23/03/2017

Cute Felt Button MArine Keychain

Salam..

Bila takde idea nak buat keychain apa...?
Tampal je la butang comel ni..

cute jugak camni kan..
Butang ni dah lama gila dalam simpanan..
Tak guna guna pun..

Nak guna pun sayang pulak sebab mahal..
Hohoho..
Kupik betol..


Siap pun!
Jap lagi pos..

Wassalam...

20/03/2017

DIY KIT : Heart Brooch Re-packed

Salam..

Re-pack satu lagi DIY KIT
Kali ni Heart Brooch pula..

Dalam paket ni nanti korang akan dapat bahan-bahan dalam gambar di atas
iaitu:

1 keping felt merah
2 biji brooch
3 biji butang
Poly-fiber
Benang dan jarum
Template
Manual step by step


1 paket ni berapa harga?
Murah je..

RM5/paket

Kalo nak borong untuk jual balik atau aktiviti anak murid kat sekolah pun bole..

Kene tengok harganya kat SINI

Wassalam..

16/03/2017

BFF Handmade Felt Bookmark

Salam..

Tercari-cari hadiah nak bagi kat kawan baik korang?
Alaaa..
Takkan beli kot..
Cam tak rare la gitu..

Cer try buat sendiri..
Cam saya buat ni...

bff felt bookmark
Bookmark Best Friend Forever

Nak buat dia senang giler..

Cuma perlu:

Kain Felt Keras (polyester felt)
Ribbon sikit
Alphabet Beads
Jarum dan Benang

Dan yang paling penting yang takde jual kat tempat lain ialah kreativiti sendiri

Kalo tak berapa nak kreatif, buat camni pun okay je..
Tak tau la kenapa, design simple2 camni yang banyak request..
Kan..

Ada satu lagi..

best friend forever
Sama je ni, cuma kalernya hijau..

Amacam idea untuk hadiah best friend korang ni?

Kalo rajin, buat la banyak-banyak jual kat sekolah..
Time Hari Usahawan, Hari Sukan tu memang lagi syok..

K la..
Abes dah rehat..
Nak sambung jahit order..

Wassalam..

13/03/2017

DIY KIT : Felt Hair Clips Re-PAck!

Salam..

Re-pack! Re-pack!

Re-pack semula DIY KIT Klip Rambut Felt ni dah lama sangat tak restock.


Kalo sebelom ni RM12 sepaket (baca sini) kini dah jadi RM5

Ya.
RM5 sepaket!

Setiap paket ni untuk buat sepasang klip rambut..

Setiap paket mengandungi:
sekeping felt
sepasang hair clips
Butang
benang dan jarum
template
serta step by step manual yang mudah diikuti

Kini korang boleh pilih antara 6 jenis ni:

Pink

Yellow

Blue

Baby Pink

Black

Purple
Aktiviti yang mudah dan menyeronokkan untuk anak-anak dan murid-murid sekolah..
Remaja dan dewasa pun bole juga..

Kalo rasa nak try-try Felt Craft ni, grab je sepaket..
Pasti addicted dan nak lagi dan lagi dan lagi... XD

Bole dapatkan terus kat SINI
Borong pun bole..

Nak tau harga borong..
Gi la tengok kat asma-felt-box.com

Wassalam..

*Warna lain nanti kita tambah ek.. Tak pon, komen kat bawah, nanti kita tambah dalam pilihan..

09/03/2017

Bantal Baby Comel

Salam...

KAcamg-kacang jemu juga ngadap felt..
Terutama bila queue order berterusan tanpa henti..
Kan..

Sekali sekala buat kraf lain yang takde kene mengena dengan felt..
Aci tak..?


Macam comel je...


Alang-alang merehatkan diri dari kain felt..
Sempat pulak jahit 4 biji bantal bentuk baby..
Jahit ni pun guna kain reje (remnant) yang ada dalam simpanan..
Nampak cam kapsul kan..
Hehehe..

Seronok la tido pasni..
Sambil2 peluk baby yang kiyut miut..

Wassalam...

07/03/2017

Video Tutorial : Cara order felt craft supply di website asma-felt-box

Salam..

Ada lagi ke yang belom tahu cara order craft supply melalui website asma-felt-box.com?

Walaupun website dah bertukar kepada sistem baru, namun basicnya masih sama..

Saya dapat beberapa mesej di inbox minta saya tunjukkan cara order kat website..

Oleh itu, saya dah buat satu video yang tunjukkan step by step cara order direct kat website.


Diharap korang faham dan tau caranya selepas menonton video ni.

Wassalam..

01/03/2017

New craft Supply: Printed Felt (pokadot)

Salam.

Dah lama giler tak masuk barang baru kan..
Kali ada barang baru sampai tau.

Disebabkan ramai tanya, "ada tak jual felt bercorak?"
Maka saya pun order sikit sample.


Jeng jeng jeng!

Comel tak?

Felt ni jenis keras (polyester felt), nipis sikit dari felt yang biasa saya jual.
Rasanya ketebalannya 1mm kot, tapi texture dia cantik.
Tak berbulu dan tak keras sangat..
Nak jahit pun senang.

Untuk first badge ni saya jual by pack.
1 pek ada 10 keping warna macam dalam gambar..
Ada warna hitam, coklat, khaki, putih, kuning, hijau, biru, purple, pink dan merah.
Warna dia pun cantik-cantik
Dalam stok cuma ada 12 pek je.

Nak tengok warna2 dia?
Saya tunjukkan warnanya dalam video pendek ni..


Polkadot felt ni pun dah dimasuk dalam kedai online asma-felt-box
Bole dapatkan kat 

Selamat berkraf!

Wassalam..