Install Apps asma felt box

Salam.

Sambil tunggu kedua ibu bapa saya dan kedua mak dan pak mertua saya sampai, sempat pulak godek2 cara buat apps sendiri.

Maka terhasil la satu apps yang buruk..


Erm.. Okay la kan utk budak tadika macam saya ni. Kelakar pulak, pilih kaler lain, tulisan lain, tapi yang munculnya lain pula.

Apps tu apa?

Apps tu ialah application atau bahasa Melayu kita panggil aplikasi yakni yg korang download kat play store. Contohnya apps facebook, whatsapp, cimbclick, game angry bird dan sebagainya.

Macam best je kan tetibe ada aplikasi sendiri. Hemo hemo hemo...

Senang sikit macam ni.
Tak perlu korang search saya kat fb, search blog kat google, search asma-felt-box.com kat google juga, search lagi kat ig.
Saya satukan semuanya kat satu apps.

Pastu bole shopping terus kat situ.

Nak baca saya bebel di blog pun kat situ.

Nak baca update (yg biasanya saya tulis kat fb) pun kat situ.

Nak jenguk ig saya pun kat situ.

Nak cari email address dan no whatsapp pun kat situ.

Nak tau detail pasal waktu urusniaga, waktu pos barang, waktu cuti pun kat situ.

Lagi best, nak bagitau dah bayar order tadi pun ada kat situ.

Dan nak best lagi, bole terus check tracking number kat situ.

Best kan...

Nak install klik link ni.
Nanti dia automatik donlod.

http://apps.appypie.com/app/download-plist/appId/a1a766baffe5

Apps ni beta version je tau.
Baru 1st time buat, jadi memang buruk la. Jangan la expect dia hebat macam facebook punya.Kalo tak suka jangan marah tau. Nanti saya upgrade slow2.

Owh, apps ni percuma je. Lepas install nanti, kalo rasa tak suka bole uninstall balik.

In case tak dapat download, sila baca maklumat berikut. Semoga membantu.




Ok, nk tido dulu.
Selamat menggodek apps.

Nite2.

Wassalam...




No comments:

Post a Comment