31/01/2017

Bebel sikit...

Salam..

Woahhh.. What a week...
Rasa macam perlu rehat yang panjang...
Tapi kan, pending order tu sapa nak kerjakan...
Hohoho..

Kerja pun tergendala sikit gara2 website..
MAcam disaster sangat kan..
Tapi bila look at the bright sight; masalah ni telah buatkan asma-felt-box upgrade ke versi yang baru..

Blog pun dah buat muka baru sempena tahun baru..
Revert balik ke basic template..
Buat simple dan tersusun je la..
Takpe kan.. Ngahahaaaa...

Owh...
Korang dah masuk ke website baru asma-felt-box.com?
Comel tak ?
Macam simple sangat kan..


Semalam saya masukkan beberapa produk kat muka depan jadi takde la nampak kosong sangat kan..
Harap2 korang boleh biasakan diri dengan website baru ni..
Kalo ada masalah tanya je ya.. ^^

REWARD POINT semua dah convert ke RM dan telah siap dimasukkan ke semua akaun korang..
Lega sangat rasa...
Ada yang dah dihantar email mengenainya.. Ada yang belom..
Rasanya separuh lagi belom email..
Saya cuba la curi masa utk hantar email tu..

Nak check kredit akaun?
Cuma login dan klik forgot password. Bole guna password yang terdahulu.
Lepas berjaya login boleh check "available credit" dan gunakan dalam next order, atau teruskan kumpul..

HAritu saya check ada yang dah kumpul sampai RM25..
Perghhhh... Syok la shopping craft supply nanti kan... :D

Free shipping pun masih ada lagi..
Semuanya sama seperti biasa, cuma reward point tu je kene convert kepada bentuk RM sebab takde function tu dalam website..

Appaun, saya rasa kecewa sikit la..
Visi 2017 kan nak buat GA setiap bulan..
Bulan Januari dah nak abes ni, tapi tak buat pun lagi...
HUwaaaaaa.. Lupaaaaaa...

Eh, tapi harini masih Januari...
Aci tak buat harini, pastu penerimanya dapat bulan Februari?
Aci je kan..

Bole la kalo macam tu..

Okay la, nak nak pikir nak buat GA apa ni..
Selamat berkraf..

Wassalam...

25/01/2017

Shopping Cart ASMA-FELT-BOX dah ready.. ^_^

Salam...

Website baru telah berjaya dibina..
Yay!

Korang boleh layari kat link yang sama iaitu asma-felt-box.com

Website ni saya kecikkan sikit, contohnya felt tu kornag boleh terus pilih saiz dan warna dalam 1 link je. Tak banyak link sepeti sebelom2 ni..
Buat macam tu untuk cepatkan proses listing..
Tapi okay gak kan macam tu.. Hihi..

Kepada korang yang dah pernah buka akaun kat website sebelom ni; boleh login guna macam biasa.
Saya dah masukkan data korang kat dalam tu..

Cuma, masa login tu korang kene klik "I forgot my password" sebab semua data korang dah ada, cuma password je belom.
Korang akan dapat email untuk create password baru..

Function untuk reward point tak ada dalam website baru ni; maka saya akan convertkan dia dalam bentuk lain..
Masih dalam proses, in shaa Allah saya akan siapkan minggu ni.. (owh, harini dah Rabu la.. T__T)

Ada beberapa item belom dimasukkan iaitu plastik packaging, headband, pixel craft dan zip..

In shaa Allah dalam minggu ni nak cuba masukkan sampai siap..

Jangan lupa shopping kain felt, butang, bahan kraf sepertikeychain, hp staps, kat asma-felt-box.com

Wassalam..

19/01/2017

Quick Update : Website yang hilang

Salam...

Huuuuu...

Ingat tak kes website hilang haritu?
Saya contact moderator dan beliau slow betul nak jawab.
Setiap kali tanya, 24jam kemudian baru jawab.
Walaupun begitu, beliau dah cuba restore backup yang ada tapi tak berkesan..
Kemudian restore pula backup yang saya simpan haritu.. Tak berkesan juga..

21 Januari ni contract hosting akan tamat..
Saya fikir kalo tak bole restore, rugi pula sambung hosting lagi setahun..
Itu pasal saya harap moderator tu cepat2 respond dan settled sebelom 21hb..
Bila dah settled senang sikit hati nak sambung contract hosting..

Minggu lepas pula saya pergi ke negeri lain, kenduri cousin tersayang..
3 hari juga la tak bole buat keje..

Balik je dari bercuti haritu, saya bergegas cari jalan nak restore semula..

Yang paling sayang buka website tu, website tu bole je bina semula walaupun sangat memenatkan nak list balik kesemua 300 items.. T___T

Paling sayang ialah Reward Point para customer..
Dulu kan dah janji, reward point tu bole ditebus bila2 masa..
Ni tetibe hilang pulak..

CUba bayangkan korang dah berbelanja sampai dapat 20,000 point kat Mydin, tetibe dapat tau point tu semua hilang sebab sistem ter'reset. BAckup tak jalan..

Tak ke jadi incredible hulk kat situ..

Huuuuuu...

Haritu dah pikir nak salin satu2 nama, alamat, no tepon dan reward point customer..
Tapi bila tengok ada lebih seribu orang; rasa nak meraung je kat situ..
Mana ke sempat nak salin seribu orang.. T___T

Last2 jumpa cara download semua tu automatik ke format excel.
Alhamdulillah..
Tapi reward point dia tak automatik simpan..
Hadoiiiii..

Manual la jawabnya..

Sepanjang hari dari pagi ke pagi..
Duk salin satu2 reward point..
Look at the bright sight; okay la dari salin nama, alamat dan no tepon sekali.. Hew hew..

Dah siap salin tu rasa lega sangat..

Pastu saya cari pula website baru dari third party..
Nak bina semula dari scratch mcm dulu; rasa cam tak larat je (plus tak ingat dah step dia)
Dua tahun lepas saya buat try and error dan amik masa sebulan juga nak betul2 complete plus kenal selok belok website tu...

Tapi tu la..
Bina sendiri murah sikit. Cuma bayar domain dan hosting je..
Pastu semua function ada dalam tu..

Kalo guna yang third party ni, bayarannya mahal..
Fuction pun limited, contohnya takde shipping ikut weight..
Takde option untuk saiz, warna; kalo ada pun limit utk 3 option je gitu..
Limit 100 barang je..
Takde function reward point, diskaun, voucher, creadit dan sebagainya..

Utk reward point pun susah nak dapat..
Kalo ada pun beribu juga la harga dia..

Akhirnya jumpa satu yg okay sikit..
Tapi tak ada reward point..
Jangan bimbang, saya ada beberapa solution untuk itu..

Maka bermula la proses setup website baru..
Kali ni lebih mudah sebab tak perlu bina dah..
Cuma isi tempat kosong dan panel dia pun simple je..
Tak perlu banyak sangat nak pusing ke sana sini...

Sampai malam tadi dah masukkan 120 items ke dalam website..
Ada beberapa item yang saya sekalikan utk mempercepatkan proses..

Contohnya poly felt dah compress jadi satu saja; jadi korang bole pilih warna dan saiz kat satu tempat je.. Tak perlu pusing2 tempat lain..

Okay..
Saya nak sambung masukkan item2 lain lagi..
Dan tunggu proses domain..

In shaa Allah website baru akan muncul tak lama lagi..
Tungguuuuuu

Wassalam

16/01/2017

Tutorial Kraf MUdah : Brooch BUnga Perler Beads

Salam..


Harini nak tunjuk video tutorial yang simple juga..
Sesuai untuk korang yang nak buka booth kat sekolah atau kolej; nak tambah2 barang kat gerai jualan..
Cara buat senang sangat dan cepat pula tu..



Video ni pun tak sampai 3 minit...

Selamat berkraf!

Wassalam..

12/01/2017

Website Hilang!!!

Salam..

Malam tadi saya cuba update version website asma-felt-box.com

Malangnya hanya kerana tersilap beberapa setting (yang tersangat penting), website tu terus tak dapat view..

Dan malang lagi full backup yang saya download tak dapat restore..
Rasanya moderator je yang bole buat kot..
Tu pun kalo bole.. T___T

Oleh itu, buat masa ni korang bole order melalui whatsapp atau fb je.
No whatsapp saya : 0183798330

Sori sangat2..
Version asal tu dah nak masuk 2 tahun, tu yang saya nak update tu..
Tak sangka pula jadi macam ni..

Naseb baek dah saved semua data customer..

Sori...

Wassalam...

11/01/2017

Printable Kalendar 2017

Salam..

Memandangkan tahun ni saya lupa nak tempah kalendar untuk customer tersayang; maka kene tebus balik la kan.. Hew hew..

Semalam saya dah create kalendar 2017 dan print satu contoh..
Nak tengok tak..


Kiyut tak...

Ini pula muka penuhnya untuk 12 bulan.. ^_^

video

Sori la, simple2 je..

Kalo nak, bole download dan print sendiri..
Pastu staplerkan dia dan selotap dengan selotap comel2..
Pastu tampal kat dinding..

Siapa yang belom ada calendar lagi bole muatturun kat sini:

DOWNLOAD KALENDAR 2017 

Selamat Tahun Baru..
Happy Crafting!

Wassalam..

09/01/2017

Video Tutorial : Alas Gelas Perler Beads (easy craft)

Salam...

Amacam decor baru blog saya?
Okay tak?

Yang haritu punya macam semak je..
Yang ni nampak kemas sikit..
Putih, bersih, suci murni gitew... (konon...)

Kepada korang yang order direct kat asma-felt-box.com , nak bagitau, saya dah update dah kesemua reward point.. Check ya..
Ada tu yang dah cecah ribu riban..
Amboiiii...

Bila nak tebus tu...?
Jangan kumpul je..
Tebus sekali tau..
Time tebus tu, order terus lebih RM100, dapa free shipping lagi..

Memang best shopping kat asma-felt-box ni..

Sapa yang biasa tu, tau la.. Haha..

Okay..

Saya dapat pertanyaan yang banyak juga dari newbie minta tunjuk cara nak guna pixel craft ni..
Ada yang buat tak melekat, ada yang buat jadi cair..
Susah juga nak explain kat whatsapp..

Oleh itu saya dah upload video tutorial perler beads craft ni kat AsmaTV
Yang first video dulu, buat hair clip kan..
Second video ni buat yang lagi simple iaitu alas gelas atau orang putih panggil glass coaster..

Senang giler..
Corak bole ikot suka je..

Sila la tengok, video ni 2 minit je..
Saje buat pendek bagi jimat sikit kuota internet.. T__T

Nak request apa2 video?
Sila la tulis kat ruangan komen (kat video atau blog ni)

Selamat berkraf!

Wassalam..

04/01/2017

Visi dan Misi 2017

Salam..

Korang perasan tak?
asma-felt-box takde kalendar tahun ni..
Huwaaaaaaa!

Sori...
Saya terlupa... T___T

Biasanya bulan 10 dah order, tapi gara kemurungan, terus tak ingat dah pasal kalendar..
Rasa macam nak tebus balik..
Tapi tak tau nak tebus macam mana...
Nanti la fikir...


Macam lewat je nak tulis mengenai Azam tahun baru kan...
Sebenarnya tak nak ada azam pun..
Tapi bila diimbas kembali, ni dah masuk tahun ke-7 asma-felt-box berurusniaga, rasanya perlu untuk ada sedikit plan sebagai motivasi untuk terus maju..
Betul tak..

Instead of "azam 2017", saya nak gelar dia "Visi dan Misi 2017"
Nampak macma determined sikit kan..
Huhuhuhuuuuu...


Visi 2017 kami ialah:

1) 100 entry untuk tahun 2017

2) Giveaway setiap bulan

3) 7 projek kraf suka-suki

4) 3 video kat https://www.youtube.com/c/asmafeltbox


Misi 2017 pula:

1) At least 2 entry seminggu. Tulis entry pada Sabtu/Ahad dan schedulekan. Tiap kali dpt idea, tulis kat sticky note dulu.

2) Sediakan hadiah GA pada 1hb dan schedule GA pada 15hb setiap bulan. Pemenang akan announced pada 30hb dan 1hb pos hadiahnya.

3) Brainstorm projek apa yang nak buat. Pada 1hb pilih 1 projek dan siapkannya dalam 30 hari.

4) Sebenarnya dah shoot 3 video, tapi takde masa nak edit. Camana nak buat ek..

Itu je la 4 plan yang nak dibuat pada tahun 2017.
Semoga semangatku kembali semula..

Aaminn..

Wassalam..

03/01/2017

Hai..

Salam...

Semua order sepanjang cuti dah dipos pada Jumaat lepas..

Dan semalam saya dah pos order sepanjang 3 hari cuti ni..
Phew...

Saya dapat beberapa whatsapp tanya "Asma masih berniaga ke? Sebab blog dah lama tak update"

Maaf semua..
Blog ni dah agak terabai..
Sebab saya tak tau nak tulis apa dah.. T____T
Mungkin dah masuk usia 30-an ni, excitement menulis tu dah kian menurun..
Excitement berkraf tak menurun tapi tak begitu excited nak tunjuk..
Ntah la kenapa..

asma-felt-box masih berniaga seperti biasa..
Pos barang setiap hari seperti biasa..
Dan amik order seperti biasa.

Secara jujurnya, saya hadapi masalah dengan supplier..
Kemudian, ada masalah dengan forwarder juga..
Sakit betul hati..

Haritu dah nekad nak stop asma-felt-box dan tukar bisnes lain..
Tapi Cik Abang tak bagi..
Sepanjang tempoh kemurungan tu, Cik Abang yang amik alih kebanyakan keje..
Packing, post, stock, potong2 felt semua Cik Abang yang buat..

Selepas jumpa supplier baru, hati yang sakit ni terubat la juga sikit..
Malangnya masalah shipping pula mahal sangat..
Saya gunakan forwarder yang sama, dan sekali lagi dia menyakiti hati saya..

Ntah la apa masalah orang macam ni..
Ni dah seminggu bertangguh hantar barang..
Felt kuning dan orange dan abes, kita whatsapp pun tak reply..
Ntah bila la nak hantar felt baru saya tu..

Malas nak sakit hati..
It'll drained out my energy..

Okay la..
Sebenarnya taknak bagi aura negatif kat sini..
Tapi ramai yang tanya "asma-felt-box ada prob ke" maka saya citer la serba sedikit..
Asma-felt-box takde prob..
Yang prob cuma emosi saya..
Lambat betul nak sembuh. Haha...

Sekarang dalam proses nak build up balik passion nak menulis mengenai kraf..
Erm... tak de idea la... T___T

Wassalam..