31/07/2015

TALI UKUR

Salam..

Barang baru seterusnya ni jarang sangat digunakan dalam craft..
Biasanya tailor je guna..



Tali ukur ni jenis tebal dan besar.
Sangat terang dan jelas nombor-nombornya.

Panjang 60 inci = 150cm
Warna diberi secara random..
Bole nak request, kalo ada saya akan bagi.. :>


Ataupun bole whatsapp 0183798330

Wassalam..


30/07/2015

Gunting Benang - Thread cutter

Salam..

Ada satu lagi gunting masuk.
Aii, banyaknya gunting...
Gunting ni penting tau.. ^^



Gunting ni dikhaskan untuk gunting benang...
Time saya mula-mula pakai gunting ni utk potong benang kan, ada sahabat tanya; kenapa pakai gunting ni? Gunting biasa kan bole pakai?

Saya jawab, "gunting ni senang, sebab tak perlu buka bilah dia. Cuma perlu tutup je utk potong benang. Lagi cepat kerja."
Pastu dia gelak sinis kat saya..

Saya bagi dia sebilah gunting ni..
Lepas pakai dia rasa syok pulak.. Senang katanya..
Kan dah cakap..


Okay, rasanya 3 jenis gunting ni dah cukup:
~ gunting tajam <-- untuk potong design yang kecik dan detail ~
~ gunting biasa <-- untuk potong design simple2 dan kertas template ~
~ gunting benang <-- untuk potong benang time menjahit corak kat craft ~

29/07/2015

Gunting Kertas

Salam..

Ada satu lagi jenis gunting masuk kedai..
Haritu gunting jenis tajam; kali ni gunting biasa.


Gunting biasa guna untuk potong kertas tu..
Kat kedai buku dan kedai runcit pun ada jual yang jenis macam ni..
KAlo malas nak pi, order je kat asma-felt-box.com bersama-sama dengan bahan craft yang lain..






28/07/2015

Tutorial : Cara Guna Plastik Snap Button Pliers

Salam..

Orait, harini guna masa sikit nak tunjuk camana cara nak pasang butang plastik katup tu (snap button) dengan menggunakan pliers yang super duper sexy ni..

Kalau korang beli SNAP BUTTONS PLIERS ni, korang akan dapat satu set macam gambar kat bawah ni..
Set playar ni bole guna utk 3 jenis saiz butang T3, T5, T8

Merujuk pada gambar di atas, bulat hitam kecik tu ialah base dia yang boleh ditukar kepada saiz yang sesuai dengan butang..
Tempat nak tukar tu tengok kat anak panah..
NAk tukar cuma guna screwdriver yang kuning tu, buka screw pastu tukar je cam biasa.
Very simple..

SNAP BUTTONS saya ni saiz T5, jadi tak perlu tukar base dia dah..

Pastu yang panjang dan hujung macam putih tu, guna utk bagi impak kat butang tu nanti; bertujuan utk fasten (locked) terus butang tu permanently..
Hujung putih tu boleh tukar ke saiz kecik, kalo korang nak guna butang saiz T3
Yg ni pun sama jugak, guna screwdriver, tapi guna screwdriver sendiri la, sebab mata philip..

Okay jom kita mulakan, pasang 1 set

Mula-mula amik 2 biji butang yang bentukkan macam paku tekan tu..
Dan sebiji female dan sebiji male
(Seperti dalam gambar)

Cucuk 1 biji yang rupa macam paku tekan di lokasi yang dikehendaki..

Kalo dari depan, rupanya macam ni.. Comel je..
Kita panggil permukaan bulat bagi memudahkan faham.

Pastu amik salah satu female atau male..
Saya amik male dulu ya..
Masukkan kat tajam tu..
Pastikan tak terbalik tau..

Pastu letakkan butang yang dah ditemukan tu kat playar ni..
Pastikan permukaan smooth tu kat bawah (base hitam)
Dan male tu kat atas (untuk diberi impak)

Plier ni tak perlu letak atas meja macam dalam gambar ni..
Pegang je kat tangan, senang sikit..
Saya letak atas meja sebab nak amik gambar..
Huhuhu..

Pastu kita kacip dia..

Lepas kacip, paku yang tajam tadi tu dan jadi tumpul.
Padan muka.. :D

Dah siap dah pengantin lelaki..
Sekarang kina nak prepare pengantin perempuan pulak..

Stepnya sama jugak macam tadi..
Kalo tak percaya jom tengok gambar seterusnya...

Butang yang macam paku tu dicucuk di lokasi yang bertentangan

Masukkan female kat paku tajam tu..

Letak permukaan smooth kat base dan female kat impak
Kacipkan..

Haaa.. tumpul pun..

Kedua-dua pengantin telah bersedia untuk disandingkan...

Renjis renjis dipilis..
Ditepungi la tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram dek air mawar..

Cewah..

Senang kan..

Cuma satu je kena hati-hati..
Jangan bagi male kawin dengan male atau female dengan female..
Tak bahagia mereka nanti.. :<

Snap button ni senang kerja
Kalo terer, tak sampai seminit pun dah siap..
Kalo tak terer 2 minit pun dah cukup lama..

Butang katup plastik ni sesuai diletakkan kat purse, beg, book cover, pakaian baby, diaper baby, diaper wanita dewasa (handmade washable pad) dan apa saja ikot kreativiti korang..

Kat mana ada jual snap button plastic pliers ni?
Ada kat sini:


Wassalam





27/07/2015

July Facebook Giveaway

Salam..

Giveaway kembali lagi!

Bukan kat blog tau..
Kat facebook page saya : facebook.com/asmafeltbox


Semuanya dah tulis kat dalam gambar tu..
Sape ada facebook?
Mesti semua ada kan..

Klik gambar untuk join..

Esok saya buat tutorial camana nak guna plier ni ya..

Jumpa esok..

Wassalam..

26/07/2015

Resepi Puding Roti Simple

Salam..

Beberapa hari lepas saya buat puding roti yang simple...
Tunjuk kat facebook, ramai pm mintak resepi..

Resepi tu semua bole search kat google..
Ada banyak versi resepi..

Resepi Puding Roti versi Simple Sangat ni dah saya share kat facebook..
Kepada korang yang tak layan facebook (atau tak dapat update kat newsfeed - obviously hanya 117 orang sahaja daripada 5900 orang yang nampak resepi ni kat newsfeed masing-masing), maka kita layan kat blog ni..

Roti 8 keping koyakkan dan rendam dalam 2 kotak susu segar yg kecik tu (satu setengah kotak pun ok kot). Rendam dalam 20 minit

Dalam bekas lain pukul gula 4 sudu, butter 2 sudu, telur 2 bijik, tepung jagung 2 sudu dan esen vanila sikit. Pastu masukkan roti yg dah kembang tadi dan kismis sesuka hatimu dan gaul sebati..

Tuang dalam loyang dan bakar dalam 45 minit atau sejam dgn api suhu 160-180 degree.

Kuah kastad ni pulak, masukkan satu tin susu cair jenama kegemaran anda, 2-4 sudu gula ikot tahap kemanisan yg anda ingini, 2 sudu tepung kastad dan esen vanila sikit (kalo nak wangi)

Masukkan semua ni dalam periuk yang seksi dan kacau dgn api yg perlahan sehingga ia kelihatan likat dan berkilat2 dengan menggodanya..

Lepas sejuk nanti baru makan, kalo tak sabar macam saya bole makan selepas suam2 sikit.
Selamat mencuba..

Sila share kepada mereka yang memerlukannya..
Jangan copy paste, penat saya taip tau.. cry emoticon

Wassalam...

24/07/2015

Update : Felt Kit dah tukar sikit

Salam..

Nak update sikit tentang starter pack..

Set benang dan jarum tu kan dah abes tau.. *sob sob*
Gi cari yang jenis lain pun takde dah..

Set benang yang mana?
Cer tengok gambo ni..

nampak tak objek yang dipangkahkan tu?
yg ni pun ada objek yang dipangkahkan..
Set tu la yang dah abes..
Sekarang dah kontang, maka saya replace dengan yang bawah ni..


Bezanya; 
Yang baru ni ada 6 gulung benang warna berlainan yang lebih banyak (warna random)
Yang lama tu ada 18 gulung benang tapi setiap gulung tak sebanyak yang baru ni..

Yang baru ada 1 set jarum (seperti gambar)
Yang lama tu ada 2 batang jarum je

Yang baru ada pita ukur, alat pelindung jari dan alat tarik benang ke dalam jarum
Yang lama tu tak ada barang2 ni..

Yang baru ni takde gunting kecik ketot tu..
Yang lama ada gunting kecik ketot

Yang baru ni nilainya lebih mahal..
Tapi harga starter pack tu masih kekal sama..
Iaitu RM29 exclude post


Wassalam...



23/07/2015

Craft Supply : Wooden Clips

Salam..

Amacam raya..
Syok tak?

Berapa ringgit dapat duit raya..?
Huhu..

Disebabkan saya tak balik kampung, maka nak buka kedai awal sikit..
Ada beberapa item baru yang belom diperkenalkan kat korang..

Jom kita mulakan dengan yang ni:

Ada pelbagai warna
Penyepit kayu ni ada macam-macam warna yang kiyut.
Saiznya pun kecik je.. 3.5cm

Penyepit ni korang boleh gunakan untuk decorate booth jualan.. Kepitkan label dan harga guna wooden clip ni..
Boleh juga utk hias photo booth kat majlis perkahwinan.
Nak guna untuk hias kelas ke (antung nama tugas kebersihan)
Hias birthday party dengan gantung pinggan kertas yang dah lukis huruf "HAPPY BIRTHDAY"

Macam-macam lagi idea kreatif korang boleh buat.

Apakah warna-warna yang available?
Tengok kat bawah ni:










Nak mixed boleh.
Nak pilih kaler pun boleh..

Klik button kat bawah untuk beli..

Takpun whatsapp 0139325870

Wassalam..

20/07/2015

Emas ketiga saya.. :>

Salam..

Dah abes beraya ke...
Kalo kat kampung, kami beraya sampai seminggu..
Ingat lagi, masa kecik2 dulu, raya ke-9 pun masih bertandang ke rumah orang..
Tahun ni lepask rumah je la tengok TV.. :P

Ingat tak gold bar 1g pertama saya haritu?
Tak ingat, sila tengok sini --> asma-felt-box.blogspot.com/2015/06/my-first-gold-bar.html

Selang tak berapa lama kemudian, saya beli gold coin pulak kan..
Tengok sini--> asma-felt-box.blogspot.com/2015/07/diary-ramadhan-asma-2.html

Pastu.. pastu..
Ada lagi ke...

Eh, mesti la ada..
jeng jeng jeng!
Kali ni beli dinar pulak.
Tapi bukan 1 dinar.. 1/4 dinar je pun..
Hemo hemo hemo..

Kiyut kan..

1/4 dinar ni cuma RM201
Kalo 1 dinar harganya RM729 (ketika entry ni ditulis)

1 dinar memang lebih murah dari 1/4 dinar
Tapi macam lambat je nak kumpul utk 1 dinar..
Belom sempat kumpul dah abes..
Biasa la kita niaga, mesti nak beli stok barang dulu sebelom benda-benda lain..
Yang extra je kita beli emas ni..

Target lepas ni nak beli 1 dinar pulak..
Tapi lama la kot... Erm, tak best nya lama-lama ni..
Dah ler saya ni cepat jemu..

Ingat nak 1 dinar, pastu gold bar 5g..
Cukup..
Yang 10gram ke atas tu takyah beli kot..
Belom sampai lagi ke tahap tu..
Rolling duit niaga lebih penting..


Nak order, whatsapp je kat 0139325870..
Tak pun boleh order kat website. Dah masukkan haritu

http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/category&path=90

Yang istiqamah nak jadi geng goldkeeper, better jadi ahli..
Ada sedikit yuran, tapi untung kalo tiap2 bulan beli untuk kumpul, dapat diskaun.
Keterangan lanjut bole tengok kat http://missgoldkeeper.blogspot.com/

Wassalam..

16/07/2015

Eid Mubarak

Salam...

Ramadhan sudah pun meninggalkan kita untuk tahun ni.
Pasti ramai yang dah berada di kampung masing2, dan ada yang on the way..

Saya pula..

Tahun ni , untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, tak balik raya..
Huwaaaaa...

Sebelom kawen memang dah bersedia dah , sebab pekerjaan Cik Abang tak begitu flexible.
Lagi pula tahun pertama dan kedua, abang dapat cuti raya yang panjang la jugak.
Tahun ni, bagi ruang kat kawan2 lain pulak balik raya.
Give and take kan..

Walaupun saya dah bersedia menghadapi kemungkinan ni, tapi makin dekat nak raya, makin membuak-buak rindu dendam sedih pilu di hati ini..
*sob sob*
Apa lagi bila tengok gambar anak2 buah.
Dan dapat tau dorang keluar pi cari baju raya..

Waaa.. rindunya suasana itu..

Pagi raya nanti masak nasik minyak.
Request dari Cik Abang.. Mungkin dah lama kan tak makan nasik minyak..
Kat Kuantan, nasik minyak tu memang breakfast yang sangat biasa..
MAna2 gerai pun ada jual..
Sejak dewasa ni, dah jarang pulak rasa nasik minyak..
Ni pun first time nak masak nasik minyak.. Resepi google je.. Hehehe..

Pastu kami akan keluar gi tengok wayang..
Saya ingat nak tengok wayang sepanjang hari, tapi tengok budi bicara Cik Abang la..
Takot dia boring pulak..

Cam teruk kan, tak bertandnag pun ke rumah orang..
Memang taknak pun..
Hati ni sedih sangat.. Nak elakkan diri merasa suasana raya supaya tak teringat2 dan rindu2 kat famili kat Kuantan tu..
KArang pegi umah orang makan tart nenas, teringat rumah saudara..
Tengok org pakai cantek2, langsir baru, kusyen baru, bersongkok bersampin, bagi2 duit raya, bersalam-salaman; tengok citer raya..
Bau suasana tu akan buat saya teringatkan kampung dan rasa sedih dan rindu...

Takmo sedih..
Penat dah bersedih seumur hidup..
Maka nak distract fikiran saya takmo pikir pasal raya..
Pikir pasal raya kerana berjaya menjalani bulan Ramadhan dengan markah cukup2 lulus..
Tu dah memadai utk tahun ni..

Yang paling penting, tangan ni tak dapat salam dan cium tangan kedua ibu bapa saya..
JAdi saya taknak bagi salam tangan orang lain..
Salam suami je tahun ni...

Pendek kata, taknak sambut raya la.. Senang citer..
Panjang je bebel, padahal bole conclude dengan satu sentence je..
Ngehehe..

Di kesempatan ni saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidildifitri.
Semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diredhai Allah..
Semoga dapat la kita keberkatan di malam lailatuqadar tahun ni..


Terima la kad raya yang tak seberapa dari saya ni..
Kad raya alam maya je la yer..

NAk tempah kad haritu dan terlewat, lepas raya baru akan sampai..
Pasni kene tempah seawal Rejab..
Biar la orang gelak ke apa, janji rock..

Selamat Hari Raya semua..
I love you..

Muah!

Wassalam...

13/07/2015

TIPS: PILIH BISNES PERTAMA

Adakah korang nak mula berniaga?
Tapi tak tau nak berniaga apa..
Tak tau nak start dari mana..
Takde modal nak start niaga..?

Meh saya guide korang macam mana nak mula berniaga..

Memandangkan ni bisnes pertama korang, dan korang tak tau camana nak start, ilmu takde, duit pun takde, maka pastikan korang:

1. Jangan buka kedai - jangan sewa kedai - jangan sewa ofis - jangan sewa apa-apa pun!

2. Jangan borong banyak-banyak pastu jual.

3. Jangan pinjam duit - kalo terdesak sangat, pinjam la beberapa ratus.


Dah tu semua jangan, nak berniaga macam mana ni..?

Sabar la.. Tak abes cakap lagi..


Bisnes pertama korang ni mesti la:

1. Buat dari rumah 

  • sama ada pos barang tu, atau hantar sendiri, atau tak melibatkan produk fizikal, atau beri perkhidmatan

2. Start dengan apa saja yang ada kat tangan.

  • Start dengan apa yang korang mahir buat. Kalo tak mahir, jangan buat. contohnya tak reti buat karipap, pegi buat jugak kulit karipap dan jual yang takde inti. Tak berkat rezeki dengan mempedaya orang sedemikian rupa.

3. Modal Kecik dna kalau bole tanpa modal

  • Kalau perlukan wang juga, pastikan wang tu sikit sangat yang diperlukan. Dalam beberapa ratus ringgit pun dah cukup.

Tujuan bisnes pertama ni hanya la untuk kumpul duit untuk buka bisnes yang sebenar. Jadi tak perlu suka kan bisnes pertama ni. Asalkan pandai buat, duit masuk dah cukup.


Stepsnya ialah :

1. Tanya diri sendiri apa yang aku pandai buat. 

  • Kalo semua pun tak pandai, apa agak2nya benda yang tak pandai, tapi lepas belajar mesti pandai punya.
  • walaupun tak pandai, pasti ada orang lain yang pandai, bole pergi belajar. 
  • Takpun ada tutorial kat internet, practice beberapa bulan mesti pandai punya. 
  • Tak pun pergi kursus.

2. Tengok kat sape kita nak jualkan produk/ perkhidmatan ni

  • penting ni. Ni boleh narrow down produk yang nak kita jualkan. 
  • Contohnya kita target budak sekolah; pikir berapa ringgit dorang mampu keluarkan, barang apa yang dorang tengok je mesti nak. 
  • Contoh lain spt: kaki pancing, pencinta kucing, suri rumah, student, orang yang busy memanjang sampai tak sempat buat apa-apa pun kecuali pergi kerja

3. Yang terbaik ialah bisnes yang menyelesaikan masalah orang 

  • letakkan diri kita kat target tu. Kalo saya jadi dia berapa harga saya sanggup beli, perkhidmatan apa yang saya perlu untuk memudahkan hidup saya
  • bisnes yang menyelesaikan masalah ialah keperluan, pasti ada orang nak..
  • Bisnes berbentuk kehendak,orang ada pilihan untuk taknak..
  • ibu bapa bekerja tak sempat layan anak, orang gemuk yg nak kurus, orang kurus yang nak gemuk, orang yang takde transport, student asrama yang makanan kantin tak sedap, dll

Camana, dapat idea tak bisnes apa korang nak buat ni..
Bole amik kertas dan senaraikan apa saja yang korang minat, pandai atau mampu buat..
Pastu pilih yang paling realistik dengan hidup korang


Berikut ialah contoh bisnes pertama yang zero modal

  • khidmat jaga kanak-kanak ikot jam
  • khidmat tulis surat rasmi, tulis karangan, tulis blog, tulis iklan dll
  • khidmat belikan barang - bukan semua orang rajin nak keluar beli barang (macam saya)
  • khidmat potong rumput, cuci kereta, mengecat, mencuci rumah, bangunan dll


Yang ni pula contoh bisnes pertama yang perlukan skill

  • masak dan jual - roti, biskut, kek, catering kecik2 utk birthday, cukur jambul dll, ayam bbq perap
  • jahit dan jual - sarung kusyen, alas meja, doorgift, baju, tudung, beg, dll
  • khidmat buat website, shopping cart, logo, design bisnes kad, design kotak produk, design maskot, design header
  • buat dan jual - barang kemas spt gelang dan rantai, ukiran kayu, lukisan, kad ucapan handmade, dll
  • dropship - cari orang beli barang dan dapat komisen atas barang yang dijual
  • jurumekap, tukang inai, tukang urut, facial, reflexology dll - pergi kat rumah pelanggan atau set up 1 bilik khas utk yang relaxing kat umah
  • home tutor - pergi ke rumah student untuk ajar selama beberapa jam
  • ejen - produk kesihatan, insurans, pakaian, makanan, dll

Nampak macam bukan bisnes je..?

Itu tak penting...

Apa yang penting?

Yang penting; bisnes pertama ni ada 3 tujuan:

1. Belajar:
     - tarik orang untuk beli produk / perkhidmatan kita
     - urus wang
     - urus perniagaan
     - memahami pelanggan
     - perbaiki kelemahan bisnes kita sehingga menjadi sistematik

2. Kumpul modal untuk buka bisnes yang sebenar
    - target 3 tahun dapat kumpul berapa ribu?

Jalankan perniagaan ni selama 3 tahun dan pastikan ia tak lingkup.
Kalau korang berjaya mengekalkan bisnes ni selama 3 tahun dan dapat kumpul sebanyak yang korang target tu; bermaksud korang nak bersedia untuk bisnes yang sebenarnya.

Tunggu tips seterusnya..

12/07/2015

Ball Chain

Salam..

Ingat tak ball chain ni?



Saiznya dah lama saya tukarkan kepada yang lebih panjang iaitu 12cm
Sebelom ni saiznya 9.5cm

Harganya kekal sama..

Harga dan order direct kat http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/product&path=65&product_id=67

Excited kan nak raya.. Hehe..

Wassalam...

11/07/2015

#MalaysiaNgaji

Salam..

Tau tak?
Tengahari ni satu Malaysia akan baca al-Quran selama 1 jam.
#MalaysiaNgaji

Nak join jugak!

Start pukul 12 tengahari sampai pukul 1 petang.
1 jam je..

Cam seronok jugak kan 1 Malaysia mengaji sendirian tapi sama-sama..

Kalo ikotkan dia suruh upload gambar masing2 kat instagram, twitter dan facebook..
Pastu hashtag #MalaysiaNgaji

Tak tau la saya mampu ke nak amik gambar tu..
Karang kene kata pulak..
Kalo ada guts nanti saya upload la gambar Quran tu..
Gambar selfie tak mungkin la kan..
Hohoho

Get ready tau..

KAlo tak bawak Quran, guna laptop atau smartphone pun bole.
Search surah apa-apa yang korang nak, nanti keluar la tu..
Pastu ngaji sejam..

Jom sama-sama.. ^^

Wassalam..#


02/07/2015

Diary Ramadhan Asma 2

Salam...

Bulan puasa ni memang tak buat craft..
Tempahan ditutup sehingga saya abes beraya tau..
Lepas abes raya nanti baru start pegang jarum... ^^

Bulan puasa ni ni luangkan masa membaca je..
Pastu main game..
PAsti godek2 tengok kawan2 jual apa..

Bulan puasa ni sales separuh kurang dari kebiasaaan..
Tapi shopping 2x ganda lebih banyak dari kebiasaan..
Acaner tu..?

Terutama sekali bila tengok biskot raya..
Saya suka biskot raya homemade..
Baru2 ni saya beli popiah mini dan karipap mini..
Tapi popiah tu tak sedap langsung..
Dah ler besar, tebal sangat kulitnya, berminyak, serunding dalam tu ciput je.. T__T
Karipap mini tu ok je la. Tapi memang besar dan keras..
Sakit gusi mengunyah..

Takde la murah mana pun..
Tapi takde gaya homemade la..
Ni kilang made punya style ni.. Takde kasih sayang dalam pembuatannya.. :(

My second gold dah sampai...


Gold kali ni beli yang 0.5 gram je
Kecik sangat! Kiyut! >__<

Yang ni gold coin tau, ramai ingat ni dinar..
Bukan...
Dinar harganya RM739; 
Ada satu lagi suku dinar harganya RM203
Kalo nak sekeping 2 dinar harganya RM1446

Yang gold coin ni harganya RM100 sekeping..
Next time beli suku dinar pulak..
Target nak beli setiap item sekeping..
Nak kumpul.. ^^

Ramai tanya, dah kumpul banyak2 ni nak jual kat mana?
Saya ada jawab dalam blog emas saya ni..
Kalo nak tau, baca link bawah ni ya..

miss goldkeeper : Kat Mana Nak Jual Emas?: Ini adalah soalan pertama yang ditanya setiap kali terbaca penerangan saya mengenai emas. Tak disangkal lagi, saya sendiri pun tanya soalan...

Wassalam...