Fesyen Hijab Moden dan Praktikal

Fesyen Hijab Moden dan Praktikal

Salam...

Bila imbas kembali zaman dulu kan, jarang-jarang juga wanita Melayu Islam ni pakai tudung kan..
Saya ada jumpa gambar lama-lama zaman atuk saya muda-muda dulu, rata2 gadis dan makcik-makcik zaman tu tak bertudung..
Dorang pakai kebaya dan kain batik pastu ada satu selendang nipis..
Sekali-sekala dorang sangkut selendang tu di kepala..
Ada tu pakai kebaya nipis (macam kain satin) warna putih (atau pastel macam tu la), pastu baju dalam dia kaler hitam.. kau...
Terkejut gak aku tengok gambar tu, tapi zaman tu bend atu normal je..
Takde orang kutuk apa-apa..

Walaupun tak pakai tudung tapi ilmu agama penuh di dada..
Baca Quran pun lagi terer dari kita yang bertudung litup ni..
Adab sopan jangan cakap la..
Cenggini baq hang..

Pastu masuk zaman mak ayah kita pun jarang gak la bertudung..
Skirt pendek, baju takde lengan, leher luas, dan kadang2 tu nampak pinggang sikit..
Kalo yang pakai tudung tu, dorang pakai tudung ikat belakang..
Nampak la leher..

Zaman remaja saya pula, bole dikatakan separuh pakai tudung, yang separuh lagi free hair..
Tudung waktu tu cuma bawal je..
Bawal je kan, tapi ada macam-macam jenis bawal tau..
Siap ada gred lagi..

Pastu ada berenda-renda pelbagai jenis..
Pastu ada pula  batu-batu permata pelbagai jenis..
Setiap kali keluar pattern baru, mesti je nak beli..
Patern yang dimaksudkan tu ialah tudung bawal yg sama juga, cuma renda n batu-batu tu je yang lain..

Zaman berganti zaman, kini tudung dan perempuan Melayu Islam seakan tak boleh dipisahkan lagi..
Ada sependek-pendek tudung sampai la ke selabuh-labuh tudung..
Jenama tudung pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan..
Masing-masing mengilhamkan pelbagai jenis pattern baru sehingga tudung sahaja pun telah menjadi elemen utama Fesyen Muslimah.

MAsa kat marikulasi dulu saya pakai tudung cam gini la.
Lecturer saya yang lawa konon tu sound cakap saya pakai tudung macam makcik pegi pasar.
La ni Keknis pula pakai cenggini..
Sememangnya fesyen Muslimah tidak terkecuali dalam mengalami revolusi yang pesat dan paling ketara sekali adalah fesyen pemakaian hijab atau tudung. 
Jika ingin dibandingkan dengan style pemakaian hijab pada suatu ketika dahulu dengan trend hari ini, memang jauh berbeza. Apa yang boleh disimpulkan adalah, trend fesyen hijab terkini adalah lebih praktikal dan versatile. 
Dan ia juga boleh dikatakan menjadi salah satu sebab semakin ramai wanita yang kian selesa tampil berhijab.
Mana tak selesa, dah ler tudung ada macam-macma jenis la ni..
Dari gaya kasual sehingga ke formal sehingga la ke dinner, semua ada, semua sesuai...
Shawl yang segiempat tepat tu pun dah macam-macam style bole digayakan, hanya dengan pandai lilit je...


Bermula dengan pemakaian tudung bawal yang berpotongan empat segi, trend hijab beralih kepada pemakaian tudung sarung yang juga suatu ketika dahulu dikenali sebagai tudung Syria. 
Kemudian, fenomena pashmina tampil sebelum kemunculan koleksi shawl paling digemari ramai. Dan baru-baru ini pula, fenomena instant shawl memeriahkan industri fesyen tempatan.
Sarung siap, sarung siap..
Kalo tak pakai tudung, satu hal pula kene mendandan rambut..
Erm, baik pakai tudung..
Lagi comel, lagi anggun, lagi bergaya..
Tak gitew...


Rekaan-rekaan hijab terkini ini lebih mudah untuk dipakai dan memberikan keselesaan kepada para wanita berhijab.
Bukan itu sahaja, cara pemakaian tudung yang moden ini juga membolehkan ia dipakai dengan apa jua jenis pakaian atau dengan kata lain; versatile. 
Minah rock pun bole berhijab, minah hip hop pun bole berhijab, minah nerd pun boleh berhijab, minah cute pun bole berhijab, minah kampung pun bole berhijab..
Pendek kata bukan sahaja hijab , malah pakaian fesyen terbaru top to toe telah berevolusi sesuai dengan kehendak kita yang nak tutup aurat dan berfesyen dalam masa yang sama.
Wanita berhijab kini lebih berkeyakinan untuk berfesyen!



Rekaan-rekaan fesyen hijab yang moden ini juga menggalakkan lebih ramai remaja dan golongan muda khususnya untuk mengenakan hijab. 
Kini mereka boleh mengenakan hijab ke mana sahaja dengan penampilan yang sopan dan bergaya!
Malah, most of them boleh nampak lebih kiyut dan menarik kalau kene dengan mix and match nya..

Yang belom bertudung, dah bole consider.
Macam-macam style ada di pasaran dari harga serenda-rendah ke harga yang tinggi melambung..
Cuba dulu tudung pendek dan nipis yang mudah dipakai tu.
Pastu slow-slow upgrade..
Yang dah bertudung tu, rekomen la kawan korang tudung yang sesuai dengan dia..
Dan bagi honest opinion supaya dia mudah selesa..

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama