Video : Making Owl Perler Beads

Salam..

Semangat giler kot packing barang untuk pos petang karang..
Sekali cuti rupanya.. Hohoho...

Takpe la..
Esok tak perlu packing lagi..

Saya cuti kejap dari buat felt craft..
Rasa macam overwhelm sikit lepas siapkan bulk order.
Ingat nak cuti sebulan ke camtu..

Tak tau la kot2 rindu balik nak menjahit..
Haha..

Dalam tempoh cuti ni, saya banyak main dengan perler beads...
Perler beads ni senang sikit berbanding felt craft..
Cuma susun dan iron.. Siap!
Siapa-siapa pun boleh  buat..

Warna-warna yang available dah ditunjukkan semalam 
Korang bole pilih mana-mana warna yang berkenan..
Kalo takde warna yang korang nak, whatsapp saya, nanti saya cari warna itu..
Of course tak dapat on the spot.
Sekali nak borong kene banyak, baru dapat harga borong.

Itu la sebabnya felt warna lemon dan barney tak restock2 lagi..
Sebab 2 warna je yang abes. Warna lain masih ada bergulung-gulung..
Nak order 2 warna sahaja, memang takde maknanya la kilang nak layan..
Order segulung, lagi mahal pula harganya..

Okay la..
Saya ada buat video owl perler beads
Owl ni saya guna pegboard heksagon
Dan dirakam dengan camera laptop

Okay juga hasilnya..



Selamat menonton..

NAk sambung buat kraf lagi.

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama