Kesah Felt Lembut yang Tragik!

Ada pengumuman yang agak penting khas untuk korang yang order felt lembut. Diharap baca sampai abes ya..
Felt lembut ni supplier hantar siap-siap dalam bentuk 1meter 1 meter; berbeza dengan felt keras dimana dihantar dalam roll..
Jadi felt lembut ni biasanya saya confident giler lipat dua dan potong dapat setengah meter; lipat empat dan potong dapat suku meter; lipat 16 dan potong dapat 23x25cm..
Baru-baru ni saya rajin sikit, pegi ukur betul2 dan didapati tak macam tu.. Kebanyakan felt lembut yang dorang hantar tak sampai pun 100cm (yakni 1meter kpd sesiapa yg tak reti nak convert).
HAritu jumpa kurang 2cm; pastu jumpa lagi yang hujung pertama cukup 100cm, hujung kedua kurang 4cm (tangan dia bengkok kot). Sejak hari itu, sebelom potong saya check betul-betul untuk pastikan ia benar-benar 46x50cm (untuk yg suku meter). Dan baru tadi saya jumpa warna kuning kurang 6cm.. Wah, macam agak melampau kan..
Tapi yang tak syoknya, saya dh rugi banyak kat situ, kerana lagi setengah meter tak bole jual. Terpaksa potong kepada 23x25cm dan dapat 6 keping je instead of 8 keping. Kalo buat 3 keping suku meter, bole dapat 2 keping je saiz A4, lagi rugi..
Harga borong felt lembut dah melambung naik, tapi saya tidak pernah naikkan harga jualnya, masih sama seperti 5 tahun lepas.. Jadi keuntungan saya dah makin kecik, dan tetibe supplier bagi tak cukup meter, lagi la rugi..
Okay, takpe. Itu masalah saya maka akan saya selesaikannya...
Tujuan saya citer hal ni kerana nak minta perhatian kepada korang yang PERNAH BELI FELT LEMBUT SAIZ SUKU METER, SETENGAH METER DAN SATU METER (ni huruf besar supaya nampak tau, bukan marah ke ape ke.. hehehe); kalo korang dapati saiznya tak cukup 46x50cm; tak cukup 50x92cm dan tak cukup 92x100cm; saya dengan rendah hati menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana terkurang timbangan dalam urusniaga ni serta nak minta sangat-sangat korang halalkan yang terkurang tu..
Nak ganti rasa tak termampu kerana dah banyak sangat yng terjual.. Apapun kalo korang tak mahu halalkan, bole hubungi saya dan akan saya kira nilai yg kurang tu dan gantikannya dengan RM ataupun felt yg sama nilainya.
Dan lepas ni, yg order 1 meter tu, memang kebarangkalian yang tinggi takkan dapat tepat 1meter. Tadi saya check kan, bole kata semua kurang dari 1meter.. Dasyat kan...
Saya faham kalo kurang setengah cm atau 1cm, mungkin ralat masa potong kerana felt tu lembut. Tapi kurang 4cm, 6cm tu ralat ke.. Dah la semua felt pula tu. Saket juga hati, dengan kita pun terjebak sama "kurang timbangan dalam jual beli". Korang google la apa balasan peniaga yg macam.. Huuuu.. saya tak mau.. saya tak mau...
Oleh itu, saya minta sangat-sangat korang halalkan yg kurang tu. Kalo tetap rasa tak bole halalkan, hubungi je saya ya. Kalo ramai, akan amik masa sikit saya nak jelaskan gantirugi tu kepada setiap sorang; apapun in shaa Allah bole.. smile emoticon
Kenapa tak beli felt lembut secara gulung (macam felt keras tu).?
Kebanyakan kilang yg produce felt lembut ni, harganya jauh lebih mahal dari felt keras.. Pendek kata kalo felt keras ni RM14 semeter; felt lembut pula RM20 semeter.. Ada juga yg jual murah sikit tapi dia takmo terima order 30 gulung; nak kita beli selori besar tu atau sekontena baru dia layan... Ada juga yang layan, tapi kualiti felt tu tak sama seperti yang saya nak, maka tak bole la order.. frown emoticon
Saya akan cuba cari felt lembut secara gulung..
Korang doakan urusan saya dipermudahkan ya..
Mekasih banyak-banyak.. smile emoticon
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
19 February 2016 at 17:40 delete

kak, 6cm tu dahsyat sgt short die tu. Huhu. Mungkin tgn supplier yg potong tu, tgn die tak bedung kot.. huhuhu...Tapi benda ni kdg2 memang diluar kawalan kita.

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
10 June 2016 at 01:05 delete

Betul tu Fiqa..
Kalo 1cm tu bole tahan lagi ralat..
Ni dah sampai 6cm.. Macam sengaja je..
Tapi cuba bersangka baik juga.. T___T

Reply
avatar