Kene Terminate dari Youtube Monetization

Salam.

Terkejut sangat dapat email dari youtube semalam..
youtube monetization
kene kick!
Email ni panjang, saya pendekkan, amik yang penting je.

Huuuu... sedih sedih..

Kepada yang tak tahu, monetization kat youtube ni bermaksud kita boleh letak iklan kat video kita kat youtube tu, pastu youtube pun bagi la beberapa sen per klik atau per iklan..

Setakat ni saya dapat tak banyak pun.
Dalam 1 hingga 2 dolar sebulan.
Tak cash out pun lagi sebab tak sampai pun 100 dolar.

Bukan la banyak pun dapat, tapi tengok naik 2 sen 2 sen tu rasa terdorong nak buat video baru.
Tau tak, dalam simpanan saya dah ada 9 video, tapi malas nak edit.
Tolongggg!

Syarat terbaru youtube sekarang ialah 1000 subscribers dan 4000 hours views; yakni 240,000 minutes views.

Video yang saya buat rata-ratanya pendek-pendek je, dalam 1-5 minit.
Malas nak buat panjang-panjang.
Nak tolong jimatkanmasa korang dan jimatkan data korang.

Abes tu bilanya nak sampai 240,000 minit?
Huwaaaaaaa T__T

1000 subscribers
data tahun lepas
Ni la first time saya tengok statistik.
Tengok tu, bila agaknya nak capai 240,000 minit dengan video berdurasi 2-3 minit..
Alahai, dunia.. dunia...

Subscribers pun perlukan 101 lagi..
Banyak tuuuu...
Saya dapat 890 subribers pun amik masa 8 tahun..
Ye la, bukan aktif sangat kan..

Dari semalam duk pikir.
Nak kejar ke, tak nak kejar syarat ni dalam tempoh 30 hari.
Secara logiknya tak dapat kejar..
Tapi sayangnya kene kick. :(

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama