Search This Blog

28/08/2017

Pindah Bilik Kraf

Salam..

Sabtu lepas saya berjaya pindahkan kesemua barang kraf ke bilik lain.

Korang yang ikuti saya pasti tau kan saya guna master bedroom sebagai bilik kraf.

Pada minggu lepas, tetiba rasa nak letak air-cond la dalam bilik.
Lagipun rumah ni memang designed untuk letak air-cond.

Disebabkan wiring air-cond dah disediakan dalam master bedroom, maka bilik kraf ni kena la ubah jadi bilik tidur (seperti yang sepatutnya).

Tak berapa yakin juga nak pindah bilik ni.
Saiz second room ni kecik sikit.

Try punya try akhirnya berjaya juga. Yay!

Yay!
Kali ni letak sebiji je meja..
Memang ruang kerja jadi sempit sikit..
Takpe la, kita adapt je..
Kerja-kerja packing barang yang besar kita buat kat lantai..
Yay!
Craft supply yang siap bungkus kitorang taruk kat stand yang boleh pusing ni..
Nampak macam kecik je kan..
Rupa-rupanya muat letak semua..
Tu pun masih banyak ruang kosong..
Kalau tau awal-awal lagi dah beli. Haha..

Cuma kitorang tak boleh masukkan stok dalam bilik ni, tak muat.
Kitorang letak almari besar dalam bilik stor dan simpan stok kat situ..

Gembira rasa hati dapat squeeze barang kraf dalam bilik kraf baru ni.

Namun begitu bilik ni untuk simpan craft supply dan packing je..
Bukan tempat saya berkraf..
Kene create ruang lain untuk berkraf..

Duk pikir juga ni nak buat kat mana..
Sama ada buat satu meja dalam bilik tidur untuk berkraf.
Atau satu meja dekat ruang tamu untuk berkraf.

Selain tu saya nak cuba cari jalan macam mana nak masukkan juga stok dalam bilik baru ni..
Nampak tak laci biru tu?
Rasanya boleh kot masukkan stok dalam laci biru tu..

Tapi sebelum tu kena cari tempat la untuk pindahkan remnant felt tu..

Susah juga susun-susun ni kan..
Saya pula memang tak pandai susun..
Sepah pandai la. Hahaha..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment