31/01/2016

My New Management Planner

Salam...

Jangan cuti lama-lama..

Nak cuti bole, tapi jangan lama-lama.
Kalo tak nanti jadi macam saya ni ha..
Dah mula kerja tapi mood kerja tak mai..
Buka blog, sejam termenung depan lappy, tak tau nak tulis apa.. Mood tak mai..
Buka fb, termenung juga.. Mood tak mai..
Naseb baek bila buka order, mood mai..
Dapat gak packing dan pos barang...

Dalam tempoh nak keje tapi mood tak mai, saya abeskan masa dengan jalan-jalan kat instagram..
Belek2 gambar, belek video pendek2 tu kan..
Pastu saya google banyak-banyak, nak bagi masuk mood..
Akhirnya mood tu pun datang, tapi slow mo bak sinetron dalam scene terkejut sampai zoom-in ke muka pelakon tu..
Slow macam tu la..
Slow pun takpe, asalkan start kan..

Aritu, lepas abes tengok wayang saya gi kedai buku jap nak beli diary..
Dah nak abes bulan 1 baru nk beli diary?
Kelewatan apakah ini..?
Better late than never, yer tak..

Saya beli planner sebanyak 2 biji.
Naseb baek ada lagi..

 Yang pertama Planner macam gini:


Kecik dan nipis je macam buku latihan sekolah..
Jom tengok kenapa saya perlukan buku ni..

Ni la ruang yang saya nak..
Ia menyamai monthly planner saya tahun lepas
Saya tulis order yang perlu pos pada hari tersebut dalam kotak-kotak tu supaya tak tertinggal
Cuma kali ni nak try dalam bentuk buku..

Sebenarnya yang tahun lepas tu lagi senang nak tengok..
Ia terbentang je atas meja, senang nak rujuk dan tulis sebab ada atas meja je kan..
Buku ni pulak amik masa sikit la, kene buka tutup pastu simpan kat tepi..

Cuma kelebihan buku ni ialah rekod tu terpelihara sepanjang tahun..
Kalo ada prob (terutama time buat akaun) senang nak tengok balik yg beberapa bulan lepas punya.
Maklum la saya ni memang liat sikit bab akaun ni..

Planner yg atas meja tu, lepas abes bulan tu kita siat utk bulan seterusnya kan..
Pastu buang kertas tu..
Pastu takde dah rekod nak check balik..

Oleh itu, kali ni nak try camni pulak.
Kita tengok camana outcome nya..


Dalam ni ada sekali yearly planner tau..
Kalo utk perempuan memang berguna sangat..

1) utk tanda menstruasi (betol ke eja)
2) utk tanda birthday kawan2, kenduri, jualan murah, event
3) utk tanda event yg kita nak kene pergi, kursus, bengkel dll
4) utk tanda apa2 yg berkaitan dgn aktivi anak spt hari sukan, hari anugerah cemerlang, hari kokurikulum, hari pibg dan sebagainya yg perlu kita hadiri
5) utk peniaga yg busy giler dan malas buat akaun, bole guna utk tulis sales pada hari itu. Guna pen hitam utk jumlah wang masuk, pen merah utk wang keluar.. Hujung bulan terus kira.. Senang..


 Itu ialah buku khas utk pos barang je tau..
Buku yang kedua pulak ialah ala-ala diary yang nak saya gunakan utk planning yg lebih detail..


Yang ni buku kulit keras, saiz A4
Apakah kelainan planner ni?
Jom tengok..

Inilah yang saya perlukan..
Alamak, kabur pulak..
Sori yer kawan2, dah upload baru nampak gambarnya tak jelas..

Salah satu ciri orang yang sentiasa improving ialah mereka luangkan masa mencatit idea, perancangan, target, to do list dan yang seangkatan dengannya..
Yang terbaik ialah: 
1) sebelom tidur dia target apa nak disiapkan esok
2) hujung minggu dia set apa nak disiapkan minggu depan..
3) hujung bulan dia set apa nak dia achive utk bulan depan..
4) awal tahun dia set apa yg dia nak achieve hujung tahun ni.

Pastu dia ada lagi target utk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya..

Perkara ni tak terhad kepada perniagaan sahaja..
Student pun bole set target, nak buat latihan banyak mana dalam sehari, atau nak dapat 90% dalam seubjek2 tertentu, atau target nak dapat B utk subjek yg selalu dapat D.
Target ni mesti yang mampu dicapai..
Kalo selama ni D nak terus A, biasanya tak dapat..
Mesti target logik, iaitu sebelom ni dapat D, kali ni nak dapat C, pastu nak dapat B, pastu baru A.
Slow2,,

Yang nak kurus pun bole..
Target, pada jumaat depan saya nak turun 1kilo dan perut pun turun setengah inci..
Sebulan kemudian nak turun 4 kilo, dan perut turun 2 inci.
Atau, ptg pukul 4 berzumba 5 minit, selang 2 hari pergi cycling pulak 10 minit..

Tulis planning tu supaya bila kita buka page pada harini , terus tau nak buat apa pada hari tersebut...
At least ia perlu untuk saya..
Dulu masa jadi student, bole je simpan semua dalam kepala kerana takde keje lain dah kita ni belajar je memanjang..
Semakin dewasa, semakin banyak tanggungjawab yg perlu kita galas, cthnya kita seorang pekerjaa seorang isteri, ibu kepada 2 anak, dan anak kepada kedua orang tua. 
Kalo yg ada buat bisnes part-time atau keje part-time lagi la banyak keje nak buat..
Kalo otak kita cekap, tingkatkan kecekapan tu dengan bantuan planner macam ni..
At least sebelom tido kita dah review dan tau apa nak buat esok..

Macam saya yang bayak kelemahan ni, kelemahan utama saya bila sakit kepala semua susunan dalam otak ni dah jadi tungganglanggang..
Maka planner ni memang sangat diperlukan..
Saya ada citer kesah saya dan saket kepala sebelom ni kan..

Dalam planner ni juga ada bermacam benda lagi yangsaya sendiri pun tak reti guna..
Contohnya macam bajet tahunan ni..
Nanti la pikir camana nak guna

Pastu ada jadual macma ni..
Tak reti gak nak guna ni..

PAstu week analisis ni..
Nampak macam gant chart je..
Sesuai utk korang yg buat tugasan atau projek..
Dapat terus mark down je..

Last but not least, yearly planner..
Macam yang dalam buku pertama tadi..
Elok juga ada 2.. 
Satu utk jadual menstruasi, satu lagi untuk untuk duit keluar masuk..

Guna yearly planner untuk rekodkan duit keluar masuk?

Kenapa terkejut sangat tu...
Walaupun sangat tak praktikal guna jadual ni sbg akaun, sekurang-kurangnya ada jugak la rekod akaun tu dari berniaga susah2, tapi bulan2 dapat berapa pun tak ingat sebab dah guna duit tu..
Biasanya ibu bekerja dan berniaga yang ada prob ni..
Jadi alang-alang dah ada kotak ni, isi je la..
At least dpt juga tau roughly berapa sebenarnya korang dapat dan guna dalam sebulan..
Kan...

Jangan main-main tau, nampak duit masuk laju je, banyak je..
Tapi sebenarnya tak banyak pun..
Banyak hidden cost yang kita tak nampak tau..
Nak senang, hire sorang akauntan, paling kurang pun kerani akaun untuk rekodkan..
Kalo tak mampu dan dalam masa yang sama takde masa; guna je la apa yang ada..
Yearly planner tu yang paling sempoi sekali..
Percaya la cakap satu

Pastu satu lagi cara yang paling senang, malah lagi senang dari kaedah sempoi di atas ialah:
Sediakan satu purse khas (bagi besar sikit macam pencil case atau beg kosmetik camtu).
Setiap kali dapat jual barang, asingkan terus modal ke dalam purse khas dan selebihnya masuk purse utk belanja..
Contohnya, kos barang tu RM5; harga jual RM8
Bila ada sorang beli barang tu; masukkan RM5 ke dalam purse khas dan RM3 lagi dalam purse biasa..
Yang RM3 tu bole guna utk beli barang2 dapur ke, pampers anak ke, susu anak ke, isi minyak kete ke..
Yg RM5 tu jangan usik okay..
Nanti nak pergi memborong, guna wang yang dalam purse khas dan sebaiknya tambah sikit lagi utk cover expenses lain seperti kos perjalanan, makan minum dalam perjalanan dan sebagainya..

Pastu masa beli barang kat kedai, in case ada beli barang dapur campur barang niaga..
Contohnya beli bayam, ikan , kopi  utk kegunaan rumahtangga; pastu beli juga plastik bungkus, ikan bilis dan telur untuk niaga..

Bila jadi gini, better korang separate barang tu dan bayar asing2..
Sama ada mintak cashier tu buat bil asing, ataupun minta adik, anak, suami atau sapa2 yg ikot kita time tu bayarkan barang dapur; kita bayar brg niaga..
Dan ingat, guna wang dari purse khas serta resit tu pun simpan dalam tu..
Nanti tulis akaun senang nak rujuk..

Okay, itu la sedikit perkongsian dari saya..
Semoga bermanfaat..

Wassalam...

28/01/2016

Hepi Tau Dapat Reply~~

Salam...

Weehihihi...

Semalam saya rasa agak seronok tau..
Malam sebelom semalam, saya ada godek-godek instagram dan ternampak post2 yang mencuit hati dari salah seorang pelawak tanahair, Tauke Jambu.
RAsa nak gelak pulak tengok post dia tu...
Dan dan tu jari ni terus je komen sambil gelak-gelak..


Tanpa disangka-sangka, Tauke Jambu reply kau..


Walaupun dia reply secara grouping, at least dia ada effort juga nak melayan peminat yang ntah hape2 macam dia juga..
Faham, dia banyak keje dan ramai pulak tu komen.
Mana sempat reply satu-satu ye dak..

Gambo ni memang saya crop la nak bagi jimat ruang..
Kalo korang tak caya, korang gi ushar IG my favourite comedian ni..

Thank you yer Tauke Jambu kerana buat saya hepi.. :>

Pastu godek-godek lagi dan jumpa satu karangan yang benar-benar menarik perhatian saya dari seorang fitness trainer yang kacak gila baq hang popular dan kaya dengan perkongsian tips sihat, yakni Brader Kevin Zahri.
Dia bagitau kenapa lelaki lebih mudah menurunkan berat badan, manakala perempuan susah sikit..
Memang logik sangat..
Patut la saya ni susah betul, turun sekejap2, naik pulak sekejap-sekejap..
Macam yoyo..

Pastu jari ni laju pulak nak mengomen..
Semalam buka IG tetibe nampak la pulak Brader Kevin Zahri ni reply komen I okay..
omg.. suka sangat..

Munge munge hati..
Kali ni munge2 kerana dia reply spesifik..
RAsa macam special sangat 
(special mendenyer, perasan lebih sokmo saya ni.. Ngahaaa)

Rasa macam syok pula bila dorang reply..
RAsa macam ada juga orang sudi baca tulisan saya yang tidak begitu bermakna tu..

Saya pula bukan jenis suka tulis komen, kerana takde idea nak tulis apa..
Bila tubik idea je baru komen..
Most of the time, saya "heart" gambo dan perkongsian yang saya suka..
Kelmarin tu, cuma 2x tu je la saya komen dalam banyak2 gambo..
Dua2 pula tu dapat reply.

^____^  <--hepi~~

Petang semalam lepas eksesais (ececeh.. saje nak bagitau orang bahawa saya eksesais tuuuu - tak malu betol.. XD), belek kejap instagram dan nampak Achey (Bocey) post video klip lawak..
Hadoii, gelak guling2 aku menengoknyer..
Dan dan tu terus tulis komen pendek kat bawah tu..

PAstu, haaa teka la..
Mesti dapat predict kan..
Dia reply kau.. Yay!
(kalo tak reply, takde nya aku tulis dalam blog ni.. Self-centered sangat I ni.. Hew hew)


Gaya reply tu macam kawan-kawan je kan..
Suka tau..
Pernah terbaca Achey bagitau yg Abam haritu tersingkir awal dalam Super Spontan (saya tak tengok rancangan ni.. Setakat ni cuma tengok Juara Parodi dan Maharajalawak Mega je. Kalo tengok rancangan lain pun sama ada tengok tv sambil makan atau tertekan.. Bukan tertekan perasaan tau, tertekan remote. Haha..), mungkin kerana Abam kurang beramah mesra dengan pelawak2 lain dlm kumpulan. Lagipun dorang kan yang menyingkir sesama sendiri.. Jadi sapa yang rapat ngan kita la yang terselamat.. 

Lagipun Super Spontan tu takde la betul sangat pun..
Kita nampak sendiri sapa yang banyak perform dan buat betul2..
Tapi yang menang, orang yang banyak merepek dan banyak bising je..

Saya tak tengok Super Spontan tu mula-mula sebab menyampah tengok Adibah Noor jadi pengacara..
Pastu menyampah pulak tengok 2 orang lelaki yg jadi pengacara tu..
Rasanya deejay kot dorang tu..

Pastu menyampah dengan permainan yang ada orang lain jadi tangan pastu amik benda2 atas meja tu sapu kat muka orang..
Ntah mende2 mainan..
Haritu semasa pelawak kerdil dari Indonesia jadi undangan, dia pegi tarik rambut si kerdil tu taknak bagi lari.
Dah ler live, terpaksa la dia hadap je. humiliation yang diberi..
Sebenarnya benda tu takyah buat pun takpe..
Dah la tak kelakar, membina minda pun tak juga..

Apapun, game2 lain best juga..
Especially yg kepala tiga dan menari-nari tu..
Apapun pelawak yg paling best pada hemat patik ialah arwah Pak Yus (korang tengok time dia kene bercakap dengan 12 patah perkataan; duduk, bongkok, berdiri dan yg berkepala tiga.. Lawak do..)
Pastu Tauke paling best time dia menari.. 
Lagipun tauke tangkas dan dia takde banyak mengutuk orang..
Walaupun kelakar tapi dia jaga mulut..

Aik, kata tak tengok, dah camana boleh tau ni..
Haha.. Saya tengok sekali sekala kat website dia..
Website tu dia dah buat video pendek2 by game..
Jadi tak perlu la saya dengar pengacara kan commentator merepek2..
Cukup dengan tengok permainan dan ketangkasan para pelawak tu.. 
Pastu kalo rasa tak suka, tutup dan buka video lain..

Teruk kan saya..
Nampak sangat dictator..
Hahaha..

Eh, camana bole sampai ke sini pulak ni..

Okay, tu la yg saya nak bagitau, komen Achey pada Abam tu menampakkan sangat Si Achey ni ramah punya orang kan..
Kalo tengok Juara Parodi dan Maharajalawak, memang seronok tengok keletah dia tu..

Thank you ya Achey.. Lebiu..
Jumaat ni kita tengok awak kat tv tau..

Sempena meraikan ketuahan saya pada hari semalam, maka nak reward diri sendiri dengan pergi menonton Ola Bola pada hari ini..
A'ah la korang, dah start..
Tak perasan ek..

Tayangan pukul 11.15am harini kat Gurney Paragon Mall harga tiketnya cuma RM6 je per seat..
Betul! Tak tipu..
Tapi pukul 1.45pm tak silap saya RM14 per seat..
Sape free tu jom la..
Murah tu harga tiketnya...

Kami ingat nak pegi Gurney tu..
Tempat tu pun tak tau kat mana, cari je la..
Nak merasa tengok wayang RM6.
Haha.. Teruk kan..

OKay la, dah nak gi dah ni..
Arini pos barang cam biasa, tapi saya online lewat sikit..
Korang order je kat website, pastu hantar maklumat pembayaran ke whatsapp atau email saya ya..
Balik nanti mungkin dlm pukul 2pm, saya terus process order dan pos petang ni..

Jangan bimbang, saya bab last2 minute ni memang terer..
Hero la katakan..
Ngehehe..

Okay, chow dulu..

Wassalam...

27/01/2016

Apakah yang Saya Jual?

Salam..

Korang tak tau ek saya jual apa..?

Saya jual handmade dari felt craft, dan yang paling popular sekali dalam pending order saya ialah keychain, brooch, purse dan bantal.

Selain itu saya juga jual bahan-bahan untuk felt craft.. Ada dekat 200 item dalam kedai maya ni dan semakin bertambah dari semasa ke semasa..

Felt ni pulak ada 2 jenis iaitu POLYESTER felt yang tekstur dia keras sikit dan mudah nak potong.
Kalo buat purse, casing, wording, applique tu memang sesuai sangat la..
Tahan lasak kau, tumbuk2 pun tak jadi apa..
\
Ni warna, saiz dan perincian mengenai beliau..


Felt yang kedua pula ialah acrylic felt iaitu felt lembut..
Lembut dia macam kapas, cuma dia lebih mudah berbulu..
Hasil akhir dia memang comel sangat.. Biasanya saya buat bantal dan keychain guna felt ni..
Tapi nak potong detail dan kecik susah sikit tau, sebab dia degil..
Harga dan warna dia kat atas ni..

Jom tengok hasil dari kain kosong ni...

Ni ialah wedding gift pillow
Memang popular gila la bantal..
Apa pasal ntah..
Mungkin sebab memang saya ni kiyut kot (eh tibe-tibe)

Ni pula sepit rambut simple dimple..
Ni popular borong di kalangan murid-murid dan para pelajar yang buka booth untuk seronok2..
Macam -macam bentuk dorang mintak..
Tapi bentuk ni paling popular sebab murah sket kot..

Ni pulak keychain yang tak putus-putus duk jahit..
Ni pun dorang suka borong jugak ni..
Paling best diborong oleh orang yang sama..
Nampak je nama dia naik, tau dah nak order keychain ni..
Thank you tau sudi order banyak..
Ailebiu...
Memang comel pun kan..
(Sekali sekala puji diri sendiri)

Bunga ni sekali sekala muncul sepecially time hari guru, annual dinner, majlis perpisahan..
Dan ada yg request pen..
Klo murid-murid dorang request pen merah..
Sebab nak tengok cikgu guna pen ni masa menanda buku..
Bole dik, asalkan korang hepi, akak pun hepi..
Guru pun hepi tengok rose yang mekar sokmo tu..
Memang kreatif la korang...

Bantal felt kecik-kecik ni biasa la hadiah ulang tahun, ataupun utk BFF sebagai tanda kenangan..
Kecik kiyut je letak kat meja study, atau meja kerja ataupun kat sebelah tv..
Biar kita ingat sokmo kat orang tersayang tu..
How sweet... (mata jadi hati..)

Haaa.. yg ni wajib muncul setahun sekali..
MAsa bulan puasa, duk pulun buat ni je tau..
Dalam tu bukan beras., nak letak beras pun bole..
Nanti rebus je ek..
Pandai la korang..

Kadang2 saja buat lebih sebab tahu tahun depan mesti ada coming order lagi..
PAndai kan saya..
Pandai kan..
(amboi, banyaknya puji kali ni..)

Suka tak?
Kalo suka meh order..
Takkan tengok je kot...

Yang handmade kene order direct tau..
Yang custom made tu korang kene bg draf dia, saiz dan smeua-semua la supaya saya bole quote harga..
Ada yang minta bantal gambo pikachu sekor..
PAstu kerkejut sebab mahal..
Pikachu kot..Bukan mudah nak buat tu walaupun sekor..
kene potong setiap warna dan jahit satu persatu..

Yang minta bantal tulis " I love You Minah"
pun tak sama harganya dengan 
bantal tulis " I love you Muhammad Yusuf Fitri Adam Bin Datuk Dr. Haji Muhammad Shaqiff Redzuan Adam Bin Ngah"

JAngan la buat terkejut-terkejut pulak ya..
Tengok la berapa huruf saya perlu jahit.. 
Masa nak disiapkan pun dah lari jauh..

Lepas tu dah siap, nak tambah apa2 tulisan, hiasan dan lain-lain sebagainya mesti kene tambah wang juga tau...
Kalo setakat nak tambah love sebiji besar ibu jari kaki ok je bagi free.
Tapi kalo nak tambah love 25 biji sempena 25 hari kita berkenalan, tak mungkin la nak free ye tak..
25 biji love tu bersamaan dengan menjahit 25 biji huruf..

Orait, order handmade untuk bulan 2 ni dah penuh tau..
Paling cepat pun bulan 3 baru dapat..

Yang nak buat sendiri bole dapatkan bahan-bahan kraf kat asma-felt-box.com
Saya pos setiap hari tau..
Baik kan saya..
Comel pulak tu... Hahaha..

Okay..okay..
Sebelom korang menyampah, saya minta diri dulu ya..
Nak siapkan bantal lagi 2 biji utk pos 1hb ni..
Pelik betul design budak2 ni..

Hipster sangat korang ni kan..
Muahahaha..

Bye bye..

Wassalam...




26/01/2016

Loceng Let Go Murah

Salam..

Loceng dah out of stock dan lambat lagi nak restock ni.. T___T

Baru-baru ni saya order loceng silver 6mm dari supplier yang baru kenal..
Sample dia ok, jenis yang sama seperti yang saya jual..
Malangnya bila sampai, aiyooooo; lain la... T__T

Memang dissapointed sangat..
TApi nak wat camana..
Komplen2 pun tetap tak bole pulangkan semula..

Maka, nak let go murah2 je loceng ni..


Ni la muka loceng-loceng tersebut

Harga 90sen/10pcs
Harga memang jelas sangat tak termasuk pos..
Malah semua barang2 jualan saya tak termasuk harga pos..
Nak tau kos pos kene timbang dulu..

Cara paling mudah, korang order je kat asma-felt-box.com
Sebelom checkout tu korang bole check dulu kos posnya..
Bole bajet dulu sebelom order..

Dan nak diingatkan, waktu saya online ialah 11pg-4ptg.
Waktu lain nak buat keje lain..
Nak siapkan pending order, packing barang, pos barang, check stock, potong felt dan macam-macam lagi..
Sabtu n ahad cuti..

Jadi kalo saya tak reply di luar waktu online, tak perlu la panik sangat ya...
Nnti saya akan reply..

Pastu bila pm, email atau whatsapp tu sila teruskan dengan soalan anda..
Jangan bagi salam je pastu senyap. 
Jangan tanya soalan yang takde kaitan, cthnya "kucing saya dah 4 hari tak berak, camana ek."
Jangan melalut2, cthnya "kak, saya ada masalah kak.." dan assume saya melankolik sangat tanya, "apa masalahnya dik?". Saya kene reply 10 20 orang dalam 1 masa, maka kita make it short supaya urusan semua settle dnegan cepat..
Sorry tau..

Sebaiknya terus jot down order atau direct tanya soalan..
Contohnya:

"Salam. Saya nak order felt keras 1m warna A, B, C, D.
Pastu kecyhain 100 biji 
Dan butang bunga 12mm 100 biji.

Berapa jumlah pos ke Perak?"

"Salam. felt warna pink dan kuning ada stok tak?
Ada tak jual butang macam ni (gambar)"

Soalan macam ni senang saya nak jawab..
Urusniaga pun mudah..

Ada juga yang tanya samapi 3 hari tak habis2 soalan..
Pukul 11 malam bila tak reply, penuh la conversation dengan emoticon dia..
Aiyooo, penat la..
Lepas 3 hari bersoal jawab, hari ke-4 terima mesej "maaf kak, mak saya tak bagi beli sebab dia takot beli online ni kene tipu. Kami beli kat kedai je esok."
Erm..
Kenapa saya rasa macam saya yang kene tipu ni...

Orait..
Sebenarnya malas tau nak tulis perkara2 di atas tu..
Dah 2 3 tahun biar, akhirnya tulis juga nak bagi orang faham..
Kadang2 ada juga yang jenis tanay soalan pukul 9 mlm..
Pukul 9.02 malam tulis kat wall "Kenapa tak jawab pm saya ni???????"
Apa agaknya orang lain yang baca tu pikir..?
Ni mesti dah seminggu tanya tak jawab2..
PAdahal baru tanya 2 minit lepas..

Ada juga yang jenis tanya "takde warna baru ke?"
Bila saya tanya, "nak cari warna apa ya?"
Taknak reply pula..

Warna felt ni ada dalam 600 warna..
Dalam 600 warna saya pilih 30 warna je sebab itu warna yang paling banyak saya guna..
Kalo korang perlukan warna2 lain, bole request..
Kalo ada warna tu saya bole orderkan dan tambah dalam koleksi..
Itu sebabnya saya sediakan ruang kat sebelah kanan blog ni untuk korang tulis bahan kraf apa yg korang perlukan..
KAlo ramai request benda yang sama, saya bole carikan..

Okay..
Transfer paper dah takde stok tau..
Supplier pun tak tau bila dorang nak order..
Maksudnya tak order lagi la tu... T___T

Zaman ekonomi meleset dan tak stabil ni, banyak company sekat wang keluar dan fokus pada produk yang laju je..
Mungkin sebab tu dorang tak masukkan stok yang kurang popular, seperti transfer paper, eyelet tool dan alat cover button tu..
Nak desak-desak sangat pun tak syok jugak..

Kita orang berniaga, kita paham dorang nak jaga cash flow..
TPPA nanti ni, makin syok la orang luar buka cawangan kat Malaysia..
Harap2 masih ramai rakyat Malaysia prefer membeli dari peniaga local..

Kat tempat saya ni, kedai-kedai runcit banyak dah tutup kerana satu kawasan shj ada 3 biji hypermarket.
Orang ramai lebih suka pi hypermarket, sebab macam-macam ada..
Zaman remaja dulu saya pun suka pi hypermarket sebab nak jalan-jalan je lebih..
Tapi sejak berumahtangga ni, malas nak masuk hypermarket dah..
Nak beli ayam dan sayur je, tapi kene masuk dari hujung tempat peralatan elektrik dan berjalan ke hujung sebelah sana yang terletaknya ayam dan sayur..

PAstu kaunter bukan semua buka..
KIta amik 2 barang, kat depan kita ada 3 troli penuh..
Adoi, buang masa betul..

Kedai runcit senang, sayur n ayam ada kat depan kedai,
Taruk2 smeua dalam bakul dan timbang kat kaunter dan terus bayar.
Memang laju..

Tapi takde kedai runcit sekitar sini..
Huwaaaa...

Okay la, dah merapu ke kedai runcit pulak..
Sebelom merapu ke Planet Nameck baek saya stop..

Bye bye semua..

Wassalam..


22/01/2016

Nak Diet tapi Taknak Lapar. Bole ke...?

Salam...

Erm...
Takde idea nak cakap pasal kraf..
Kepala duk pikir pasal kuruskan badan..

HAritu adik saya consume produk kurus; dalam 3 minggu adik turun 8 kilo..
Aku pun excited la nak try, terus je beli..
RM150 utk 30 biji..
TAkpe, kalo turun 8 kilo, aku rela je RM150 je..

Pahtu, si seller yg pening2 sebab laku keras sangat kot produk dia tu terpos 2 barang kat aku..
1 botol pil tu dalam setiap plastik poslaju..

Aku pun cepat2 whatsap dia cakap dah terbagi dua ni..
Dia pun panik2 mintak saya pos semula kat dia, nanti dia bg RM6.
Saya ckap takpe la, saya amik je la sebotol lagi ni, lagipun memang rasa nak continue terus..
Tapi saya bayar rabu la (haritu isnin maghrib dah pun) sebab baru je borong barang, akaun dah kontang..

Dia jawab, "erm, betul ke nak bayar.
Bukan apa, takot tak bayar je nanti."

Wah, canteknya bahasa..
Logik la kan, kalo aku taknak bayar, apa ke jadahnya aku bgtau dia terpos 2 barang.
Baik aku senyap je.. Dia pun tak tau.. aku pun dapat dua..
Abes citer..

Ni dah la jujur snagat bagitau dapat 2 barang pastu nak amik tapi berniat taknak bayar..
Alamak, kau ni budak bawah umo ke apa ntah..
Common sense je pun.. Nak explen pun penat..

PAstu saya cakap ok tak percaya takpe, esok saya pos semula..

PAstu dia pun cepat2 cakap, takpe la, u amik je, tapi jagan lupa bayar tau..
Amboi, macma aku ni kanak-kanak ribena nak beli aiskrim tapi mak tak bagi duit pulak..
KAlo taknak bayar, awal2 aku senyap je...
Tolong la makcik..
Apa punya perangai la kau ni..

Dah ler wasap-wasap tu dengan "yunk" "dear" "i" "u" macam lemah lembut sweet gitew..
Sekali duit punya pasal terus u bersangka buruk kat I..
Kesian I ok..

Ok, Rabu tu say abayar n abes satu citer..
Saya pun consume ubat tu..
Dua minggu kemudian tak turun pun...
Minggu ketiga pun tak turun walaupun sekilo..
Apa ni, pil tepung beku ke apa?

Pastu dapat cuti seminggu, tak consume la ubat tu..
Minggu ke-4 baru nk continue makan, check2 turun 3 kilo..
Muahahhaa..
Permainan apakah ini..

PAstu cam biasa la kalo kita tanya, mesti dia jawab tak cukup minum air, tak jaga makan, tak cukup eksesais..
Aiyooooo..
Kalo aku mampu buat semua tu buat apa aku cari ubat..
Common sense la beb...

La ni saya dah takmo makan ubat tu buat sementara waktu sebab tetibe period tak teratur..
Risau gak sebab saya ni tgh bersedia nak baby...

Ubat tu memutuskan selera makan...
JAdi kalo saya tak makan apa2 dari pagi sampai malam pun ok je..
Tak rasa lapar, tak rasa penat...
Bila nak makan nasik kan, baru suap semulut terus tak rasa nak makan dah..
Rasa nak muntahkan balik makanan tu..
Takde crave for food..

Tapi rasa risau pulak,,
Kalo tak makan, takde zat la kan..
Saya bole makan dua keping roti gardenia je sehari dgn 2 botol air masak..
Kenyang je dan tak rasa penat..
Tapi zat tu la, macma tak cukup la pulak..
Kalo sekali ada janin dalam rahim ni, zat pulak takde macam mana nak terbentuk dgn baik..

Sekarang berat saya masih macam biasa..
Satu2nya cara saya dapat turun 3 kilo dlm smeinggu haritu ialah dgn buat diet atkins..
Memang menjadi, cuma saya tak minat makan telur hari2..
LAgipun saya suka roti, mi macam tu, walaupun tak amik nasik..

Tadi adik saya yg turun 8 kilo tu, dah naik sikit dalam 3 kilo kot.
Dan dia ajak saya masak menu atkins setiap hari..
PAstu wajib wasap makanan yg kita masak tu utk membuktikannya..
Owh no..
Susah sangat... :O

Camana,,
Nak sahut ke tak cabaran dia tu..
SAhut je la..
Menjadi tak menjadi tu belakang kira..

PAsni kene cari la resepi diet atkins kan..
Hohohohoho..
Saya taruk kat blog ni kot nanti, senang nak rujuk..
Kat fb tu memang banyak, tapi lepas share lama2 dia hilang..
Tu yg tak syok tu..
Last2 guna blog jugak kan..

Blog jugak yg the best..

TAdi saya jumpa tau cara nak turunkan 5 kilo seminggu..
Korang tengok kat sini..

http://mrtengkuasmadi.com/diet-cara-saya-turun-5kg-sebulan-tanpa-berlapar/

BAnyak benda yg dia kongsi, dan sape perlukan bantuan dia contact je terus..
Link ni tidak dibayar siarannya tau..
Benda baik, kita kongsi ajer..

Kalo korang malas nak klik, saya tulis la point dia ya:

1. Minum segelas air sebaik sahaja bangun dari tido..

2. Sebelom sarapan buat detox dulu..  MAsukkan 1 inci halia yg diketuk ke dalam segelas air suam. Lepas 2 3 minit masukkan pulak perahan limau nipis atau lemon dan sesudu madu. Minum setiap hari. Sebelom tido pun bole buat detox yg sama..

3. Sarapan tu dia makan oats dan dikongsi sekali resepi yg sedap kat link tu. Takpun makan roti wholemeal.

4. Minum banyak air kosong. dia suruh 2-3 liter camtu.. Takpon minum air detox. 2 liter air campur dgn lemon dan timun. Amalkan setiap hari.

5. Makan buat sebagai kudapan.

6. JAngan tak makan tengahari (tips dia baca sendiri ya) dan jangan tak makan malam. Tp makan sebelom pukul 8 malam tau..

7. Bersenam.. Bersenam tak semestinya joging,. Ketuk ketampi pun sejenis senaman.. Menari lagu hindustan pun sejenis senaman tau..

Okay, korang jangan lupa tau jenguk blog tu..
Banyak juga yang abg Tengku Asmadi ni kongsikan..
Saya pun banyak nak kene belajar dari dia..

Jeles kau aku tengok Kajol tu..
Cer tengok Kajol dalam DIlwale Dulhaniya Le Layengge..
PAstu compare la sendiri dengan Dilwale yang baru-baru ni..
Yang tua lagi cun tau..

AKu pun nak cun jugak!
Nak cun jugak!

Wassalam..

18/01/2016

TIPS FB : Cara Susutkan Berat Badan

Salam..

Saya suka share maklumat berguna yang saya dapat dari FB ke wall FB saya..
Malangnya bila nak tengok balik, mula la tak jumpa sebab dah turun bawah-bawah..
Dans ampai satu peringkat FN hide kan nya dan up post yang lebih lama..

Oleh itu, saya share kat blog ni je la ya..
Senang nak cari lain kali..
Korang nak semak balik pun senang..

Info ni saya dapat dari FB MAWAR WILSA. 
Klik situ utk lebih info ya

Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah 1.
Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2.
Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.
Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.‪#‎wanmohdsofian‬

11/01/2016

Tukar Tarikh ke Tahun Hijrah

Salam..

Takdi gatei tangen pulok koi nok menengok tarikh lahir koi dalam tahun Hijrah..
Koi pun meng"check" la..
Seronok pulok raser..

Amende yang seronoknyer tu..?

Noh, aokme nengok ni..
Tarikh lahir koi dalam Hijrah ngen Masihi.
Bapok lawonyer...

Koi lahir 16-4-1984 (Masihi)
Same dengen 16-7-1404 (Hijrah)

Harinya sama 16hb.. Kebetulan sungguh...
Hak tahun Hijrah tu pun molek je nomor 1404.. 
Ada pulok hujung nya sama nomor 4..
Suker rase..

Hak hari Isenin ni koi tau doh, Same dengen Rasulullah SAW.
Tu yang hepi sokmo koi tiak kali Isenin..
Orang kabo Monday Blues..
Koi takdok blues blues nyer hari Monday..
Koi hepi manjang..

Mintok2 la koi meninggal Isenin jugok..
Nok same dengen  Rasulullah SAW (kalo boleh la..)
Kalo tak bole, hari apa2 pun koi boleh belake..

Pahtu nok terai pulok tarikh kawen koi..


Jauh la pulok...
Tapi hak best sikit, koi menikoh 2 hari selepas Birthday Rasulullah SAW..
Seronok ken..
Buken mudoh nok dpaat tarikh dekat2 weh..
Tu takdok rancang pun, kami cari tarikh hak free je haritu..

Cume yang lawo sikit tarikh Hijrah tu, 
14-3-1434
Haaaa...
Tu yang lawonyer tu..
Nomor 1 4 ngen 3 je..
1-4=3.. 
Kan...

Hahahaha..
Memandai2 je scramble nomor..
No bagi jugok nampok cantik.. :P

Haaa..
Aokme takmboh terai ke..?
Terai la..
Tekan je bawoh ni. Koi cari doh ke aokme:


Doh terai tu gi ler kabo ke rodong2 yer..
Kite buat sesame..

Wassalam..

10/01/2016

Juara Parodi

Salam..

Salah satu lagi sebab saya hepi di tahun baru ni adalah kerana satu rancangan yang dikeudarakan setiap Jumaat pukul 10 malam kat Astro Warna..

Mula-mula tertengok je, sebab takde keje..
Pastu best la pulak..

Jumaat lepas dah masuk minggu ke-7 dah kot...
Minggu depan dah semi-final..

Dalam banyak2 kumpulan tu saya paling suka kumpulan Selamber Blur..
Pastu Kobis Pedas, Mawi and the Loyar dan Black Dot Chey (yeke eja dia ni).
Sebenarnya semua best, yang kat atas tu cuma group yang saya suka..

Mawi and the Loyar la yang paling konsisten..
Pastu Mawi tu semangat lain macma betul..
Dia pulak yang jadi komedian.. Seronok pulak tengok dorang..
Hahaha..

Jumaat lepas haritu tugasan dorang ialah pasal negeri dan buat loghat negeri..
Selamber Blur dapat negeri Pahang..
Aku pun apa lagi, excited la..
Bukan senang nak dengor loghat Pahang masuk TV..
Ye la saya kan orang Pahang... walaupun lahir kat Terengganu..

Namun kusangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang...
Dorang punya performance takde komedi dan loghat Pahang pun tak berapa nak ada..
Ada la 2% macam tu..
Buat syarat je..

Memang kecewa la jugak..
Mana tak kecewa, negeri lain semua keluar loghat..
Betul tak betul pun, dorang bantai je asal bunyi...
Tapi Pahang langsung takde..

Takpe la. Nak wat camne, loghat PAhang memang payoh sket, banyok jenih pulok tu..
Nampok sangat dua2 blur atas tu. Sampai juri pun jadi blur..
Tapi dengor perkataan "hogoh tok gajoh" dan "koi" tu puas hati doh rasenyer..
Tamboh2 ada "ikan paten", ok la dapat markah sket..

Nak komplen banyak-banyak pun susah jugak..
Bukan senang nok cari orang Pahang kat Malaysia ni..
Ramai je, tapi tak menonjol...
Orang Pahang bila bercakap bahasa Melayu standard hilang bunyi Pahang tu..
Tak tau la kenapa...

NI saya tunjuk sikit video loghat Pahang..
Korang dengor la yer..
Pahni, tau la loghat Pahang gane rupe..

Ni sketsa..


Ni parodi ni..


Ni skrip rabak versi Pahang


sajak untuk mak dalam loghat Pahang


Ni lagu loghat Pahang..
Banyak lagi kornag boleh search Anok Semantan..
Sedap juge lagu2 dorang ni..
Tapi video klip tu buat sendiri2, jangan la komplen ya.
At least dorang ada juga buat sebagai wakil orang PAhang...


Hok beh nyer Mawi and The Loyar kene buat loghat Terengganu.. Memang semua ke laut, bukan ke Laut China Selatan, ke Lautan Pacific teruih.. Semua perkataan dorang taruk "ng" kat belakang.. Suka2 hati dorang je.. XD

Aboh dorang pergi panggil Abong..
Tapi best sangat, tak abes2 gelok tengok gelagat dorang. Nok2 Mawi tu hentam keromo je..


Dan minggu ni Black dan Achey pegi jadi SHah Rukh Khan...
Yang Black tu memang bergaya sungguh la..
Bila ada janggut n jambang nampok ensem la pulok..
HAritu Black pakai rambut palsu, nampak kiyut jgk...
Hahaha...

Kalo korang tak pernah tengok Juara Parodi, bole la tengok episod lepas2 kat sini -- > http://www.astrogempak.com.my/zonlawak/juaraparodi/video

Saya asyik ulang Selamber Blur je la..
Tapi minggu ni punya tak nak ulang dah kot..
Tercalar sikit hati..

Minggu depan kita tengok pulak macam mana gamoknyer yer..

Wassalam..

09/01/2016

Dilwale

Salam..

Tahun baru 2016 ni dibuka dengan ke"hepi"an..
Hepi kenapa..?


Obviously...
My favourite all time couple..

Time iklan citer ni tak rasa cam nak pi tengok pun..
RAsa macam Shah Rukh dan Kajol ni special appearance je..
Ye la.. Dorang kan dah tua..
Takkan nak jadi hero heroin lagi..
Kakak n abang hero heroin bole la..

Pastu ramai pulak kawan2 update post cakap citer ni best..
Takleh jadi ni..
Ajak Cik Abang gi tengok kat wayang..
Tak main la free download..
Nak rasa sound system dan visual wayang baru syok woooo..

Tapi abang takmo pi..
Mana la dia nak tengok citer cintan-cintan ni..
Cik Abang nak tengok Star Wars yang baru tu..

Ceh, Star Wars apa barang..
Well, saya sebenarnya takde la minat sangat citer macam star wars tu..
Sekadar tengok je la..
Citer lawan-lawan je pun...
PAstu mesti la orang baik menang...

PAdahal kalo ikotkan citer hindustan pun predictable jugak..
Walau apa pun rintangan mesti bahagia jugak..
Kalo hero mati, jadi cam citer Dil Se dulu tu..
Hancur panggung wayang dikerjakan penonton sebab marah hero dia mati..
Kat negara India la..
Kat sini tak jadi gitu kot..

Selepas melalui proses pujuk rayuan dan tarian ala-ala hawaii, Cik Abang pun bawak la jugak pi tengok citer Dilwale ni; gara-gara tak sanggup menyaksikan tarian hawaii saya yang serba tak kena tu.
Hahaha..
Takpe la abang ek, esoknya kita gi tengok Star Wars pulak..
Give and take la..

Guna member card dan debit card, dapat beli tiket dengan harga RM10 sekeping..
Okay gak tu..

Bila dah start tengok...
PERGHHHH!!
Syok Wooooo...

SAngat dramatik dan kaya dengan kepelbagaian bio..
Kelako ada, sampai guling-guling saya gelak.. Mujur gelap..
Romantik memang banyak, dengan lagu-lagu yang bersulam setiap kali emosi terbit..
Dengan adegan slow-mo, skirt dan rambut ditiup angin, 
Walaupun sejak zaman berzaman guna style ni, tapi memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..
Perghhh.. Aura dia kan..

Sedih pun ada tau.. Dah nama hindustan tak mungkin tak nangis..
Ada tu part rasa cinta sampai nanges aku..
hahaha..
NAseb baek la wayang gelap..
Naseb baek saje kiter ni..

LAgu-lagu dalam citer ni pun sedap..
Ni salah satu yang saya suka..



Video clip penuh tak jumpa..
Video penuh dia memang sangat membelai jiwa..
Ditambah lagi ada subtitle kat bawah time nyanyi tu..
Menitik air mataku, dapat rasa cinta tu tau...
Perghhh..
Gila betul hindustan ni...

Ni saya tulis translation dia untuk simpanan saya je ni..
Lain kali nak tengok senang :

Forever Forever (Stay with me)

Forever, forever, forever, Walk by my side
Promise me that will meet me again
We are two bodies, but our hearts beat as one
Be mine, forever
Do not leave me ever
Υou are my twilight
for you, my heart aches
And only you can allay the pain
I have only one wish ever
Be mine, forever
Do not leave me ever
Aha ha ha...
Be mine, forever
Do not leave me ever
Both my worlds are there in the embrace of your arms
Wherever You reside, my heaven is right there
If this flame of desire is burning, it burns so from every direction
I pray taken for granted the flame never goes out
You are my desire, I am Your love
Are the words in my poem, I am your music/tune
I am thirsty only for You
In my veins, always remain this way like an intoxicant
Fulfil this desire of my love
Be mine, forever
Do not leave me ever
Υou are my twilight
for you, my heart aches
And only you can allay the pain
I have only one wish ever
Be mine, forever
Do not leave me ever

Kalo korang free gi la tengok ek..
Bawak sekali suami tu..
Bawak boifren pun ok, bagi dia semangat sikit nak mempercepatkan perkahwinan..

Keesokan harinya kami tengok Star Wars pulak..
Dapat 2 tiket percuma guna member card tu..
Apa lagi dapat tengok Star Wars free wa cakap lu..
Bukan main hepi lagi Cik Abang..
Bahagia rasa tengok senyuman di wajahnya..
Mahal tu senyuman tu. 3 tahun sekali je dapat tengok..
Huhuhu..

Wassalam...