31/08/2015

Merdeka No Sew Simple Project Video

Salam..


Selamat Hari Merdeka.
HAri ni last day utk korang menyertai "Video Contest" saya yang tiada sambutan tu..
Hemo hemo hemo...

Apa la korang ni..
Buat contest simple pun tak nak join..
Ada lebih 400 subscribers.. Mana ntah dorang pegi..

Takpe la orang tak sudi nak buat camana...
Yang sudi tu terima kasih banyak2 sudi sedapkan hati saya..
Love u.. muah muah..

Bulan Ogos ni rupa-rupanya saya baru tulis 11 blog entry..
Aik, rasa cam banyak je menulis..
Pelik Bin Ajaib sungguh..
Adakah masa berlari begitu pantas?
Atau saya banyak buang masa?

Sempena hari merdeka ni, saya projek simple dimple dan rekodkannya sekadar suka2..
Bukan video saya nyanyi lagu merdeka tau..
Tingginya imaginasi korang tu..
Ngahaha..XD

Nak tau, kene la tengok... ^^


Video ni sangat mencabar nak disiapkan gara2 saya try tukar format video ke vhd (kot namanya)..
Last2 tak bole edit apa2..
Satu2nya cara nak edit ialah upload raw video ke youtube, combine dan sunting direct kat youtube secara online..
Video ni asalnya 30 minit berkapasiti 2GB..
Baca elok2 ya, DUA GIGABITE..
Nama pun vhd kan..
Amik masa 4 jam untuk upload keseluruhannya ke youtube..
Dah siap upload tu, time nak sunting tenet pulak slow..
Hemo hemo hemo..
Apa ke malang sungguh nasib kau di Hari Merdeka ni, Asma.. T___T

Amik masa berejam pulak menyuntingnya (termasuk loading tak abes2.)
Akhirnya saya mampatkannya kepada 3 minit..
Hasilnya tidak begitu memuaskan..
Ada part yang saya nak tambah gambar dan panjangkan masa, tapi pengesotan internet tidak mengizinkan daku berbuat demikian..
Tengok, dah petang baru dapat upload..

Takpe la..
Lesson learned..
Tua nanti saya akan tunjuk video ni kat cucu saya sambil menceritakan kisah kita berkali2 menuntut kemerdekaan dengan cara lemah lembut gemalai namun langsung tidak dipedulikan oleh pemerintah..

Sapa belom join contest tu, sila la join ya..
Jangan segan2..

Selamat Hari Merdeka..

Wassalam..

25/08/2015

Kerja Hujung Minggu

Salam..

Pada Sabtu dan Ahad yg lepas Cik Abang telah dikehendaki OT selama 16 jam..
MAka Cik Adik ni terpaksa keseorang selama 16 jam tu..
Tak pe lelaki kuat kerja sangat seksi.. <3

Disebabkan Cik Abang keje, Cik Adik mana bole kalah..
Oleh itu Cik Adik menugaskan diri sendiri untuk packing barang-barang craft untuk menampal lubang-lubang display yang rongak itu..

Ini ialah sebahagian dari gambar2 di tempat kejadian..

Butang bunga 14mm dah kekurangan warna..
Stok baru akan masuk pertengahan bulan depan (hopefully)

Butang love 14mm baru restock..
Cantek kan warna dia.. ^^

Butang bow kecik ni pun baru restock

Butang cute apple yang besar

One of my favourite beadss; pusaran puaka beads pun dah masuk.
(Ada sapa2 sini pernah baca komik pusaran puaka?)
-Itu adalah komik yg creepy dan menjijikkan-

Half pearl 10 colours..
1st time sorting. Ada 10 kaler rupanya..
Comel-comel pulak tu..

Half pearl 6mm ni memang penat sangat nak sorting..
Ada 34 kaler kesemuanya (rupanya)..
Rasa cam nak give-up je..
Bila teringat wajah kacak Cik Abang tgh bekerja keras, terus tak jadi give-up

Sebahagian bahan kraf dah siap di-packing
Jom jalan2 di sekirat bilik kraf kecil saya ni.. 
^___^

Segmen butang.
Semua butang yg dah dibungkus per pek dijatuhkan hukuman gantung sampai jual di sini..
Tiada yg berkecuali ya..

Ada 2 butang dah  abes.
Alphabet beads belom pekkan lagi
Hald pearl kaler pun belom..
Minggu depan kot baru buat..

Ini pulak segmen barang-barang lain kecuali butang..
Semuanya pun dah dipek dan dijatuhkan hukuman yang sama seperti nasik butang-butang tadi..
Oooh, nampak tak mata gedik-gedik tu..
Ada 3 saiz baru masuk..
Benang cross-stitch dan velcro pun baru restock..
In shaa Allah akan update secepat mungkin kat website..

Mereka semua digantung, untuk memudahkan saya packing order..
Dulu, dapat order baru packing satu persatu dan ia menyebabkan proses packing menjadi sangat panjang dan bilik kraf bersepah setiap hari..
Kini, bilik kraf hanya bersepah sekali sekala je..
Dan time sepah tu memang sepah abes..
Hahaha..

Baru-baru ni kami dah adjust penggunaan rak kasut ni menjadi rak craft supplies..
Display macam ni supaya saya nampak terus stok barang saya ada ke takde, dan tinggal banyak mana..
Selain tu senang nak amik time packing bulk order seperti 100-300pcs camtu..
Nanti nak luangkan masa keluarkan barang dari stor dan penuhkan tabung-tabung ni..


Rak felt khas untuk saiz 23x25cm (lebih kurang A4)
Kenapa saya tak sebut je saiz A4, kan senang.. Lebih kurang je pun..
Ni buat penat je taip 23x25cm setiap kali orang tanya..

Sebabnya, saya pernah baca satu blog post marah2 kat sorang penjual kain felt ni (time tu saya baru2 start berkraf) kerana kain felt yg dibeli tu bukan saiz A4.
Saiz kain tu, lebih panjang dan lebih kurus dari saiz A4.
Dia turut tampal gambar perbandingan antara kertas A4 dan kain felt tu serta mention ayat lebih kurang bunyinya "kalo bukan A4 jangan sebut A4. Rasa tertipu sangat!"
Ada lagi la perkataan lain yg buat saya rasa dia tengah marah sangat..

Satu lagi, time saya baru2 start jual kain felt ni, saya minta supplier potongkan kain tu kpd 1m setiap keping. Dan kilang potong ni memang buruk sikit, senget benget dan selalu je lebih..
Jadi dalam hati nurani saya ni fikir, "yg lebih2 ni bagi je la kat kastemer. Bole dorang guna. Nak potong2 dan simpan pun buat apa, nanti buang juga"
Oleh itu, saya mention saiznya 23x25cm, walhal saiz yg dorang dapat dalam 23x27atau29cm camtu. 
Bahagian 27 cm tu selalu je senget menyerong2, tapi tak kurang dari 25cm.
Selepas beberapa lama, seorang kastemer mesej mengadu dgn ayat, "felt ni memang tak sama saiz ya? Dah la senget benget potongannya!" 
Dan saya explain, saya lebihkanyg hujung tu.. ^_^
Reason saya tu tak diterima dan dia minta saya bagi betul2 saiz seperti mana yang saya tulis kat blog supaya orang tak tertipu..

Time tu saya tau la ada orang yg berkira dengan beberapa cm lebih dari yg sepatutnya dia dapat.
Itulah sebabnya saya tulis 23x35cm dan bukannya A4
Supaya korang tak rasa macam tertipu sangat..
Haha..

Ok, jom sambung lawatan kita tadi..

Rak butang..
Semua butang dah sorted dan simpan elok2 dalam rak ni..
Senang time packing nanti..
Saya suka balancekan kaler-kaler butang tu time packing..
Supaya semua warna ada.. ^^

Yg ni pun kene topup balik stok dari dalam stor tu..
Minggu depan buat

Rak kecik ni asalnya taruk felt 1/4m, kini felt semua dah ada bilik khas iaitu bilik felt namanya..
Hahaha.. Macam khas sangat nama tu..
Bilik tu korang dah nampak pun.. yg ada gambar felt gulung2 tu yer la tu..
Kecik sangat, sorang je muat masuk dalam satu-satu masa.

Kat rak ni cuma letak sikit felt lembut saiz 1/4m utk pastikan stok apabila kastemer drop order..
Pastu starter pack excited, mini felt pack dan fail urusniaga..
Cewah, macma banyak je urusniaga kita ni kan.. 
Ngehehe..
Kredit kpd CIk ABang kerana beliau la yg bertanggungjawab buat sistem filing kecik ni..

Ada lagi bahagian2 lain yg belom berjaya organized yg tak dapat ditunjukkan kat sini..
Nak tunjuk pun malu la.. Sepah sangat..
Hujung minggu ni kita sambung lagi menyusun-nyusun..

Selamat Berkaf Semua..

Wassalam..

21/08/2015

contest Ayuni Rafilah : Merdeka Speed Quiz

Salam..



Ayuni rafilah menganjurkan kuiz superb duper pantas sempena hari merdeka yg bakal menjelang tak lama lagi..

Maka saya pun dengan super duper pantas menaip entry ni menggunakan phone tatkala tunggu giliran pos barang kat poslaju..
Sangat menyeksakan.. huwaaaaa...

Caranya mudah saja.

Follow blog sis Ayuni..

Pastu Buat satu entry yg wajib taruk gambar seksi katt atas tu berserta link ke kuiz Kat blog ayuni.

Last sekali kene jawab 5 soalan mudah.
Soalannnya kacang je..
Jawapan tu tak berapa kacang, ala2 peanut butter sikit..
Jawapannya tu kita dh blaja dlm subjek sejarah dulu. Kan cikgu suruf hafal utk eexam.ntakkan lupa kot..

Haaa.. nak join?

Klik je kat SINI Soalan mudah tu ada kat sana..

Sila jawab salah2 ya.. sebab saya nak menang.. hahaha..

Wassalam..

19/08/2015

Packing sampel susu kambing

Salam...

Terima kasih kepada yang sudi join my first video contest dalam entry yg lepas..
Setakat ni baru ada 3 orang yg join..

Wooo.. T___T
Kenapa ni.. Tak best ke contest tu..
Atau terlalu banyak effort kene buat..
Alaa.. agak2 je.. Naseb2 menang..
Tak gitew..

Sambil2 kira tu, jom tengok apa aktiviti saya petang semalam..


Eh, jangan silap faham..
Bukan packing dadah ya..
Ni packing susu kambing je pun.. 
:D

Ada customer yang nak rasa dulu sebelom beli sebotol; maka saya packing kecik2 macam ni utk bg peluang korang rasa..
Faham sangat..
Meh kita rasa dulu sbeelom beli..

Sepaket ni bancuh terus dalam segelas air suam, kacau2 hingga sebati lalu minum..
Baca bismillah dulu tau..

Sample susu ni boss tak buat, flyers takde utk bg kat korang..
Kalo la boss bole buat 2 packaging, iaitu botol dan sachet..

Botol ni lebih jimat dan menjadi pilihan para ibu yang beli walk-in direct kat kedai..
Dan kalo anak ramai dan anak jenis taknak minum susu, ibu bole adjust sukatannya utk buat secawan kecik je ke, atau buat segelas tapi nak 1 scoop je utk jimat lagi..
Ye la, bukan semua orang berkemampuan..

Tapi, packaging dalam botol ni berat, kurang sesuai utk saya jual secara online. 
Kastemer terpaksa tambah kos pos yg tinggi; 850gram = RM8.50
Kastemer pun berkira2 juga la, nak beli ke tak..
Saya pun tak dapat nak bg free pos kerana margin kecik je ni, bg free pos jatuh rugi.. T___T

Sachet pula digemari oleh orang bujang dan budak asrama.
Senang simpan dlm ruang yang terhad dan tak mudah contaminated, kalo dia simpan sampai setahun (sebelom expired date). Takde gak orang bole cuyri2 amik susu dia..
Sangat digemari oleh peniaga online macam saya kerana lebih ringan dah kos posnya pun lebih rendah. 
Pastu saya bole bg sampel kpd saudara mara saya, kawan2 utk dorang rasa susu ni dulu..
Bole buat promosi gitew..
Kalo dalam botol, nak tak nak kene ajak dorang datang rumah utk bancuhkan susu
Tak pun bg free sebotol sebagai sampel.
Mampos aku bagi sebotol sorang. Hahaha..
Satu lagi dalam satu packet biasanya ada sikit dan harganya pun lebih rendah, first timer lebih sudi keluarkan wang sejumlah wang yang kecil (cthnya RM20 utk 10 sachet, berbanding RM45 utk sebotol yg sebenarnya menyamai 30 sachet) utk cuba-cuba. Kalo tak sesuai dgn citarasa, takde la rasa rugi sangat. Dan mereka juga bole repeat order beberapa kali dalam sebulan sampai la bersedia utk beli dlm bentuk botol..

Apapun, packing dlm sachet ni nampak mcm jimat, padahal kuantitinya kurang berbanding dalam botol..
1 pek sachet boleh buat dalam 10-20 kali (depend pada bilangan sachet)
Bila dikira semula harganya jatuh lebih mahal utk buat segelas berbanding packaging botol.
Dan kalo dah buka satu sachet, kene bancuh semua la..
Macam kes ibu yg nk buat secawan kecik utk anaknya yg tak suka susu tu, yg selebihnya ibu terpaksa simpan dalam bekas kecik pulak..

Saya share kan my thoughts ni kepada korang yg menyimpan impian utk memgeluarkan produk makanan sendiri satu hari nanti, agar tak terlepas pandang perkara kecik yg nampak macam small matter tapi sebenarnya memberi impak yg besar..

Okay back ti the story..

Disebabkan takde sampel dan korang nak sample; terpaksa la saya packing sendiri..
Baik kan saya,cer puji sikit.. Ngehehe..
Packing2 kampung style je mampu..


Cam biasa, guna photoscape je untuk buat design yang begitu sofisikasted la konon..
Pastu tampal kat MS word dan print menggunakan printer yg dah zaman berzaman menemani kami..
Print kat kertas sticker.
Jangan tanya ya kat mana beli kertas sticker..
Kat kedai buku la.. nampak sangat tak pernah masuk kedai buku..
Eh, masuk tapi kat section novel je kan
Hemo hemo hemo..


PAstu tepek susu yang telah dipekkan tersebut..
Comel tak?
(jawab je comel..)

Orait, siap pun..









17/08/2015

My 1st ever video contest..

Salam..

Giveaway kat facebook haritu baru je abes kan..
Tahniah kepada pemenang utama yg dapat snap buttons plier tu..
Seronok kan, tak perlu lagi jahit butang kat craft tu..
Kacip je sekali abes citer..

Orait, walaupun GA baru je tamat tapi saya terus nak buat satu lagi GA..
Haaaa... betul ke ni?

Betul la..

Tapi mungkin bukan namanya GA; lebih kepada contest..
Contest ni bukan kat facebook mahupun blog; tapi contest khas kat youtube


Klik video atas ni utk join..

Tak pun klik sini--> youtube.com/asmalangit
dan tengok video yang paling baru..

Sapa2 pun bole join.. Bangla ke, Indon ke, join je..
Takyah segan2..

Dah setahun lebih kot tak upload video kat situ..
Mungkin sebab tak ramai nak follow saya, dan tak ramai juga yg drop comment; buat saya rasa cam tak motivated nak update benda-benda baru..

Rakan2 crafter pun tak banyak update pasal craft..
Dan page2 mereka pun tak muncul kat wall saya..

Baru2 ni buat GA pun tak ramai yg join tau..
Tapi tu bukan salah sapa2..
FB la ni memang limit likers utk nampak apa yg kita tulis kat wall.
Kebanyakannya tak tau yg saya anjurkan GA..

Diharap contest kali ni ada la 10 orang join, bagi hepi sikit hati ni..

Orait, nak sambung menjahit..
Jangan lupa join contest tu tau.. Tengok je video tu cara2 nak join..

Wassalam..

13/08/2015

NEW : SUSU KAMBING self pickup PERAI, Pulau Pinang

Salam..

Hai kawan-kawan..
Nampak tak saya dah ubahsuai sikit blog ni..
Sikit je..

Kat sebelah kanan ni, dah disenaraikan dengan penuhnya bahan-bahan craft yg asma-felt-box jual.
Gambar tu digabung2kan utk jimat space..
Nak tengok detail, klik je kat gambar tu ya..
Nanti anda akan dibawa mengembara ke alam craft supply yang sungguh indah.. ^___^

Yang nak order handmade, perlu direct contact saya kat asema84@gmail.com;
Takpun whatsapp 0139325870,
Handmade ni biasanya customized, jadi kene bincang2 design, saiz, warna, harga dan tempoh siap.. Itu sebabnya ia takde dalam website.. :>

Kalo korang ni peminat blog ni (ada ke?), pasti korang tau saya dah tambah beberapa item baru yang bukan kraf.
Iaitu EMAS dan SUSU KAMBING

Saya tak begitu aktif jual emas, kerana fokus pada craft..
Lagipun ramai sangat tanya soalan yg bukan-bukan pasal emas..
Baru tau rupanya memang ramai takde knowledge pasal emas..
Knowledge saya pun ciput je, tapi mungkin kerana saya anak separuh Terengganu, dari kecik tengok wanita2 kat kampung yg duk umah papan, berkain batik dan melenggang bawak bakul pegi pasar, rata2nya gelang emas kiri kanan separuh lagi nak sampai ke siku. Kat leher ni bergelung2 emas pelbagai corak..
Time anak nak pergi belajar, atau nak buat tangga baru, atau nak beli kereta gantikan kereta yg rosak, atau nak buka bisnes kecik atau nak modal bisnes utk suami dan anak; wanita ni pergi pajak gadai dan gadaikan bahan-bahan kemas tu dan wala! ada cash dalam tangan..
Tak perlu berhutang dan meminjam2.

Wanita2 yg saya sebutkan tu kejenya setiap hari ialah siang ikan, jemur bilis, buat ikan kering, gentel keropok lekor; bukan kerja ofis ada basic salary.. Nak buat pinjaman pun bank taknak bagi sebab takde slip gaji.. Melalui emas ni la mereka lock simpanan utk digunakan kemudian hari..

Saya bole explain bagaimana emas digunakan untuk simpanan..
Tapi tak boleh explain bagaimana nak untung dalam pelaburan..
Sedangkan otai2 pelaburan sendiri pun dah cakap, emas bukan pelaburan yang bagus.

Pelaburan ialah keluarkan RM1 utk dapat RM2.
Keluarkan RM10 utk dapat RM50. Itu pelaburan..

Beli emas sekeping, ia takkan beranak jadi 2 keping..
Tapi ia tak akan jadi setengah keping..
Dan dalam jangkamasa panjang, sekeping tu nilainya meningkat.
Maka ia medium simpanan yang bagus utk jangkamasa panjang..

Kalo bab pelaburan tu, better tanya orang lain..
Saya tak reti melabur emas..

Saya cuma reti melabur dalam kraf..
Beli bahan RM1; jahit2 dan jual dgn harga RM5.
Pastu beli bahan Rm5; jahit2 dan jual dengan harga RM25.
Pastu beli bahan RM25; jahit2 dan jual dengan harga RM125..

Itu la cara saya melabur..
Saya suka buat benda yang saya faham camana wang tu bergerak.
Kalo tak faham camana ia bergerak, saya takkan buat; walaupun ia snagat menguntungkan..
Tu yang tak kaya2 tu..
Hahaha..

Kalo korang nak simpan emas, bagitau je saya ya..
Nak emas apa semua ada..
Yg kat website tu belom update lagi; hai.. banyak betul saya berhutang update dengan korang..
Maaf sangat2.. :(

Haaa,, Tengok, dah membebel ke mana ntah..

Item bukan kraf yang kedua ialah SUSU KAMBING RAFIE


Dah lama nak beli susu kambing..
Nak beli yang fresh, tapi kat sini takde jual..
Ada sesetengah tu mahal sangat, rasa kurang mampu la pulak..

Ada jugak peniaga yang claim susu kambing keluaran syarikat lain dah dicampur dengan susu lembu dan kandungan gula yang tinggi.. Susu yang dia jual je yang pure 100% susu kambing asli yang diimport dari negara xxx, dan kambing species xxx sebab tu mahal..

Ntah la..
Saya pun tak reti nak check ketulenan susu kambing..
Yang saya tau, kalo mahal tu tak mampu la kot nak minum..
Bukan tak bagus, memang bagus cuma kita sedar la kemampuan kita ni kan..

Pada suatu hari terjumpa tokey Susu Kambing Rafie ni di alam maya.
Yg buat tertarik tu ialah beratnya 650g dengan harga RM45.
Seingat yg pernah saya nampak harga dalam RM45 ke atas, berat 400-500g camtu..
Pastu dia kata takde bau..

Yeke?
Saya pernah kene dah susu kambing yg bau kambingnya kuat..
Mampu minum 1/3 cawan je..
Pastu trauma terus dengan susu kambing..
Bila orang cakap takde bau pun, terus teringat pengalaman yg mengerikan haritu..
T___T

Disebabkan nak bertukar ke susu kambing punya pasal, beli je la sebotol.
Lagipun tokey Rafie ni pengeluar Melayu berskala kecil.
Walaupun saya agak menyampah kat peniaga Melayu (walaupun saya sendiri Melayu) kerana sikap mereka yang sambil lewa je, perlahan dan berlengah2 dan bertangguh2, takde skill melayan pelanggan dengan cara profesional, tak berusaha buat pelanggan gembira, suka marah2; tapi saya tetap nak support bisnes mereka; sepertimana korang support bisnes kecik saya ni..

Bila dipikir balik, kalau korang cuma beli handmade dan craft supply dari kedai dan bisnes yang besar2 sahaja, tentu saya tak mampu bertahan sehingga sekarang.
Disini la tanggungjawab saya utk support bisnes kecik seperti saya juga..
Biar kita sama2 maju..

Seperti seorang pemuda Cina bagitau saya, "semua bisnes kecik maa; lama2 baru besar"

Sampai je susu ni kat umah, cuba teka apa perkara pertama yang saya buat..
Biasanya orang berniaga je buat keje gini..

Saya terus timbang, nak tengok betul ke 650g?
Tengok2 beratnya 820g termasuk botol..
Pastu timbang susu tak termasuk botol, beratnya ngam 650g.
Yay!

Ai,, teruk betul.
Sampai macam tu sekali punya perangai.
Paranoid ke apa ni..?

Pastu sesi merasa pulak..
Huhuhu.. Trauma ni..


Sambil ditemani pokok carrot, saya campurkan 2 scoop susu kambing dengan segelas kecik yang tak penuh air suam (2/5 air panas + 3/5 air masak). 
Bukan apa, kalo ada bau kambing, takde la rasa banyak sangat kene abeskan..
Kikiki,,

Jangan guna air panas tau, nanti khasiatnya berkurang.

Slurrp...
(cewah, ada sound efek lagi)
Nyum nyum nyum..
Takde bau!

Yay! Bole minum..
Sejak hari tu, setiap pagi saya breakfast dengan susu kambing ni tau..
Saya tak suka amik breakfast sejak kecik lagi..
Sekarang baru nak start atur balik lifestyle yang sihat.
Rasanya segelas susu ni dah ok kot utk berpagi-pagi..

Sape yang duk area Perai, Pulau Pinang tu, dan nak dapatkan Susu Kambing Rafie ni, bole self pick-up kat umah saya..
Stok sentiasa ada in shaa Allah
Harganya susu kambing ni RM45 je sebotol, cukup untuk buat 30 gelas..

Yang duk kat tempat lain, saya akan poskan..
Cam biasa, saya pos barang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Boleh order direct kat --> asma-felt-box.com

Atau whatsapp: 0139325870

Jom bertukar kepada susu kambing.

Wassalam..










12/08/2015

We are Back!

Salam...


Hai kawan-kawan..
Kami dah mula berniaga semalam..
Cuma tak sempat nak online lama-lama dan update apa2 kat media sosial..

Alkisahnya nak gi tengok wayang citer Mission Impossible yang baru tu..
Bila check balik semua order yang masuk sejak 5 hari yang lepas, banyak pulak felt yg belom dipotong dan barang2 yg belom packing..

Pulun la siapkan semua tu sebelom tengok wayang..
Naseb baek sempat..
Dari pagi buat tau.. Ngehehehe..

Bukan banyak sangat, cuma banyak yg belom prepare..
Tu je..

Mujur sempat tengok wayang..
Seronok pulak tengok Tom Cruise yg ensem tu..
Dari muda sampai ke tua ensem kan dia...

Citer tu elemen suspense dan mystery kurang sikit..
Tapi tetap seronok..
Seronok tengok Tom Cruise dengan sorang lagi tu yang orang British tu.
Benji kot nama dia dalam filem tu..

Ni muka dia..

Saya suka karakter dan British accent dia tu..
Dia selalu pegang watak side kick yang cute, bijak dan banyak cakap..
Haha.. 
Cute ke..
Cute la tu..

Selalu juga pegang watak utama, tapi rasanya dalam citer British je kot..
Saya sendiri pun kurang berpeluang menonton filem British
Macam citer "World's End"
Best citer tu, korang kene tengok..

Kesahnya dia (yg dah berusia) ajak kawan2 zaman remaja dia dalam projek minum arak kat 11 (atau 10) bar kat hometown dorang, demi mengembalikan rasa kegemilangan zaman muda mereka.
Kawan2 dia pun layan je la walaupun takde mood nak berbuat demikian..
Masing2 kan dah tua dan berkeluarga..

Lama2 dorang rasa pelik kenapa semua orang kat pekan tu tak mengenali mereka..
Rupa2nya semua tu robot yg dibina oleh makhluk asing menyerupai rupa orang yg engkar dgn arahan mereka..
Nak tak nak dorang pun pura2 tak tau apa2 dan meneruskan projek minum arak tu sampai abes demi tak mau disyaki..
Tapi akhirnya makhluk asing tu tau juga dan dorang pun..

Korang tengok la sendiri..
Syok sangat.. Kelakar pula tu..
haha..

Orait, nak sambung buat keje semula..
Ada beberapa bahan kraf baru masuk..
Jap lagi nak amik gambar..

Nak order bahan kraf : asma-felt-box.com
Nak order handmade : asema84@gmail.com

Saya pos barang setiap hari pukul 4 petang (kecuali Sabtu dan Ahad)

Wassalam.. 



06/08/2015

CUTI!

Salam..


Kami bercuti harini..

Semalam ialah last day pos barang (tanda bintang dalam kalendar tu

Cuti bermula Khamis sehingga Isnin (yang bertanda love biru tu)

Next post barang ialah pada hari Selasa (tanda bulat merah)


**********

Korang boleh order macam biasa kat website saya yang kiyut ni:


order tersebut akan diproses dan dipos pada hari Selasa minggu depan..
In shaa Allah hari Rabu akan sampai..

Jumpa lagi hari Selsa depan..

Bye bye..

Wassalam..

05/08/2015

Half Pearl Pelbagai Saiz dan Warna

Salam..

Kini half pearl dah lengkap 3 warna dan 3 saiz..
Phew...

Sebenarnya bukan 3 warna tapi 3 tone warna iaitu :

1) half pearl warna warni
2) half pearl warna pastel
3) half pearl warna mutiara

Ada 3 saiz iaitu :
1) half pearl 10mm dan 11mm
2) half pearl 6mm
3) half pearl 4mm

Jom tengok warna-warnanya:

Yg ni versi WARNA-WARNI 

10mm

6mm

4mm


Yg ni versi WARNA PASTEL
10mm

6mm

4mm

Yg ni versi WARNA MUTIARA

\
11mm

6mm

4mm

Sorry, yang kalerful tu saya lupa taruk pembaris utk bandingkan saiz..
Saiz tu korang boleh imagine dengan menggunakan pembaris ya..
Memang kecik 4mm tu..

Boleh dapatkan terus kat kedai virtual kecik saya kat bawah ni:

Takpun whatsapp je ek..

Wassalam...






03/08/2015

Pixel Beads

Salam...

Selamat datang bulan Ogos..
Wow, dah masuk bulan lapan dah?
Sekejapnya masa berlalu...
RAsa macam baru je sambut tahun baru..
Tup tup dah nak hujung tahun dah..
Ada lagi 4 bulan nak masuk 2016.. T__T

Saya ada hobi baru tau...
Main pixel beads, cantum-cantumkan biji bulat2 ni menjadi corak dan bentuk yang pelbagai..

Saya nampak orang main ni sejak mula-mula berkraf dulu
Tapi tak terdetik nak try..
Baru-baru ni nampak beads ni kat market, terus beli sepaket
Lepas buat sekeping, rasa tak puas pulak. sikit sangat pixelnya..
Apa lagi, borong banyak2.. Main la kau puas-puas...

Nak try pixel ni? Jom dapatkannya dari saya.. :>

klik gambar utk beli
Ini lalah pixel beads
Warna pixel yang available..
Ada 15 warna kesemuanya..

Cuma warna hitam tu tak jual, sebab tak elok..
Apapun, korang akan dapat sepaket hitam ni secara percuma dengan setiap pembelian..
Warna hitam baru dah otw, dah sampai nanti saya update tau..

klik gambar utk beli
Ini pulak tapak templatenya..
Senang utk korang susun pixel tu nanti.

klik utk beli
Yg ni pulak kertas gam pixel beads..
Selepas korang susun pixel tu nanti, lapik dengan kertas ni dan iron dengan seterika.
Bagi pixelnya cair sikit dan melekat antara satu sama lain..
Senang je, 2 3 minit pun dah siap..

klik utk beli
Ni pula penyepit...
Penyepit ni tak wajib pakai..
Kalo jari korang gemuk macam saya, disarankan guna utk memudahkan keje..
Yg jari halus mulus tu, rasanya tak perlu kot..
Nak pakai pun bole..

Dapatkannya kat sini:


Harga semua dah tertulis..
Takde rahsia-rahsia..

Dan seperti biasa, dapat pos percuma kalo beli lebih dari RM100 kat website..
Kumpul point dan tebus yg bei kat website..

Yang taknak beli kat website, whatsapp je saya kat 0139325870.
Waktu menjawab whatsapp ialah antara 11pg-4ptg
Order whatsapp tak dapat pos percuma dan point tau..
Special utk pelanggan website shj.

Meh saya tunjukkan beberapa hasil pixel yang saya dah buat..
Budak baru belajar jugak ni.
Hehe..

cupcake beads

 snail beads

bow beads

ketupat beads

Orait, jom jom kita sambung keje..
Saya takde Monday Blues..
Tapi ada Friday Blues, sebab tak sabar nak cuti..
Hohoho.

Wassalam..

02/08/2015

Update Kebun Mini

Salam..

Selamat berhujung minggu..
Dan selamat bekerja juga.. :>

Ingat tak kebun mini yang saya usahakan sejak bulan June haritu?
Bole tengok entry nya kat sini : http://asma-felt-box.blogspot.com/2015/06/tanam-sendiri-sayur.html

Nak tengok tak hasilnya pada hari ini..?
Hehehe...

Kita ikot kronologi kejadian ya..

Selepas saya menyemai benih (dalam entry link di atas), biji benih pun bercambah dan menghijau..


Tengok..
Kejadian ni berlaku pada 27 Jun yang lepas...
Excited sangat masa ni... ^^


~5 July~
Semua benih dan bercambah dan berdaun 3 ke 4 helai.
Waktu ni rasa2 nak pindahkan..
Tapi takot pulak..
Takot dia terkejut lalu mati..

Namun adik ipar saya suruh pindahkan cepat2..
Nanti dia tak dapat membesar kerana berkongsi zat dalam tanah yg terhad..
Baik bos.

Kene gi cari pasu ni..


~12 July~

Bertangguh2 nak beli pasu. 
Bila nampak daun dah besar sangat Cik Abang nasihatkan supaya pindahkan mereka cepat..
Beratnya hati.,
Berhati-hati sangat masa nak pindahkan anak sulung ni..
Takot tau..
First time buat..

Pindahkan satu je baru..
Takot punya pasal..


~15 July~
Tengok yang anak sulung tu ok je berdikari; maka adik2 yang lain mengikut jejak mereka; pindah ke rumah masing2.
Alamak tak cukup pasu pulak..
Kene gi beli lagi ni..

Pelapik pasu pun takde..
Guna je la apa yg ada, MacGyver kan..
Ngehehe..


~19 July~

Yay! Semua dah berdikari dengan jayanya!
Pelapik pun dah beli beberapa keping..
Mahal gak pelapik tu..
Rm1.90 sekeping, ada tu RM3.99 sekeping..
Macam tak berbaloi je..
Pelapik je pun...

Nampak tak ada shower baru untuk baby2 mama ni..
Manja ni, nak shower2 je..


~hari ini~

Ni yg lastest punya...
Besar dah kan.,.
Cuma ada satu tu terbantut ntah kenapa..
Tak tau nak tambah baja ke tak..
Daun dorang takde la hijau mana sangat..


Ni pulak lengkuas, nampak beza kan dengan yg mula2 dulu..
Dah keluar tanduh dah pun..
Camana ya.. nak kene tambah tanah ke..
RAsa macam salah je cara tanam ni..
Bukan ke lengkuas memang duduk dalam tanah?

Pokok serai..
Bukan main tinggi lagi dia punya daun..
Ni pun macma kene tambah tanah je ni..

Yang sebelah tu pulak daun pandan..
Raya haritu saya masak nasik minyak taruk 2 helai pandan, pastu banyak pulak lebih..
Tanam je la kot2 menjadi..
Kalo dibiarkan pun kering juga kan..


My humble kebun mini..
Taruk kerusi bagi sedap duduk, kalo tak asyik mengcangkung je..
Yg hijau tu rumput palasu..
RM12.90 2 keping, macam mahal je kan, kecik pulak tu..
Nak penuhkan satu balkoni hajatnya...
Nanti gi survey kat tempat lain kot2 murah sikit..

Seronok tak pengembaraan kebun mini saya ni?
Hahaha...
Seronok tau belajar benda baru ni..
Rasa macam ada sebab utk bangun esok..

Nak tanam apa pulak pasni ek?

Wassalam...