30/03/2015

Stop?

Salam..

Baru-baru ni saya ada tulis kat fb yang saya rasa macam nak stop je berniaga sebab dan overwhelm dengan keje yang berlambak.. Ye la.. Keje sorang-sorang, semua benda kita buat..

PAstu ada pulak orang hepi kerana saya nak stop berniaga..

Aik?

Saya cakap "RASA MACAM NAK STOP BERNIAGA" bukan planning nak stop la.. Aiyoooo..
Yang dia tak faham tu satu benda pelik..
Yang dia hepi tu satu benda lagi pelik..
Hepi pulak dah..?

Apapun tak mungkin saya stop kerana berniaga ni macam dah sebati, cuma disebabkan banyak rutin yang kene buat, dan banyak planning yang terbengkalai, ye la.. buat keje sorang kan.. Mana sempat buat semuanya... Lama2 saya rasa nak muntah dah..

PAstu saya terbaca dalam buku yg perasaan overwhelm ni ialah akibat terlalu lama berada dalam fasa self employed.. Bermaksud saya la boss, saya la kuli.. Semua saya buat sorang.. LAma-lama tak produktif jadinya..

Fasa self employed ni maximum 4 tahun je, pastu kene start hire staff dan bina sistem. Erm.. saya dah 5 tahun, patot pun.. Muahahahahahaaaa..

Sekarang kami dalam proses cari ofis, tapi sewanya mahal2 belaka..
Kalo yang murah tu, keadaan ofisnya sangat menyedihkan..
MAsih ushar2 lagi..

Sementara nak dapat ofis tu, nak cari sorang pembantu yang akan amik alih sebahagian besar keje rutin saya. Saya ada iklankan kat FB. Kalo korang ada kriteria tu, bole la email saya ya.. Sebelom tu nak bagitau, saya sensitif dan perfectionist. Jadi pembantu ni mesti lebih pandai dari saya. Kalo yang jenis suka spoon-feeding tu tak digalakkan memohon ya.. Untuk makluman juga, saya ni garang sangat. Serta short-tempered. Saya bukan penyabar. Better korang fikir dalam2 sebelom email ya..

In shaa Allah selepas ada ofis nanti saya nak serahkan tugas jualan craft supply tu sepenuhnya kepada staff. JAdi dapat la saya fokus semula pada handmade.. Kadang2 terkilan juga terpaksa tolak order gara2 rasa tak sempat nak kejar. Lepas ni bole la buat dengan senang hati, in shaa Allah...

Ye la kita merancang dengan cukup sempurna, tapi kalo Allah tak izinkan, memang takkan jadi..

Macam kedai kat Kuantan tu la..
Sedih sangat.. Tapi ada la tu hikmah di sebaliknya..

Erm..nak tambah barang apa lagi ek kat asmafeltbox?


27/03/2015

Fadhilat solat menurut sains

Salam..

Nak share sesuatu yang muncul kat wall FB saya..
Fadhilat solat menurut sains

SAya tak tau siapa tuan punya gambar ni..
KAlo tuan punya gambar atau sesiapa yang kenal tuan punya gambar terbaca ni, sila komen di bawah untuk saya berikan kredit..








Lepas ni kalo rasa malas solat atau nak solat dekat2 akhir waktu, baca balik semula gambar2 ni..

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Wassalam..

P/S: Saya sendiri pun belom berjaya menjadi orang-orang yang khusyuk tu lagi. In shaa Allah pasti berjaya..




CRAFT TUTORIAL VIDEO CONTEST!

Salam..

Siapa suka felt craft angkat tangan..
Siapa suka buat video angkat tangan..

Sekiranya korang angkat tangan 2 kali, bermakna contest ni memang untuk korang..



Contest apa ni?
Ini ialah contest membuat video tutorial felt craft

Macam mana?
Caranya senang je. Buat satu video yang tunjukkan step-by-step dari mula sampai akhir proses buat craft tu. Bermula dari sekeping felt hingga ke produk akhirnya.

Berapa lama durasi video tu?
Durasi antara 3-5 minit sahaja.
Pandai-pandai la korang sunting video yang berjam-jam tu kepada 5 minit..

Kene cakap ke dalam video tu?
Tak semestinya..
Nak cakap bole, taknak cakap bole.
Nak buat tulisan dalam video tu, nak buat animasi ke, nak ada muzik ke..
Apa-apa pun bole, asalkan menarik dan kreatif.

Kalo nak join, ada syarat tak?
Ada syarat.Syaratnya pun simple sangat:
1. Wajib kraf dari kain felt. Nak buat produk apa, tu bebas
2. Ada akaun bank
3. Fokus pada tutorial, jangan banyak promote diri sendiri

Tarikh tutupnya bila?
Tiada tarikh tutup

Pemenangnya akan diumumkan bila?
Setiap 1hb setiap bulan, satu video akan dipilih dan akan dipaparkan di blog ni serta channel youtube asma-felt-box dan di facebook asmafeltbox

Pemenang tu dapat hadiah tak?
Hadiah berupa wang tunai RM100 untuk setiap video yang terpilih.
Hadiah akan ditransfer terus ke akaun pemilik video yang terpilih pada bulan tersebut

Macam mana nak menyertai?
KAcang je beb..

1. Buat video berdurasi 3-5 minit

2. Sertakan bersama maklumat berikut:
- nama 
- sedikit sebanyak tentang bisnes craft korang
- blog @ fb @ instagram @ media sosial dimana penonton bole jumpa korang
- email atau whatsapp

3. emailkan video dan maklumat di atas ke asema84@gmail.com
Bole compresskan file tu kepada winzip atau winrar

4. Tunggu la kot2 menang..

Apa kriteria video yang terpilih?
Videonya jelas, gambarnya jelas, bunyinya jelas (kalo ada bunyi), step by step jelas
Bonus kepada video yang lain dari yang lain, kreatif dan menarik perhatian

Haaa..
Best kan..
Jangan tunggu lagi.. Pilih 1 kraf dan mula merakam.

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu.

Sekian, Kalam Sikh Waria melaporkan..

Wassalam..

26/03/2015

BAd News :(

Salam..

Ingat tak, saya kerap war war kan yang saya akan buka kedai bulan 4 ni kat Kuantan..
Well, ni ada berita tak best..

Pembukaan kedai tu dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan..

Sedih sangat hati saya..
Saya dah invest banyak untuk preparation kedai tu..
Dah create sistem jual beli - siap dengan scanner
Create laporan jualan harian supaya dapat monitor dari jauh
Beli rak dan barang2 display kedai tu nanti.
Packing semua craft supplies untuk jual kat sana..
Pulun siapkan handmade untuk display kat sana...
Order lebih banyak stok untuk cukupkan stok 2 tempat..

Namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..

Saya faham jugak kalo orang fikir perniagaan craft ni tak menguntungkan..
Pelik kan..
Kalo tak menguntungkan kenapa saya masih menjahit hingga sekarang?
Saya sangat berkira-kira tentang wang; kalo tak menguntungkan tak mungkin saya akan terus membuang masa kat sini..

Cuma crafter macam kita je faham market kita kat mana..

Apapun, kita akan teruskan dengan Plan B.
Walaupun terkejut beruk ,tapi masih bole berlagak cool kerana dah ada plan B ni.
Korang pun jangan lupa sediakan plan B dlm apa jua keadaan.
Ini untuk elakkan korang terduduk tak mau bangun2..

Asma, kuatkan semangat kau asma.. Kuatkan semangat kau..

Amin....

25/03/2015

Tenaga Kerja Mahir?

Salam..

BAru-baruni saya ada baca satu status kat FB


Status ni adalah berita baik bagi graduan Kolej Vokasional kerana peluang kerja mereka lebih bersinar.
Dan juga berita baik bagi pada peniaga kerana dapat mencari pekerja yang serba serbi cekap dengan kos pekerja yang rendah.

Namun ia berita kurang baik bagi graduan Universiti yang banyak belajar teori berbanding hands-on..
I've been there, I know la..
Kesian kan, dah la belajar sikit punya tekun, last2 orang tak mau amik keje sebab pandai sangat..

Apapun, jangan terlalu bimbang.
Rezeki Allah dah tetapkan kita cuma perlu cari dengan tekun..

Selain merancang untuk menjadi ketua dan profesional di sesuatu jabatan, kita perlu merancang untuk menjadi tokey bagi sesebuah perniagaan..
Kenapa tokey..

Pernah tak dengar, 

"The man who knows how will always have a job. The man who also knows why will always be his boss."

Seorang boss, bukannya semua benda dia tau buat.
Maka dia hire orang yang terer2 ni buatkan keje2 tu.

Apa keje boss ni?
Keje dia ialah berfikir camana nak kembangkan bisnes.
Dah jumpa cara, suruh orang buat..

Sama ada kita pekerja mahir, atau kita boss;
we still need each other..

Wassalam..

24/03/2015

Bahan kraf baru: Kepala Zip Murah

Salam..

Barang baru kali ni ialah kekasih barang baru minggu lepas..
Memang tak bole berpisah pasangan ni..
Salah satu takde, maka tak berfungsi la salah satu yang lain..

Hari ni kita berkenalan dengan: KEPALA ZIP


Kepala Zip ni ada satu jenis ni je ya..
Sebenarnya banyak jenis, tapi yang lain2 tu harganya bole tahan la jugak mahalnya..
Berbaloi la dengan designnya yang unik..

Saya amik warna besi; jenis yang very common orang pakai..
Saya gunakan untuk buat purse, beg dan pencil case..
Memang syok!

Baru la best nak gantung keychain..

Nak order bole dapatkan kat kedai online kecik saya iaitu http://asma-felt-box.com
Cari kat area zip

Kepala zip ni compatible dengan zip meter tu..

Jangan lupa beli ya..

Wassalam...


23/03/2015

Nak join Program Affiliates?

Salam..

Nak join program affiliate asma-felt-box?

Sebelom tu, apa itu affiliates?

Secara bahasa pasarnya, affiliate ialah mempromosikan sesuatu produk melalui link milik kita, dan apabila orang beli produk tu melalui link tersebut, maka secara automatik kita dapat komisen.

Dalam proses ni kita:
  • TAK PERLU explain apa-apa pada orang tu
  • TAK PERLU pujuk orang beli barang
  • TAK PERLU layan orang nak order barang
  • TAK PERLU minta bayaran dari pembeli
  • TAK PERLU bank - in apa-apa kepada sesiapa
  • TAK PERLU packing barang dan pos
  • TAK PERLU capai apa-apa target

Apa yang perlu dibuat oleh seorang affilates ialah:
  1. Daftar Affilates
  2. Buat link khas
  3. Letak link tersebut di tempat-tempat yang orang akan klik
  4. Sampai masa dapat komisen

Berapa kena bayar?
  • Tak perlu bayar apa-apa hingga ke akhir hayat

Berapa komisen?
  • Komisennya 5% dari jumlah pembelian orang yang klik link tu. Komisen akan dibayar apabila genap RM30 terus ke akaun bank anda

Boleh check berapa komisen terkumpul?
  • Boleh

Macam mana nak daftar?
  • Okay, mula-mula klik SINI

klik bulatan merah seperti gambar di atas


Isi maklumat diri


Ni yang paling penting. Pastikan anda pilih "Bank Transfer". JAngan pilih cheque dan Paypal ya.
Bank Transfer lebih mudah prosesnya.

Tuliskan nama bank pilihan anda. Maybank, CIMB, Bank Islam, BSN, Hong Leong Bank, Public Bank, RHB atau apa saja bank yang wujud di Malaysia

Tulis nama pemilik akaun dan nombor akaun.
Pastikan nombor ni betul.

Tuliskan password pilihan anda dan klik continue

Sila check email dan klik link dalam email tersebut

Secara manual anda akan dibawa ke page seperti di atas
Sila login


Ini ialah akaun affiliate anda.
Sila godek-godek dengan gembira.

Okay, sekarang jom kita buat link affiliate
Klik bulatan merah seperti gambar di atas..


Itu adalah id affiliate anda.
Taip nama produk yang inginkan link kan di ruangan "Tracking link generator"

Nama produk boleh dipilih disini--> http://asma-felt-box.com
Sekiranya anda tak pasti produk mana yang perlu dipilih, berikut adalah senarai produk yang paling hot:


Secara automatik link tersebut akan terbentuk.
Sila copy link ini dan letakkan di tempat yang bersesuaian.

Berikut adalah beberapa idea yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan link anda ini:
  • Buat banner di blog (sekiranya anda mempunyai blog) dan jangan lupa masukkan sekali link yang berkenaan Boleh gunakan gambar di bawah atau create sendiri banner yang sesuai

  • Gunakan link dalam blog entry pada mana-mana topik yang bersesuaian
  • Share link tersebut di facebook, group, social network yang lain. Anda juga boleh berikan link kepada rakan online anda di comment di wall, page atau group yang kebetulan bertanyakan tentang produk tersebut
  • Sekiranya anda aktif di forum, masukkan link tersebut dalam signature anda
Sila elakkan diri dari spamming, kerana ramai orang akan hide anda tanpa anda sedari. 

Jom daftar jom..







20/03/2015

SENARAI SEMAKAN KELAB 4.00 PAGI

Salam..

Saya saved gambar ni dah lama..


Malangnya dah tak ingat kat mana saved gambar ni..
Sape2 yang tau, atau sapa2 punya gambar, sila komen kat bawah ya..
Saya nak tuliskan kredit dan link untuk tuan punya gambar ni..

Saya dah banyak kali cuba ikot, tapi no 1 tu je pun dah tak menjadi..
Caner tu..?
Tido pun dah pukul 1 2 pagi, bangun konfirm bukan 4 pagi..
HUhuhu..

Apapun, kene cuba jugak. Chaiyuk2!

Wassalam
SENARAI SEMAKAN PUKUL 4 PAGI
1. Saya tidur sebelum pukul 11 malam. 2. Saya bangun jam 4 pagi. 3. Saya bersenam 30 minit. 4. Saya mandi sebelum subuh. 5. SAya solat sunat taubat, tahajud, hajat, witir. 6. Saya baca al-Quran 2 muka surat. 7. Saya solat Subuh di masjid. 8. Saya bermuhasabah merenung diri menyudah getara kesyukuran diri. 9. Saya bangkit dan berlari memulakan kerja sebelum terbit matahari. 10. Saya tampil ceria, bersedekah di pagi hari, tebarkan salam berikan senyuman

19/03/2015

Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan

Salam..

Miss Lekat Lekit Story telah menganjurkan satu cabaran iaitu:

Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan.


Dengan penuh ketakutan saya menyahut cabaran itu...

sila klik untuk paparan lebih jelas
sila zoom untuk paparan lebih jelas
Saya tau apa status tulisan saya tu, jadi tak perlu la nak "puji" ya..
Sebab tu kat sekolah dulu selalu ada masalah nak tulis dengan baik terutama ketika ujian..
Tapi kan, yang best penulisan saya selalu dapat A tau..
Dari form 1 ke form 5
Yg dapat B biasanya surat la..
Surat susah tau..

Sape2 nak join cabaran, sila2 la ke link di atas..

Wassalam...


18/03/2015

Templat Website yang Baru berserta Chat on the Spot

Salam..

Okay nak citer pasal template yang sepatutnya saya ceritakan dalam entry sebelom ni kan.

Disebabkan template ni macam kusam je, maka saya luangkan masa sikit cari template percuma dan applied dalam online shop saya tu..

Kalo bole nak yang berbayar la, cantek sikit. Tpai harganya pun 20-50usd.. Mampos saya..
Jadi, cukup la amik yang free je buat masa ni...

Proses menukar template pun bukan semudah 1 2 3 klik pastu terus tukar..
Tak..
Kene install macam2 dalam byk folder pastu setting situ sini last2 baru jadi..
Kalo orang dah biasa tu maybe kacang la..
Macam saya ni memang tak kacang, gajus je..

Malangnya bila dah tukar, aiyooooo...
Ada beberapa setting yang tak kena..
Banyak modules tak keluar dan berlobang sana sini..
Pastu bila view kat smartphone, categories pulak takde. Camana orang nak cari barang..
Terpaksa la cari template free yang lain..

Sebenarnya template ni dah ok, cuma kaler je tu nak ubah2 bagi nampak ceria..
Malangnya dalam setting takde function untuk ubah kaler..
Tak best kan..,
Woooooo

NAk pink! Nak pink!

Kemudian jumpa satu template yang istimewa la jugak..
Template dia sama dengan default tapi dia dah ubah kaler..
Ada 10 template yang sama tapi kaler je dia ubah..
Apapun, tetap tak bole suka suka hati ubah, kene ikot warna yang ditetapkan tu..
Erm.. sedih..

Takpe la..
Guna je dulu buat masa ni... Bagi nampak ceria sikit..

Maka, ini la warna template yang saya pilih...

Kaler orange dan biru muda...

Ni pulak rupa dia kalo korang view kat smartphone..
Tak caya cuba amik smart phone dan klik sini : asma-felt-box.com

Kalo tengok kat gambar tu, bahagian bawah tu ada "Chat" dan "send mail" kan
Saya baru jugak install chat tu..
Supaya sambil korang view website ni pastu tetibe ada soalan nak tanya, tak perlu buka whatsapp, atau buka email atau buka fb..
Terus je klik situ nak tanya soalan..

"send email" dan "offline" tu bermaksud saya tak online..
Kalo online, dia akan muncul perkataan "online"
Apapun, korang boleh terus taip sebarang inquire kat situ dan dia direct akan masuk ke email saya..
Bila online nanti saya akan reply..

Saya dalam perancangan nak amik assistant..
Cuma tak pasti nak minta dia assist saya bahagian mana..

LAgipun kene pastikan cashflow maintain dapat bayar gaji sorang pekerja.

Semoga dipermudahkan semuanya..
Doakan saya ya..,

Wassalam...

17/03/2015

New Craft Supply : Zip meter

Salam..

Barang baru minggu ini memang buat saya excited giler..
Mana taknyer..
Dah lama cari, akhirnya ketemu jua..

BArang ni memang penting sangat terutama sekali untuk buat purse, pencil case dan coin purse yang pelbagai saiz. Lepas ni bole la saya buat beg pulak..
Yippi!!

Apakah barang yang miesteri itu?
(Misteri apanya, dah ada tulis dah kat tajuk tu.
TAk kira, nak gak buat gaya misteri..)

Ini dia.. jeng jeng jeng..
ZIP!

Zip?
Ala.. Kan asma memang ada jual zip..
Apa yang susah nak carinya?
Bikin saspen je la dia ni..

Whoppsii..
Ini bukan sebarang zip ok..
Ini zip meter...

Zip meter?
Apa tu? 
(cewah, macam iklan pulak)

Zip meter..
MAksudnya korang nak taknak kene beli zip ni dalam bilangan meter..
semeter ke, duameter ke, tigameter ke..
PAstu korang potong2 la saiznya ikot suka hatimu..

Nak 4 cm? potong 4 cm
Nak 10 cm? potong 10 cm
Nak 1km, potong 1km..
Eh, tak bole tak bole..
Paling panjang ialah 5 meter je..
Tapi kalo nak 10 meter, saya akan bagi 5meter x 2 keping camtu..

Suka tak? Suka tak?

Suka!!! <--kata semua orang

Haaa.. Kalo suka, jangan sorak je..
Meh ler beli..

Eh, camana nak beli..
Kepala zipnya bagi sekali tak?

Jangan susah, kepalanya pun saya ada jual sekali..

Terjah je kat http://asma-felt-box.com pastu cari kat zip..
Jumpa la kepalanya kat situ..

Selamat berkraf!

Wassalam...

16/03/2015

Kenapa Harga Barang Naik Padahal Harga Minyak Dunia Turun ; dan Serba Sedikit Mengenai GST (khas untuk orang yang tak faham langsung)

Salam..

Haritu saya luangkan masa cari jalan nak tukar template kat online shop yang jual craft supply ni.
Boring kan.. plain je rupa dia..
Gambar2 pun tak berapa nak cun, menyerlahkan lagi kehambaran website ni

Tapi template yang saya minat boleh tahan la jugak mahalnya..
20usd ke 50usd. Nak convert? Darab dengan 3.7 (pada masa entry ni ditulis)

Owh, nak selit sikit iklan.
Sejak 6 bulan kebelakangan ni harga barang naik dengan mendadak walaupun GST belom dilancarkan lagi.
Petrol dah turun harga dengan "banyaknya", tapi kenapa para peniaga tak turunkan harga barang, malah dorang pergi naikkan harga pulak.?

Salah satu punca yang menyebabkan kenaikan harga yang mendadak ni, bukan kerana harga minyak. Persediaan utk GST tu mungkin satu sebab, tapi saya tak faham taktik tu.
Tapi punca utamanya ialah kejatuhan Ringgit Malaysia ke tahap yang kecut perut.

Masa saya mula2 beli barang dari luar Malaysia, nisbahnya ialah 1usd = RM3.01
Lama jugak la nilai ni kekal macam.
Maksudnya saya beli kain sekeping dengan harga 1usd, saya kena bayar RM3.00.
Pastu syaa jual kain kepada korang dengan harga RM4.00, jadi saya untung RM1.00

Paling tinggi yang pernah saya convert iaitu kira2 4 tahun dulu ialah 1usd=RM2.90
Maksudnya kalau saya beli kain sekeping dengan harga 1usd, saya kene bayar RM2.90.
Pastu saya jual kain tu kepada korang dengan harga RM4.00. JAdi saya untung RM1.10

Sekarang Ringgit Malaysia semakin hari semakin jatuh, dan harini 1usd= RM3.70.
Maksudnya saya beli kain yang sama harini dengan harga 1usd, saya kena bayar RM3.70.
Pastu saya jual kain tu kat korang dengan harga RM4.00 jugak. Jadi saya untung 30sen.

Masalahnya, sebagai peniaga adakah saya nak untung 30sen je atas sehelai kain yang saya beli dengan nilai RM3.70?
Sedangkan tariff meningkat, gaji pekerja meningkat setiap tahun, sewa kedai meningkat, sewa rumah meningkat, harga makanan kat pasaraya meningkat, harga sayur dan buah pun meningkat?

Paling kurang pun, saya kene untung RM1.00 seperti keuntungan asal saya tu kan..
Oleh itu, untuk untung seringgit, saya perlu naikkan harga kepada RM4.70.
Baru dapat untung seringgit.

Jom kita tengok skala yang lebih besar, sebab peniaga mesti memborong kan. Mana bole beli kain sehelai je.

Dulu saya laburkan RM3000 dan dapat untung balik RM1000 = untung 33.33%

Kalo saya tak naikkan harga: saya labur RM3700 dan untung RM300 sahaja = untung 8.1%

Kalo naikkan supaya nilai untung sama macam dulu : saya labur RM3700 dan untung RM1000 = untung 27%
Walaupun masih dapat pulangan seribu jugak, tapi peratus keuntungan saya dah mengecil.

Tak tau la korang paham ke tak apa yang saya explain ni..
Ni bahasa pasar punya explanation.
Term tu mungkin tak berapa betul. Harap2 korang faham la ya..

Jadi, kalo korang kat tempat peniaga, apa korang nak buat?
Nak kekalkan harga, ataupun nak naikkan harga?

Bermula April ni, hampir setiap barang yang dijual akan dikenakan GST.
GST ni sebenarnya dikenakan ke atas peniaga yang jual barang.
Apapun, sebagai peniaga takkan kita nak bayar GST dengan keuntungan yang kita dapat ni.
Maka GST tu peniaga forwardkan kepada pembeli.
Untuk menunjukkan bahawa:

"Jumlah awak kena bayar ialah RM10.60. RM10 tu harga barang ni yang akan masuk ke dalam akaun kedai saya. yang 60sen tu ialah 6% yang kerajaan akan amik. Takde kena mengena dengan saya".

Ini dapat elakkan harga barang tu nampak mahal. Ye la kalo kita pergi kedai yang tulis harga RM10.60, mesti dalam hati kata. "uih, mahalnya. Kedai sana tu RM10 je."
Kita pun mesti tak jadi beli dan drive ke kedai yang murah tu. Pastu time bayar RM10.60 jugak sebab dalam resit tulis 6% GST. PAdahal sama je..

GST ni sebenarnya wajib untuk perniagaan yang jualannya mencecah RM500,000 setahun.
Kedai yang tak sampai RM500,000 ni tak wajib, tapi kalo nak bayar jugak; kecik tapak tangan, litar Sepang saya tadahkan (saya tu bukan merujuk kepada sapa2 dalam asmafeltbox ya)
Kedai kecik macam kita ni tak wajib la..
Phew lega...

Namun pengeluar produk, pengilang produk, pemborong, pengedar tu semua rata2nya sampai ke RM500,000 setahun. Jadi setiap pengeluar akan charge 6% kepada pengilang. Pengilang charge 6% kepada pemborong dan begitu la seterusnya sampai kepada peruncit yang akan dicharge 6%. Depend pada berapa banyak lapis la kan.. Macam saya ni peruncit la..

Maka, apabila setiap lapis ni kene charge sehingga kepada peruncit, secara tak langsung kos produk tu akan bertambah bagi setiap lapis. Bila sampai kat peruncit, kos satu barang tu akan jadi mahal. Memandangkan peruncit kecik ni tak perlu daftar GST, maka pembeli yang membeli kat dia ni tak perlu tambah lagi 6% cukai GST. Best kan!

Namun berita baik bagi pengeluar, pengilang, pemborong, pengedar yang dikenakan GST tu ialah, mereka bole claim semula sebahagian dari 6% tu. Dia ada pengiraan dia, tapi saya tak paham sangat. Saya ni kalo nombor memang pening sikit. Cuma makanan je saya tak pening.. Huhuhu..
JAdi walaupun mereka semua ni dah bayar 6% dari jualan, dorang dapat claim semula sebahagian daripada tu.

Tapi, dalam banyak2 peniaga yang saya sebutkan di atas, ada satu orang tu tak dapat claim apa2.

Okay, saya bagi hint ya..
Dia tu bayar 6% GST kepada penjual ; tapi dia tak charge 6% GST kepada pembeli.
Cuba teka siapa dia?

Orang tu ialah peruncit.

Peruncit yang kita pergi kedai dia untuk beli barang dan dia tak charge GST sebab keuntungan dia tak banyak mana,
sebab dia tak daftar GST,
sebab dia tak sampai hati nak charge kita 6% lagi selepas semua benda yang kita beli kene GST.
Dia ni tak dapat claim cukai yang dia bayar disebabkan dia tak mencukaikan pembelinya..

Kalo korang adalah peruncit, adakah korang akan daftar GST supaya dapat claim semula sebahagian dari 6% tu?

Okay, saya tu pun tak pasti kenapa saya bole sampai ke GST..
Apapun, point saya ialah, peniaga2 yang naikkan harga barang tu, dorang takde pilihan lain..
Dorang perlu pastikan bisnes running seperti sediakala, sewa bayar tepat pada masa, gaji pekerja tak bole tangguh, anak2 nak makan, nak belajar, nak pergi tuisyen dan sebagainya..
Berapa harga yang supplier bagi, harga tu la dorang calculate keuntungan.

Supplier ni bagus.
Dorang dah janji sesama sendiri untuk kekalkan satu harga minima..
Contoh, paling minimum RM1, maka semua supplier takkan bagi kurang dari seringgit..
Jadi kalo kita nak tukar supplier pun, harga supplier lain pun macam tu jugak..

Erm..
Tengok la tu..
Tadi kata nak iklan je, ni terus jadi satu entry..
Camana ni?
Bila takde idea, tak tulis langsung.. Bila muncul idea, banyak la pulak..

Sampai sini je la ya..
Kalo diteruskan nanti sampai ke idea macam mana nak nak buat supaya Ringgit Malaysia tak terus merosot; atau camana nak survive kalo terus merosot juga..
Idea dah muncul dah ni, geram2 je nak menaip..

Tapi idea ni cuma bole digunakan oleh pucuk pimpinan..
Pendek kata semua orang pun tau camana nak buat..
Tapi yang peliknya tak buat pun..

Saya pun tak paham kenapa..

Esok saya citer pasal template ya..
Sorry gals..

Wassalam..

p/s: Jika ada kesilapan dalam penerangan saya ni, sila betulkan dengan menulis komen di bawah. Sape nak share pengetahuan pasal matawang dan GST pun bole.. Semoga lebih ramai beroleh manfaat.. :)

p/s : saya tak daftar GST. :)

13/03/2015

Surah al-Baqarah : ayat 126

Salam..

Hari ni nak share kalam Allah ni:


Surah al-Baqarah ayat 126

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata :
Wahai Tuhanku, jadikanlah (Negeri Makkah) ini negeri yang aman sentosa. Dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang berimankepada Allah dan hari Akhirat di antara mereka

Allah berfirman:
(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka aku akan berikan juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itubagi sementara (di dunia),
Kemudian aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan  (itulah)seburuk-buruk tempat kembali

Huuuu..
Takot kan..

Mungkin kita tengok orang tu jahat sangat tapi rezeki Allah bagi kat dia tak pernah putus..
Ada pulak orang yang dari muda sampai tua terus menerus miskin, lepas tu sakit pulak tu..

Sebelom kita buat andaian bahawa orang miskin tu mesti malas keje, mesti masa muda dia jahat, mesti tak sembahyang, mesti buat jahat kat orang tu yang Tuhan balas balik sekarang; 
better kita jangan cakap apa-apa..

Mana kita tau kan..
Mungkin dia terpilih untuk menderita di dunia supaya lidahnya tak berhenti2 memuji-Nya dan fikirannya tak berhenti2 mengangati-Nya, maka dia terus bole ke syurga tanpa hisab kelak..

Orang yang tak ada apa-apa ni; harta takde, anak takde, isteri takde, masa hisabnya lebih singkat kerana tak banyak soalan nak ditanya..
Tak banyak hal nak ditimbang..

Manakala kita yang banyak harta, ramai anak ni lama sikit la hisabnya tu..
Setiap sen kita akan disoal, setiap tanggungjawab ke atas isteri dan setiap anak pun disoal..
Tanggungjawab ke atas ibu dan ayah pun disoal.
Kalo jadi ketua kat tempat kerja, atau sebuah negeri atau negara lagi banyak kene soal.

Dosa lelaki banyak kat tanggungjawan yang tak dijalankan.

Manakala dosa perempuan banyak kat lidah (yang mengumpat) dan aurat yang tak dijaga..
Tapi kalo jadi suri rumah atau kerja di rumah in shaa Allah lidah dan aurat lebih mudah terjaga,
Jangan pulak pegi post gambar macam2 kat fb dan mengumpat orang kat group..

Kalo buat jugak, naseb kau la minah..

Wassalam..

12/03/2015

10 Questions for Me

Salam...

Baru-baru ni Sis Ayuni Rafilah dapat Liebster Award.
Saya pun tak tau apa tu...
YAng pasti Sis Ayuni dah sediakan 10 soalan utk blogger yang beliau sendiri calonkan..
Dan saya tak sersenarai okay..

Tapi macam biasa la, dengan tak tau malunya saya mencalonkan diri sendiri.
Sebab saya takde idea nak tulis apa..

Jom tengok soalan2 tersebut berserta skema jawapan yang telah saya sediakan..

1. Nyatakan sebuah lagu yang menjadi tema diri anda sekarang.

Happy: Pharrell Williams : Saya happy dan nak terus happy. ^___^


2. Jika anda terkandas di sebuah pulau yang sepi, siapakah yang anda ingin terkandas sekali bersama anda?

Macguyver - well you know why

3. Subjek apakah yang paling anda benci di sekolah dan mengapa?

Sejarah - sebab cikgu sendiri tak tau apa yang dia sendiri cakap pastu borak2 pasal benda lain pulak. Saya cuma faham sejarah selepas saya baca buku sejarah, bukan sebab cikgu mengajar kat depan.

4. Makanan apakah yang anda tidak pernah makan dan ingin makan?

Purple Toast - haritu sis Ayuni ada tunjukkan gambarnya, buat saya teringin nak rasa. Pastu ternampak kafe tu time jalan2 haritu tapi lupa lak kat mana. Minggu ni nak pi la.. ^__^

5. Pilih: Air, Tanah, Api, Besi, Pokok atau Angin?

Alamak susahnya - Pokok kot. Kalo suruh pilih pokok apa, nak pokok kurma. Sebab Mariam survive kat padang pasir gara2 pokok kurma. Pasti ia sangat bagus.

6. Mimpi terbaru yang anda alami?

Haha.. Malu nak cakap. Saya mimpi Jep Sepahtu dan berbaik semula dengan Mamat Sepah. Siap berpelukan lagi. Pelik betul mimpi tu, padahal takde pun teringat kat dorang atau tonton rancangan dorang beberapa hari (atau beberapa minggu) sebelom tu.

7. Zaman di mana anda ingin hidup dan kelebihan pada zaman tersebut.

Mungkin zaman 1920-an kat Eropah atau negara orang putih. Kerana saya suka pakaian dorang dan teringin nak pakai.. 

8. Tempat paling misteri bagi anda.

Easter Island - macam mana dorang bina kepala patung yang rupanya seakan2 sama tu. Guna tool apa dan angkat guna apa. Pastu pulau tu takde orang pulak. Takde history, hanya misteri je..

9. Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda terperangkap di dalam lif yang gelap gelita?

Saya akan duduk diam je sambil try contact security atau Cik Abang. Selepas setengah jam baru buat bising macma orang gila dengan harapan ada orang dengar.

10. Apa yang anda sanggup lakukan untuk menggembirakan buah hati anda?

Saya sanggup tidak bekerja - supaya dapat ikot ke mana sahaja dia pergi / ingin pergi; supaya dapat pulang ke kampung bila2 masa dia cuti tanpa saya perlu minta cuti dari bos atau membatalkan plan balik kampung semata2 saya tak dapat cuti, supaya dia tau di mana saya berada ketika dia keluar bekerja (kat rumah la mana lagi); supaya dia tak perlu risau saya kalau2 saya berkawan dengan org yg suka mengumpat, atau berkawan dgn lelaki yg berkemungkinan mencetuskan kayu tiga (kerana saya ni bole tahan gatal orangnya, tak padan dengan rupa); supaya saya bole menjaga dan mendidik anak kami dengan sepenuhnya.

Itu la skema jawapan saya..
Sepatutnya saya perlu create 10 soalan dan calonkan beberapa orang blogger.
Memandangkan saya memang tak blogwalking dan takde rakan blogger maka tak perlu la berbuat demikian.. 

Apapun saya create jugak 10 soalan ni...
Kot2 la korang takde idea nak tulis apa, bole la buat entry dengan menjawab soalan ni.

1. Buku paling best anda pernah baca.
2. Sekiranya anda memenangi percutian atas kapal cruise selama 3 minggu (pembiayaan ditaja sepenuhnya) siapakan yang ingin anda bawa bersama?
3. Nama haiwan peliharaan anda dan mengapa pilih nama tu.
4. Filem paling seram yang pernah anda tonton; dan part paling tak boleh blah.
5. Sila pilih : kacak/cantik, jujur, kelakar. Satu je tau..
6. Anda menang cabutan bertuah bernilai RM50,000. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?
7. Beli online ke, beli kat kedai kat bandar tu?
8. Perangai manusia yang paling anda tak bole tolerate
9. Orang kentut depan anda, atau orang sendawa depan anda. Mana satu lebih anda rela.
10. Ada orang nak melabur untuk bisnes anda. Bisnes apa yang akan anda buat

Sape nak buat, buat je la ya..
Pastu bagi link kat ruangan komen tu.. Saya nak baca..
Kalo takde blog tulis la kat facebook ke, friendster ke, mana2 pun bole..

Okay la.. Nak pcking barang jap..
Harini cam biasa pos pukul 4 ptg..

Wassalam..

11/03/2015

Follow My IG: asmafeltbox : Handmade and Craft Supply Online Shop

Salam


Walaupun takde la begitu aktif, sudi-sudi la follow me on instagram ya..
search: asmafeltbox

Wassalam..
we are online shop selling handmade felt craft and craft supplies


10/03/2015

Eyelet Berkualiti dan Murah

Salam..

Barang baru minggu ni ialah barang yang dah lama ada, tapi saya upgradekan dengan jenis yang baru..
HAritu tengah bershopping, ternampak la eyelet yang berkilau kilauan ni..
Terus jatuh hati lalu terus grab..
Hohoho..
Hebat tak saya..

EYELET
Saiz lubangnya ialah 4.5mm.
Muat untuk eyelet tool yang saya jual tu.. 

Apa yang istimewanya eyelet ni ialah:
Warna besi yang berkilat-kilat.
Memang seksi giler
Dan dia ada washer kat belakang...

Cara nak pasangkannya masih sama (sila rujuk tutorial cara pasang eyelet kat sini)
Cuma kat sebelah belakangnya korang masukkan washer untuk lebih secure..

Sebelah kiri tu eyelet..
Sebelah kanan tu washer

Cantek kan..

Sila order terus kat website..
Nak order kat whatsapp pun bole: 0139325870

Wassalam..

09/03/2015

Kenapa Barang Handmade Mahal?

Salam..

Selamat kembali bekerja / bersekolah..
Sebelom start, nak share sesuatu yang muncul di wall facebook saya malam tadi


Pada awal saya berkraf, memang diakui harga handmade felt yang saya jahit tu murah sangat.
RM2, RM3 untuk felt keychain
Felt phone pouch RM10 je
Felt pillow RM15-RM20 camtu.

Puncanya ialah 
  • saya masih amatur dan tak belom mahir lagi 
  • saya masih dapat untung lagi. Ye la, kos keychain dalam 50sen, jual RM2. Untung RM1.50. Kos bekas phone RM2 jual RM10, untung RM8. Banyak untung tu...
  • saya berkraf ni sebab saya suka ~~
Lama kelamaan, saya sedar bahawa pendapatan bulanan tersebut tak mampu untuk buat saya rolling modal dan menampung kehidupan. 

Oleh itu, cara mengatasi masalah tersebut ialah buat lebih banyak lagi handmade. Secara logiknya, makin banyak order, makin banyak income..

Apabila order semakin bertambah, kerja pun semakin bertambah. Malangnya masa 24 jam sehari tidak semakin bertambah. Tetap 24 jam jugak.Selalu tak dapat tidur malam, tak cukup rehat, sakit pinggang, sakit bahu, tak dapat ikot famili keluar jalan2 sebab takut tak sempat siapkan order.

Jalan penyelesaiannya ialah upah orang buat sebahagian kerja. Masalah kat sini ialah, orang tak nak upah murah. Potong felt bentuk bunga 10sen sekeping dorang taknak (dan bukan salah dorang pun. Kita semua nak gaji mahal. Kalo semua nak gajki murah confirm Indon, Bangla Vietnam, Nepal semua tu tak dapat cari makan kat sini). Dorang nak 50sen sekeping bentuk bunga. Keychain perlukan 2 keping felt, maka 2 keping = RM1.00. Kos bahan 50sen. Maka untung saya 50sen sahaja..

Haa? Untung makin kecik? Padahal order makin banyak..
Dan yang beli pukal tu dapat diskaun lagi..
Nak tak nak terpaksa la buat semuanya sorang, demi memaksimumkan keuntungan.

Bila dah tak larat nak hadapi semua ni, akhirnya saya amik keputusan naikkan harga handmade.
Baru la berpadanan dengan kerja keras saya, sakit pinggang, sakit bahu, mata panda, kepala ting ting, sleeping disorder, ikat perut dan lain2 sebagainya..

Namun, bila harga dinaikkan orang terkejut dan campakkan handmade tu seraya berkata, "mahalnya!!!"
Alah, naik seringgit dua je dah mahal ke..?
Kemudian orang tu pun buat perkara seperti artikel dalam gambar tu (iaitu mengira kos bahan) dan compare dengan harga orang lain; Demi taknak kehilangan pelanggan akhirnya saya bersetuju dengan harga lama. Dan sekali lagi melalui detik2 penderitaan menyiapkan order dengan harga yang tak setimpal. 


Apabila saya mula join pesta craft, salah satu aktiviti yang saya suka ialah berjalan2 di gerai crafter lain dan beli 1 item dorang yang saya rasa comel sangat..
Dua perkara yang saya noticed ialah pertama memang dorang jual murah (macam saya jugak) dan yang kedua harga yang sama dengan saya tu, hasilnya tak sama dengan saya. Jadi kenapa saya perlu under-price hasil craft saya?

Bila dah dekat hujung2 event tu, rata2 mereka semua merungut kerana jualan yang tak memberangsangkan. KAlo hasbis separuh barang pun, jualan memang tetap tak memberangsangkan kerana margin ciput.

Owh, jadi ada 3 benda la yang saya noticed kan?
HUhuhu.

Kemudian saya pergi kat sebuah booth bukan craft.
Dia amik upah tulis nama dalam tulisan khat jawi kat atas penanda buku.
Harganya RM5 sekeping.

Penanda buku tu ialah sekeping kad yang ada jual kat kedai buku dan ada ikat riben kat hujung.
Dia amik berus, celup dalam dakwat dan tulis nama.
Siap dalam kira-kira 6 saat.
Pastu tunggu kering..
Dan harganya RM5.

Keychain felt yang saya jahit, kosnya lebih tinggi dari sekeping kad berikat riben campur berus yang digunakan beratus-ratus kali dan dakwat beberapa titik. Dan keychain tu tak siap dalam 6 saat. Dan orang kata keychain RM4.00 tu "MAHAAAAAAL!"

Kat mana silapnya..?

Time tu saya sedar bahawa saya memperbodohkan diri sendiri.
Saya telah menjadi mangsa dalam permainan peniaga Melayu iaitu kalo nak bisnes laku, kene jual murah. Biar untung seposen pun asalkan orang semua datang beli kat kita. Demi tak mahu kehilangan pelanggan maka saya pun join sekali permaianan potong harga..

Rendahnya nilai hasil tangan saya ni..
Rendahnya nilai saya bersengkang mata, sakit bahu, sakit pinggang, ikat perut selama ni (ikat perot tapi gemok, acaner tuuu? Haha)
Sampaikan terlalu banyak order kene siapkan, ada antaranya yang saya kurang puas hati. Tadi disebabkan deadline dah sampai dan queue order masih panjang, tak sempat saya nak alter semula. Satu lagi, disebabkan harganya murah, rasa penat sangat kalo kene buka balik dan alter.

Akibatnya pelanggan tu tak repeat order dah..
Mungkin tak puas hati, tapi redha..
Nasib saya la...

Dari peristiwa khat tu la, saya revise semula harga dan letakkan harga baru.
Harga yang murah hanya untuk jualan pukal sahaja.
Bila sebut pukal tu, maksudnya betul2 pukal la. Bukan 20 biji macam tu..
Dan deadline dia jauh, jadi sempat nak siapkan walau dalam keadaaan senang lenang sekali pun.

Apabila orang tak bersetuju dengan harga tu dan minta kurang, saya tetap dengan harga yang saya tetapkan tu..

Akibatnya kini order dah semakin berkurangan..
Tapi yang ajaibnya, income atas handmade tak berkurangan..
Dan dari semasa ke semasa, ia semakin bertambah..

Mula-mula tu memang la rasa macam, alamak, kalo dia tak jadi order ni, hilang la sorang kastemer, hilang la RM10 aku..
Tapi kemudian, semuanya ok..

Betul la cakap sorang tu (yang saya pernah baca kat intenet. Tak ingat dah sape tulis artikel tu)
"Kalo kita jual barang harga RM2, kita compete dengan barang lain yg harganya RM2;
Tapi kalo kita jual RM10, kita akan compete dengan yang berharga RM10."

Bezanya kat sini, saya berkesempatan menjaga kualiti..
Dan salah satu kualitinya ialah, tak expose custom made tersebut kat orang lain supaya takde orang buat design yang sama macam dia (lagipun dia lukis sendiri), dan kita berkemampuan melayan permintaan pelanggan kerana ia berbaloi dengan bayaran yang diterima.

Macam lega sangat... ^__^

Apa yang saya nak bagitau kat sini ialah, saya discover perkara ni selepas melalui proses yang panjang dan memeritkan. Terpulang pada anda untuk memilih sama ada nak melalui prosess ang telah saya lalui ni, ataupun nak skipped the process dan terus ke result yang saya dah dapat.

Jom..

Kita mulai minggu ni dengan senyuman lebar seorang crafter..
Ganbatte neh~

Wassalam...

06/03/2015

Re-schedule Myself!


Salam..

Semalam tengah baca-baca buku bisnes, tetiba dapat satu tips iaitu Jangan berada di fasa self-employee lebih dari 4 tahun..

Ni dah tahun ke-5; macam mana ni?
Huwaaaaaa..

RAsa macam terduduk kejap baca ni..
Patot la saya rasa macam overwhelm je..
Bukan sebab jemu dengan bisnes ni, tapi sebab setiap hari kerja tak habis-habis.
Terutama sekali kerja remeh-remeh yang saya malas nak buat.

Memang betul tu..
Kalo semua kerja kita sorang buat, akhirnya kita kepenatan kerana dek kerja remeh temeh tu.
Kerja penting pulak belom buat2 lagi sebab perlukan fokus dan kreativiti.
Tengah buat kerja penting, tetibe teringat kerja remeh (tapi penting la juga) belom buat lagi.

Aiyooo..

Hari ni saya belom buat apa-apa lagi..
Saya cuma duduk je kat sini sambil fikir camana nak re-schedule balik hidup saya ni.

Ada sorang sahabat saya tu lagi hebat.
Dia ada 4 tanggungjawab iaitu kerja. bisnes, belajar dan famili.
Dan dia dapat buat dengan baik.
Setiap kali balik kerja dia akan menghadapi jem teruk sampai bole makan nasik ayam dalam kereta; tapi masih boleh membahagikan masa dengan baik.
Hebat betul!

Okay, berbalik semula kepada diri saya..

Sebenarnya saya dah banyak kali re-schedule hidup saya, namun masalah utama bukan jadual waktu tetapi saya yang tak ikot jadual waktu yang saya sendiri tulis..
Teruk kan..
Hemo.. hemo.. hemo..

Harini saya kumpulkan semua jadual yang saya buat tu dan restucture semula..
Semoga schedule ni membantu saya menjalani hidup dengan lebih cemerlang.

Jadual ni saya bahagiakan kepada 4 bahagian iaitu:
1. Yearly Planner
2. Monthly Planner
3. Weekly Planner
4. Daily Planner


Yearly Planner

Yearly planner ni saya buat dalam bentuk gantt chart instead of bentuk list. Senang nak tengok dan senang nak ikot.. Tak bole nak tunjukkan chart saya kat sini, sebab saya ni ramai stalker. Mana taknya, setiap hari ada 800 org yang visit blog ni, tapi berapa orang je yang tinggalkan komen. Nampak sangat I ni ada ramai secret admirer. Hew hew (okay, perasan la tu..)

Biasanya GAntt Chart ni digunakan oleh student terutama sekali utk buat research. Mungkin sebab dah terbiasa guna, maka saya teruskan guna. HUhu.. Ni saya tunjukkan contoh Gantt Chart:

sumber : http://www.advsofteng.com/gallery_gantt.html
Selain tu saya juga buat yearly target. Setiap tahun targetnya ialah nak dapat extra 1k sebulan berbanding tahun lepas. Oleh itu saya terpaksa siapkan akaun untuk tau berapa target untuk seterusnya. Setakat ni belom pernah lagi sampai ke 1k. kikiki..


Monthly Planner

Yang ni senang.. Sebabnya saya beli je monthly planner kat kedai buku dan letak atas meja tempat saya buat kerja setiap hari

Sumber dari saya sendiri, bukan ehsan google
Dalam ni saya tulis:
- order yang nak dipos
- kerja2 yang perlu disiapkan pada hari tersebut dan hari esoknya. 

Lepas dah settle, pangkah je. Dengan cara ni memang takkan lupa la..
Memandangkan kotak ni kecik je, jadi pandai2 la squeeze tulisan tu.
Jangan pegi buat karangan pulak dalam tu. Point2 je dah cukup

Sejak pakai monthly planner ni Januari lepas, kerja dah lebih tersusun. 
Dan lebih banyak task saya berjaya siapkan.
NI adalah idea dari Cik Abang. Maybe dia pening nampak meja saya bersepah2.
Cik Abang memang seorang yg organized, berbeza dengan saya..
Hepi sangat.. ^^


Weekly Planner

Baru je create tadi selepas sedar yang saya dah jarang-jarang update blog..
Bila nak update je, terus tak tau nak tulis apa. Pastu tunda tengahari la, tunda petang la, tunda malam la.. Last2 tak buat.
Salah satu puncanya ialah saya perlu siapkan kerja-kerja lain, maka masa untuk menulis tu agak terabai.
KAlo tulis jugak, jadi tunggang langgang la penulisan gara-gara fikiran merewang ke kerja yang belom selesai tu.

Weekly planner saya saya khaskan untuk topik di blog.
Seminggu ada 7 hari, makan bahagikan kepada 7 topik. Setiap isnin buat topik A, setiap selasa buat topik B dan begitu la seterusnya. Tajuk dan pengisian of course berbeza, tapi topik masih kekal yang sama. Dengan cara ni fikiran dapat fokus pada satu niche pada satu2 masa dan memudahkan pilih tajuk. Mungkin la kan..

Belom pernah buat lagi. In shaa Allah Isnin ni baru start.


Daily Planner

Apa yang perlu dibuat dari pagi sampai malam.
Contohnya:

Pagi
- update blog
- jahit : siapkan tempahan

Tengahri
- check order
- update di social network
- packing barang untuk pos

Petang
- pos
- leasure

Malam
- jahit : siapkan tempahan
- packing / siapkan stok

Dengan Daily Planner ni sepanjang haritu takde la kelam kabut sangat. Terlupa buat itu, terlupa buat ini. Saya selalu terlupa nak update dan terlupa tulis blog. 
Boleh tulis dengan lebih detail lagi seperti pukul berapa nak buat kerja tu, dan pecahkan perkara tu kepada beberapa tugasan yang spesifik.
Pengalaman saya la, lagi detail saya tulis, lagi malas saya nak ikot.
Kalo tak detail, takde la rasa terkongkong sangat dan bole buat dengan baik..

Kesemua planner ni bole tulis atas kertas atau print out dan tampalkan kat meja kerja.
Ataupun bole juga tulis kat whiteboard, nanti senang nak padam in case nak ubah apa2 yang sesuai dengan life style..

Phew...

Ini baru pasal jadual..
Haaa.. Mukadimah tu tadi cakap pasal jangan jadi self-employee lebih dari 4 tahun...
Adakah jadual ni membantu saya keluar dari fasa self employee..?
Tidak..
Sama sekali tidak..
Muahahhaahha..

Jadual ni hanya dapat susun kerja saya je..
Apapun, saya masih seorang self-employee..
Untuk keluar dari fasa ni, saya perlu hire staff untuk buat sebahagian kerja.
Bab ni masih belom dapat figure-out..

Sebabnya saya work-at-home.. Saya tak bole invite orang yang tak dikenali ke rumah.
Apa lagi saya duduk kat tingkat 14. Senang2 je orang yang tak dikenali bole campak saya dari balkoni rumah gara-gara nak merompak. Mungkin imaginasi saya agak extreme..
Tapi malang memang tak berbau kan..

NAnti bila dah jumpa cara, saya akan share..
Terima kasih kerana sudi baca entry yang panjang lebar ni..

Wassalam..