handmade felt craft supplies Malaysia

05/06/2017

ASMA FELT BOX tukar nombor akaun

Salam..

Kejap je dah sampai 10 Ramadhan.
Tak lama lagi akan sampai ke 10 malam terakhir.
In shaa Allah kita semua akan dapat memaksimakan ibadat dan beroleh rahmat di malai lailatuqadar.

Bulan puasa ni juga saya tak aktif berkraf.
Order kraf pun slow je pada bulan puasa.
Saya pun jarang juga online. Kejap kejap je check whatsapp.
Memandangkan order bulan puasa memang slow, jadi saya gunakan masa ni untuk buat benda lain.

Ada banyak kain pasang yang belum berjahit kat rumah ni.
Azam saya bulan puasa ni nak jahit semua kain yang ada tu menjadi pakaian.

Hahaha..
Bukan la pakaian sangat pun..
Saya jahit short dan tunic untuk pakai sendiri kat rumah..
Excited gila dapat jahit short.
Walaupun short simple-simple je, seronok tau pakai pakaian yang kita jahit sendiri.

Baju raya belum jahit lagi..
Takde hati la nak jahit sebab saya ni bukan pakai sangat pun baju kurung/jubah.
Duk rumah je kan..
Banyak pakai t-shirt je.
Tu yang buat short n tunic.

Apapun, ingat nak buat la long blouse untuk pakai pegi jalan-jalan nanti.

Satu lagi azam bulan puasa ni, nak habiskan 10 surah.
Kali ni nak baca dengan makhraj yang betul.
Rasanya takde la betul sangat sebutan saya ni, tapi cuba la..
Baru siap satu surah. Harap2 berjaya la 10 surah.
Chaiyuk2!

Sebelum mengundur diri, ada pengumuman kecil:

Mulai harini semua pembayaran telah diubah ke bank lain.
ASMA-FELT-BOX dan buka current account, so korang buat pembayaran ke current account ni ya.
Saya dah ubah no akaun tersebut kat website dan akan beri no akaun tu kalo korang order kat whatsapp.
No akaun asal tu boleh guna lagi, cuma saya dengar ura-ura bank nak sekat penggunaan personal account dalam urusniaga online..
Sebelum akaun saya kene block, better la ubah awal-awal.

Tu je la celoteh saya.
Selamat berpuasa.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment