30/03/2016

update whatsapp


Jangan lupa update number whatsapp asma-felt-box

Yay, app saya telah digunakan.. ^^

Salam..

Ermmm.. Hepi sangat!!
*goyang goyang montot*

Saya dah dapat 4 payment confirmation dari app saya yang kiyut tu!
*goyang dengan lebih laju dan gediks*

Haaa?
Apa?
Tak paham la...

Alaa, slow la dia ni..
Kan saya ada buat ultra soft launching app saya haritu (tengok sini)
Dan sehingga harini dah ada 4 orang yang menggunakan function "Update Bayaran" kat app tu untuk bagitau saya pembayaran telah dibuat..

bulatan merah itu la tempat mereka update bayaran..
Maksudnya, dorang order sudi download app buruk saya tu; serta sudi gunakan fungsi dalam app yang tak seberapa tu..

Ya Allah.. Terharu sangat aku.. *lap ayak mata*

Ni memang betul2 terharu tau..
Dari 2 tahun lepas lagi saya berangan nak ada app sendiri..
Tak sangka selepas belajar punya belajar..
Dapat juga buat satu yang buruk..
Dan kastemer sudi donlod dan gunakannya..

Rasa macam nak terbang je... *(^o^)*

Eleh, 4 je pun..
Ingatkan 400 tadi..

4 pun, namun ia tetap satu permulaan yang baik untuk saya..

Terima kasih banyak-banyak tau..
Sila la gunakan app tu..
Semoga ia mempermudahkan urusan korang..

Kalo ada sebarang masalah, inform je saya kat email, atau whatsapp atau kat fb..
In shaa Allah saya akan sentiasa berusaha menambahbaik sistem di asma-felt-box..

Love uolsss.. Muah!!

Wassalam...

29/03/2016

Ribbon Satin untuk buat label produk sendiri

Salam..

Ingat tak entry tentang cara-cara buat label dengan menggunakan transfer paper haritu?
Saya ada maklumkan ada ribbon baru masuk yang sesuai untuk korang buat label kan..

Mari saya memperkenalkan korang kepada ribbon tersebut..

Ribbon satin putih 3.7cm lebar
Harga: RM6 segulung (25 ela)
35sen semeter

Ribbon satin putih 2.5cm lebar
Harga : RM4.50 segulung (25 ela)
30sen semeter

Ribbon satin putih lebar 1.2cm lebar
Harga : RM4 segulung (25 ela)
25sen semeter

Selain beli segulung, korang bole pilih untuk beli semeter..
kot2 nak buat sikit2 je kan..

Klik gambar dibawah ni untuk order..


Atau bole juga order kat app saya yang kiyut miyut tu..
Haaa?
Belom donlod?

Takpe2, donlod kat SINI

Bole shopping direct kat app tu..
Lepas complete order dan bayar, korang bole terus guna app tu utk confirmkan bayaran
Tak perlu saved number saya kat whatsapp atau buka email; cuma guna app yang sama je..
Senang kan..

Orait, nak sambung keje sat..
Ada projek besau tau..

Wassalam..

27/03/2016

Fesyen Hijab Moden dan Praktikal

Fesyen Hijab Moden dan Praktikal

Salam...

Bila imbas kembali zaman dulu kan, jarang-jarang juga wanita Melayu Islam ni pakai tudung kan..
Saya ada jumpa gambar lama-lama zaman atuk saya muda-muda dulu, rata2 gadis dan makcik-makcik zaman tu tak bertudung..
Dorang pakai kebaya dan kain batik pastu ada satu selendang nipis..
Sekali-sekala dorang sangkut selendang tu di kepala..
Ada tu pakai kebaya nipis (macam kain satin) warna putih (atau pastel macam tu la), pastu baju dalam dia kaler hitam.. kau...
Terkejut gak aku tengok gambar tu, tapi zaman tu bend atu normal je..
Takde orang kutuk apa-apa..

Walaupun tak pakai tudung tapi ilmu agama penuh di dada..
Baca Quran pun lagi terer dari kita yang bertudung litup ni..
Adab sopan jangan cakap la..
Cenggini baq hang..

Pastu masuk zaman mak ayah kita pun jarang gak la bertudung..
Skirt pendek, baju takde lengan, leher luas, dan kadang2 tu nampak pinggang sikit..
Kalo yang pakai tudung tu, dorang pakai tudung ikat belakang..
Nampak la leher..

Zaman remaja saya pula, bole dikatakan separuh pakai tudung, yang separuh lagi free hair..
Tudung waktu tu cuma bawal je..
Bawal je kan, tapi ada macam-macam jenis bawal tau..
Siap ada gred lagi..

Pastu ada berenda-renda pelbagai jenis..
Pastu ada pula  batu-batu permata pelbagai jenis..
Setiap kali keluar pattern baru, mesti je nak beli..
Patern yang dimaksudkan tu ialah tudung bawal yg sama juga, cuma renda n batu-batu tu je yang lain..

Zaman berganti zaman, kini tudung dan perempuan Melayu Islam seakan tak boleh dipisahkan lagi..
Ada sependek-pendek tudung sampai la ke selabuh-labuh tudung..
Jenama tudung pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..
Masing-masing mengilhamkan pelbagai jenis pattern baru sehingga tudung sahaja pun telah menjadi elemen utama Fesyen Muslimah.

MAsa kat marikulasi dulu saya pakai tudung cam gini la.
Lecturer saya yang lawa konon tu sound cakap saya pakai tudung macam makcik pegi pasar.
La ni Keknis pula pakai cenggini..
Sememangnya fesyen Muslimah tidak terkecuali dalam mengalami revolusi yang pesat dan paling ketara sekali adalah fesyen pemakaian hijab atau tudung. 
Jika ingin dibandingkan dengan style pemakaian hijab pada suatu ketika dahulu dengan trend hari ini, memang jauh berbeza. Apa yang boleh disimpulkan adalah, trend fesyen hijab terkini adalah lebih praktikal dan versatile. 
Dan ia juga boleh dikatakan menjadi salah satu sebab semakin ramai wanita yang kian selesa tampil berhijab.
Mana tak selesa, dah ler tudung ada macam-macma jenis la ni..
Dari gaya kasual sehingga ke formal sehingga la ke dinner, semua ada, semua sesuai...
Shawl yang segiempat tepat tu pun dah macam-macam style bole digayakan, hanya dengan pandai lilit je...


Bermula dengan pemakaian tudung bawal yang berpotongan empat segi, trend hijab beralih kepada pemakaian tudung sarung yang juga suatu ketika dahulu dikenali sebagai tudung Syria. 
Kemudian, fenomena pashmina tampil sebelum kemunculan koleksi shawl paling digemari ramai. Dan baru-baru ini pula, fenomena instant shawl memeriahkan industri fesyen tempatan.
Sarung siap, sarung siap..
Kalo tak pakai tudung, satu hal pula kene mendandan rambut..
Erm, baik pakai tudung..
Lagi comel, lagi anggun, lagi bergaya..
Tak gitew...


Rekaan-rekaan hijab terkini ini lebih mudah untuk dipakai dan memberikan keselesaan kepada para wanita berhijab.
Bukan itu sahaja, cara pemakaian tudung yang moden ini juga membolehkan ia dipakai dengan apa jua jenis pakaian atau dengan kata lain; versatile. 
Minah rock pun bole berhijab, minah hip hop pun bole berhijab, minah nerd pun boleh berhijab, minah cute pun bole berhijab, minah kampung pun bole berhijab..
Pendek kata bukan sahaja hijab , malah pakaian fesyen terbaru top to toe telah berevolusi sesuai dengan kehendak kita yang nak tutup aurat dan berfesyen dalam masa yang sama.
Wanita berhijab kini lebih berkeyakinan untuk berfesyen!



Rekaan-rekaan fesyen hijab yang moden ini juga menggalakkan lebih ramai remaja dan golongan muda khususnya untuk mengenakan hijab. 
Kini mereka boleh mengenakan hijab ke mana sahaja dengan penampilan yang sopan dan bergaya!
Malah, most of them boleh nampak lebih kiyut dan menarik kalau kene dengan mix and match nya..

Yang belom bertudung, dah bole consider.
Macam-macam style ada di pasaran dari harga serenda-rendah ke harga yang tinggi melambung..
Cuba dulu tudung pendek dan nipis yang mudah dipakai tu.
Pastu slow-slow upgrade..
Yang dah bertudung tu, rekomen la kawan korang tudung yang sesuai dengan dia..
Dan bagi honest opinion supaya dia mudah selesa..

Wassalam...

24/03/2016

Personality Test 2016

Salam..
Terkejut pula tetibe tengok ada entry baru padahal tak tulis pun..
Owh, saya ada tulis tahun lepas sebagai reminder.Ok la, jom la buat test.. Nak buat sangat kan.. Huhuhu..Dan inilah resultnya..

Your Personality Type Is The Designer (RIOGS)

Designers are emotionally reactive, which means that they experience their emotions strongly and can be very passionate., however also have a higher tendency to experience emotions such as anxiety, anger and depression. Due to their independence and reserve, sometimes the Designer can be perceived as arrogant or unfriendly, however this is merely because they don't require the same level of social stimulation or interaction that others may seek. The Designer enjoys a good balance between the real world and fantasy, they are mostly aware of and in touch with their emotions. Being open-minded to new and unusual ideas helps them to interact with the world. With a healthy skepticism of the motives of others, and a belief in justice and being self made, sometimes the Designer can come across as guarded or intimidating. However the Designer has a refreshing impulsiveness about them, they tend to dislike too many rules and regulations and can be casual and whimsical.
5.01% of people are Designers















Saya nak cuba compare dengan yang tahun lepas punya, tapi tak jumpa pulak entry tu..

Wah, teruk juga weaknesses saya tu..
Mudah panik dan mungkin tak bagi kerjasama? Apa pula? Kite bagi je la.. :'(












Ni lagi best..
Tengok tu, friendliness 1% je? Apakah???

Mungkin saya ada jawapan untuk itu..
Sejak kawen 3 tahun lepas, saya pindah ikot suami dan duk umah je 24 jam.
Satu-satunya kawan saya ialah suami..

Suami pula jenis pendiam..
Biasanya saya akan bercakap sorang, pastu gelak sorang..
Dan sekali sekala saya kene keluar jumpa orang; rasa macam awkward sangat.
Hahaha..

Kesiannya aku, forever alone... T____T

Ni ialah orang yang macam saya juga..
Saya kenal 3 4 orang je..
Jap lagi search siapakah mereka ini..

















Result penuh dia kat sini:
http://www.seemypersonality.com/Personality-Report?x=PIx4x5062262-4242695xs4hj2x4

Korang punya result macam mana pula..
Cer test, cer test..

Wassalam...

23/03/2016

Reminder!

Salam..

Saya menulis entry ni pada 23 Mac 2015 (setahun yang lepas)
Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri bahawa saya  perlu buat ujian Sahsiah Diri untuk mengetahui adakah saya masih sama seperti setahun yang lalu, ataupun sudah berubah..

Sila klik http://www.seemypersonality.com/

Kemudian compare dengan entry bertarikh 23 Mac 2015

Semoga berjaya, Asma.. :>

Wassalam..

21/03/2016

DIY : Cara Buat Label Sendiri Menggunakan Transfer Paper.

Salam...

Kepada korang yang telah lama menanti-nantikan transfer paper yang out of stock haritu,
Ni ada berita baik...

Transfer Paper dah Restock!!!
YeeHaaaaa!

Apesal seronok sangat tu?

Seronok la..
Dah lama sangat tunggu kan.. Akhirnya sampai pun..

Korang yang dah biasa guna tu, tak perlu explain lagi..
Kepada korang yang belom pernah guna tu pasti tertanya-tanya "apa kaitan transfer paper dengan label".

Korang yang ada produk sendiri dan nak letakkan label berupa ribbon, contohnya bantal, keychains, purse dan sebagainya; pasti korang kene tempah custom made label..

Setahu saya label tu ada minimum order.
Kalo yg nak order sikit2, harganya mahal sikit la atas sekeping..

Salah satu alternatif ialah buat label sendiri dengan menggunakan ribbon dan transfer paper.

Tutorialnya saya dah buat kat entry ni : http://asma-felt-box.blogspot.my/2013/06/tutorial-diy-handmade-label-ribbon.html

Dan baru-baru ni saya ada buat video yang pendek untuk tunjukkan memag betulboleh transfer tulisan tu pada ribbon..
Memang itulah tujuan kertas itu dicipta..

Check-out video pendek tu kat sini:


Video ni saya buat pada pukul 2 pagi dalam keadaan mengantuk..
Tapi tengok la, jadi je kan ribbon tu..
Memang simple sangat2..

Kat mana nak dapatkan transfer paper tu?
Tak perlu cari jauh-jauh, beli je dari saya..
Harga transfer paper ni RM5 sekeping saiz A4
Murah sangat.
Murah nak dibandingkan berapa keping label yang korang bakal dapat kelak..

Pastu bole tukar2 design kalo rasa cam tak best je design..

Nanti bila dah banyak sangat production, baru order ribbon yg jenis sulam atau cetakan dari kilang..
Tak larat kot nak meng"iron" kalo banyak sangat kan..
Huhuhu...

Transfer paper ni juga bole digunakan untuk transfer design kepada baju tshirt ke, pillow ke, beg ke, atau apa2 yang berasaskan fabrik...

Ada yang tanya, tahan tak label tu bila dah basuh?
Secara jujurnya saya sendiri pun tak pasti.
Saya hanya gunakan untuk buat label pada produk kraf yang jarang basuh..
acam keychain, purse camtu kan jarang je basuh..

Pada pakaian tak pernah buat pula..

Tapi kertas ni produced untuk transfer design kepada t-shirt.
Jadi sepatutnya dia tahan la kan..

Apapu, itu korang kene try and error sendiri la..
Saya tak pernah try buat kat pakaian..

Owhh.. Ada sesuatu nak share..

Akhir tahun lepas ada seorang guru order transfer paper ni untuk projek anak murid beliau..
Guru tersebut kongsikan kepada saya detik-detik tersebut..





Bila tengok gambar2 ni kan. hati rasa seronok sangat...
Tak tau la kenapa..
Rasa nak join juga dorang buat tshirt tu..
Huhuhu...
^___^

Terima kasih cikgu kerana kongsikan gambar yang precious ni kepada saya..
Nak letak gak kat blog ni supaya bole tengok balik bila tua nanti..

Owh, ribbon plain pun saya dah start jual tau..
Kot2 korang nak beli sekali kan..
tengok sini :


atau scan sini:
Tapi ribbon tu kat kedai alat jahitan kat tempat korang pun ada jual, in shaa Allah..

Esok saya update pasal ribbon tu ya..
Yang tak sabar nak tau, klik je link tu..
Nanti korang akan dibawa merentasi alam maya bertemu ribbon tu..

Okay la..
Minta diri dulu..

Wassalam..

17/03/2016

Update : Apps for Felt Craft Supply Store

Salam...

Yay! Akhirnya berjaya menyempurnakan app asma-felt-box!
Syukurrr....

Yang beta version tu korang dah bole uninstall dah (tapi nak continue pakai pun bole, saya cuma ada buat penambahbaikan dan perincian sikit).

Yang belom install, bole on phone korang dan klik link ni:

http://apps.appypie.com/media/appfile/e10e9b8ac850.apk

Pastu dia akan automatik donlod..

Lepas siap donlod dan akan tanya nak install ke tak?
Jawab nak.

Pastu dia install

Dah selesai install tu, korang kene delete file yg korang donlod tadi.
Kalo kat phone saya tempat dia kat folder "file manager" pastu kategori "APK aka APPS"
Buang file tu untuk elakkan dia buat phone kita fenin fenin lalat...

Cer korang buka apps tu dan didapati muka dia macam ni:


Sedikit pencerahan (saje nak bagi panjang sikit karangan hari ini)

1. Perihal tu ada tulis detail tentang bisnes ni. Waktu urusniaga, penghantaran semua ada kat sini.

2. No whatsapp dan email address ada kat Buku Tepon.

3. Nak tanya apa-apa, ataupun saje nak order barang bole buat kat Pertanyaan. Reply saya tu nanti akan masuk ke email korang. Kalo jarang buka email bole terus whatsapp. 

4. Track Parcel korang kat "kanta pembesar" tu dengan taipkan tracking number. Nanti dia carikan kat mana parcel korang berada. Senangkan, takyah buka browser dah.

5. Social Network tu saya himpunkan facebook page, instagram, twitter, blog dan kedai online saya. All-in-One. Bole la korang nak ushar kejap2, tak perlu search apa2, cuma klik je dan terus muncul update terbaru. 
Paling banyak saya tulis kat FB. IG dan Twitter jarang2, tapi nak usaha aktif kat situ juga. 
Doakan ya.. 
Sambil2 tu bole gak ushar apa bebelan terbaru saya kat blog. Klik je, tak perlu search.

6. Shop tu akan redirect korang ke shopping cart asma-felt-box.com. Bole terus order kat situ. Tak perlu buka browser.

7. Nak baca kastemer feedback? Feedback ni banyak, tapi saya amik yang mana sempat je la ya. Customer Feedback ni mungkin perlu untuk korang yang baru 1st time nak berurusan dengan saya. Takot kene tipu, takot barang tak sampai. Diharap screen shot tu mampu melegakan hati korang. Jangan bimbang tau, saya dah niaga sejak 2010 dan masih aktif sehingga kini... ^_^

8. Bahan Kraf yang Anda Perlukan tapi Tiada di asma-felt-box?
Haaa.. Tulis je bahan tu kat Survey.. Kalo majoriti nak benda yang sama saya akan carikan..

9. Ni yang paling seronok. Selepas korang order dan buat pembayaran; mesti nak inform yang dah bayar kan?
Selain isi borang payment confirmation di website; korang dah bole isi maklumat yg sama kat app ni di ruangan Update Bayaran
Nak upload gambo bole, taknak upload gambo pun bole. 
Kalo upload tu senang saya jejak transaksi tu. 

Okay tak?
Sebenarnya ada lagi nak tambah, tapi cukup la dulu kot..

App ni sizenya 15MB.
Ini la terkecik yg mampu saya buat..
Nak cuba buat 5MB je sebenarnya tapi tak dapat pun.. :(

JAngan lupa donlod tau..
We stay keep in touch... <3

Wassalam....

12/03/2016

Install Apps asma felt box

Salam.

Sambil tunggu kedua ibu bapa saya dan kedua mak dan pak mertua saya sampai, sempat pulak godek2 cara buat apps sendiri.

Maka terhasil la satu apps yang buruk..


Erm.. Okay la kan utk budak tadika macam saya ni. Kelakar pulak, pilih kaler lain, tulisan lain, tapi yang munculnya lain pula.

Apps tu apa?

Apps tu ialah application atau bahasa Melayu kita panggil aplikasi yakni yg korang download kat play store. Contohnya apps facebook, whatsapp, cimbclick, game angry bird dan sebagainya.

Macam best je kan tetibe ada aplikasi sendiri. Hemo hemo hemo...

Senang sikit macam ni.
Tak perlu korang search saya kat fb, search blog kat google, search asma-felt-box.com kat google juga, search lagi kat ig.
Saya satukan semuanya kat satu apps.

Pastu bole shopping terus kat situ.

Nak baca saya bebel di blog pun kat situ.

Nak baca update (yg biasanya saya tulis kat fb) pun kat situ.

Nak jenguk ig saya pun kat situ.

Nak cari email address dan no whatsapp pun kat situ.

Nak tau detail pasal waktu urusniaga, waktu pos barang, waktu cuti pun kat situ.

Lagi best, nak bagitau dah bayar order tadi pun ada kat situ.

Dan nak best lagi, bole terus check tracking number kat situ.

Best kan...

Nak install klik link ni.
Nanti dia automatik donlod.

http://apps.appypie.com/app/download-plist/appId/a1a766baffe5

Apps ni beta version je tau.
Baru 1st time buat, jadi memang buruk la. Jangan la expect dia hebat macam facebook punya.Kalo tak suka jangan marah tau. Nanti saya upgrade slow2.

Owh, apps ni percuma je. Lepas install nanti, kalo rasa tak suka bole uninstall balik.

In case tak dapat download, sila baca maklumat berikut. Semoga membantu.




Ok, nk tido dulu.
Selamat menggodek apps.

Nite2.

Wassalam...