paparan automatik untuk pengguna telefon pintar; namun keseronokan itu hanya bertahan hanya 6 bulan sahaja akibat developer website tersebut yang ghaib dari muka bumi tanpa dikesan. Ada ura-ura mengatakan developernya telah dikidnap makhluk asing tapi rasanya memang betul pun. Ini mengakibatkan masalah yang teramat besar kepada kedai kecil ini, namun atas kebijkasanaan Sis Asma yang mengekalkan website asalnya di alam maya; secara automatik para pelanggan telah di-directkan ke website lama sementara Sis Asma memulakan ekspedisi mencari developer yang akhirnya menemui kegagalan...

Walaupun sakit hati terhadap makhluk asing durjana, namun Sis Asma tidak sesekali membiarkan peristiwa hitam itu meruntun hatinya. Tanpa berlengah lagi asma-felt-box.com telah dibina pada 2014; dengan menggunakan konsep yang sama; cuma ia stand alone bagi mengelakkan kehilangan website ini berlaku lagi. Kali ini paparan versi mobilnya lebih canggih dan Sis Asma yang baik hati lagi cantik rupawan telah memperkenalkan sistem pembelian yang canggih yang tiada seumpamanya di rantau ini iaitu POS PERCUMA untuk pembelian RM100 ke atas dan REWARD POINT bagi setiap pembelian di website barunya itu yang bole ditebus pada bila-bila masa dalam pembelian seterusnya..

Peristiwa ini telah menyebabkan para craft maker Malaysia berlompat bintang kegirangan dan mereka nekad untuk tidak lagi mencari yang lain dan terus menerus mengumpul mata ganjaran dan menebusnya bagi menjimatkan kos bahan mentah. Malah yang lebih bijak lagi apabilla mereka membuat pembelian melebihi RM100 bagi mendapatkan pos percuma. Bukan pos bersetem tapi Poslaju yang bole tahan la lajunya bergantung kepada ketampanan dan keimanan Encik Posmen Kacak di kawasan masing-masing. Ya, pengguna bijak faedahnya banyak..

Fenomena ini telah menimbulkan keghairahan Si Jejaka Idaman Kalbu yang diberi nama Bro Peyjal yang selama ini hanya menegok dari jauh dan menemani Sis Asma menguruskan studio keciknya; kini beliau ingin sekali masuk campur dalam pengurusan ASMA-FELT-BOX yang asalnya diberi nama kerana semua bahan-bahan kraf Sis Asma berada dalam kotak ais krim; kemudian tak muat lalu berpindah ke almari, lalu tak muat dan berpindah ke sudut bilik, lalau tak muat dan bepindah ke bilik stor, lalu tak muat dan berpindah ke master bedroom serta second bedroom yang digunakan untuk menyimpan felt bergulung-gulung. Lepas ni kalo tak muat juga, tak tau dah nak letak mana.. HArap2 muat..

Bro Peyjal telah mula campur tangan dengan mengepos tempahan yang telah siap dipek oleh Sis Asma, dan tugasan penting itu telah membuatkan beliau merasa gembira..

2015 menjelma dan supplier dah mula buat hal dengan tersilap hantar 1 warna dan bermati-matian menyatakan dia telah check 15x sebelom hantar. Setelah memaafkan kesilapannya, sekali lagi supplier itu menghantar satu lagi warna yang salah; dan kemudian ia berganda menjadi 2 warna yang salah.. Mungkin kerana melihat kebaikan hati Sis Asma yang redha dengan kesilapan itu, maka si supplier sungguh suka hati meghantar yang salah supaya pembelian seterusnya mejadi lebih rapat dan mereka mendapat keuntungan yg lebih lagi dan lagi dan lagi.. Sis Asma dah mula rasa kurang senang kerana setiap kali restock akan ada felt yang kurang warna dan beliau perlu repeat order walaupun hanya kurang 1 warna sahaja. Untuk dapatkan harga pukal, beliau perlu beli secara pukal pula tu padahal warna2 lain masih banyak.

Kemuncaknya ialah pada pertengahan 2016, ASMA-FELT-BOX telah menerima 16 gulung warna yang salah dan pihak supplier bermati-matian menyatakan mereka tidak silap; sehingga kami perlu menghantar 2, 3,4 kali gambar felt yang salah warna. Akhirnya mereka mengakui kesilapan dan menyatakan akan hantar warna yang betul sebaik sahaja pihak kami menghantar semula 16 gulung felt yang silap tersebut kepada mereka. INi adalah satu permainan. Negara China telah menetapkan polisi iaitu tiada barang boleh masuk ke negara mereka, dan tiada wang boleh keluar dari negara mereka. Setelah menghubungi seramai mungkin shipping company didapati tiada yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ke China. Nampak tak permainannya di situ?

Nak tak nak kami terpaksa terima felt yang salah ini dan beli lagi felt lain dari mereka.
Pandai kan...

Sis Asma sudah tawar hati. Beliau mula mengira stok dan membuat persediaan untuk melelong kesemua stok bahan mentahnya bertujuan untuk menutup bisnes ini dan membuka bisnes lain yang tidak berkaitan. Beliau sudah tidak mahu lagi melihat felt.

Keputusan menutup perniagaan ini menimbulkan ketidakpuasan hati Bro Peyjal yang telah mula seronok mengepos barang setiap hari. Berlakulah adegan konflik ketidaksependapatan antara merpati dua sejoli ini yang berlangsung selama berminggu-minggu. Akhirnya Bro Peyjal mengoffer diri untuk menguruskan sendiri ASMA-FELT-BOX. Sis Asma yang terkenal dengan kedegilan nak mamposnya namun terikat dengan ketaatan dan rasa cinta kepada kekasihnya; pun bersetuju.

Mulai hari itu Bro Peyjal menguruskan semuanya seorang diri. Selepas balik dari bekerja, beliau menjawab pertanyaan dan tempahan pelanggan, memeriksa pembayaran, membungkus tempahan, dan pos setiap petang. Sis Asma hanya menyiapkan tempahan handmade yang pending dan tengok Astro demi mengubati hatinya yang luka dikerjakan manusia durjana dari tanah besar itu..

Melihat kekasihnya yang bertungkus lumus mengejar masa dan menguruskan semuanya seorang diri, Sis Asma mengoffer diri untuk menguruskan CUSTOMER SERVICE SAHAJA. Bukan kerana hatinya sudah terubat, tapi rasa tidak sampai hati melihat kekasihnya ke hulu kehilir dan bersepah-sepahan seorang diri. Semua tempahan yang diforwardkan sahaja kepada Bro Peyjal dan tidak sedikit pun beliau menjenguk Studio Kraf yang pernah menjadi gelanggangnya selama 3 tahun itu. Tiada promosi dan update yang ditulis pada blog dan media sosial; mungkin sedikit update dengan harapan dapat menaikkan semual semangat felt namun gagal. Tawar hati telah benar-benar menyelubungi hatinya,.

5 Bulan telah berlalu dan tinggal beberapa minggu lagi untuk sampai ke tahun 2017. ASMA-FELT-BOX telaah didatangi kilang felt yang lain yang offer kualiti felt yang dikatakan sama. Sis Asma yang telah sedikit terubat hatinya itu menerima pelawaan tersebut dan menempah beberapa warna yang obvious sangat dah kurang untuk meneliti kualitinya terlebih dahulu. Akaun yang telah 5 bulan tidak disentuh mula diisi sedikit demi sedikit untuk memudahkan submit kepada LHDN nanti. Agak mengejutkan juga, jualan pada 5 bulan tersebut agak memberangsangkan bagi kedai yang tiada sebarang update, tiada promosi dan customer service yang sekadar ada itu.. Perasaan rindu pada kraf sudah berputik..

Pada awal 2017, banyak bahan kraf sudah kurang akibat 5 bulan tiada restock (mungkin ada sikit kerana terpaksa dan diuruskan oleh Bro Peyjal) dan inventori di website ASMA-FELT-BOX juga perlu updated. Website yang sudah berusia 2 tahun tu masih di gred yang sama, walhal sudah 8 versi telah upgraded oleh developer, cuma Sis Asma takde hati untuk update websitenya selama 2 tahun itu. Mungkin masanya sudah tiba untuk website berwajah baru. Ya..

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, akibat satu kesilapan yang dilakukan ketika coding, keseluruhan website itu tidak dapat dibuka. Berminggu lamanya kesilapan itu cuba dibaiki, namun gagal. Akhirnya ASMA-FELT-BOX sekali lagi menukar websitenya; kali ini bukan stand alone, tapi dari third party kerana Sis Asma dah tiada upaya nak study balik cara bina website yang pernah dibinanya dengan gaya try and error. Hasilnya agak memuaskan tetapi masih ada sedikit masalah dengan domain...

Kini Bro Peyjal bertanggungjawab untuk mengurus stok, packaging dan pengeposan.
Manakala Sis Asma ditugaskan untuk melayani pelanggan dan pemasaran.

Semoga gandingan mereka membuahkan hasil.

Aaminn...


Sis Asma (Founder, Customer Service, Marketing)

Bro Peyjal (Store Keeper, Packer and Runner)

Catat Ulasan