29/01/2015

Simple Workout di Rumah

Salam...

Sape gemuk macam saya angkat tangan....
Sape nak kurus tapi tak kurus2 jugak macam saya angkat tangan..

Kenapa ek macam tu?
Dan bila dalam kepala nak diet time tu la perut asyik lapar je..
MAcam saya kan, salah satu sebab saya susah nak turunkan berat badan ialah sebab saya sangat suka makan..
Naseb baek jugak saya tak minat masak..
Kalo minat, confirm lagi gemok sebab macam2 jenis masakan nak dicubanya..

Rasanya adalah lebih baik makan je macam biasa, cuma tambahkan senaman dalam aktiviti harian kita..
Saya tak suka joging sebab boring..
Rasanya excercise yang paling best ialah joget hindustan..
Hohoho..
Dan baru2 ni saya start joget lagu Lady Gaga...
Joget lambak je la, bukan ada orang tengok pun..

Tadi ushar2 juga workout yang sesuai diamalkan kat rumah..
Kalo pegi gym lagi baik sebab ada trainer kat sana bole ajar kita macam2..
Tapi memandangkan saya kedekut, maka buat workout kat rumah je..

Ni workout yang selalu saya amalkan pagi-pagi (bila rajin)
Ni khas untuk senaman nak bagi kaki cantik..
Memandangkan keje say ani bnayak duduk, tak menggunakan kaki.

Nampak macam simple kan..
Tapi penat sangat kau..


Ni pula workout yang lebih variasi...
Yg ni saya jarang buat...
Saya tak suka crunch..

Ni pulak baru jumpa tadi..

Ada senaman yang pelik2 tu..
Bole la cuba

Apapun, joget hindustan tetap yang paling best..
Penat pun penat..
Jangan pulak pilih lagu Tujhe Dekha..
Bila nak berpeluhnya..

Pilih lagu Mere Mehbub Mere Sanam baru syok..
PAstu saya suka menari lagu It is time to disco. 
Yg ada shah rukh khan (ofkos la), saif ali dan preity zinta
Lagu tu pun syok, tarian dia pun simple2..
Lagu2 shah rukh khan je yg sama minat..
Filem2 baru ni sayatak layan dah..
layan Running Man pulak,,
Hohoho..

Okay la.. Merapu dah ni..
Nak tambah barnag dalam website baru asma-felt-box.com tu..
Curi2 masa je,,
Banyak keje ni utk projek bulan April

Wassalam...





27/01/2015

asma-felt-box.com

Salam...

Saya dapat beberapa pertanyaan dari korang yang order barang kat website asma-felt-box.com. Bila dah ready nak bayar, buka website tu tiba-tiba tubik ni...


Relax-relax..
Sorry ya. Saya memang berniat nak bagitau korang harini..

url asma-felt-box.com tu saya dah pindahkan kelmarin.
Website asalnya korang bole klik kat asmafeltbox.lot.my
url tu saya cuma topengkan je supaya senang ingat bila nak taip nama website ni..

Kenapa saya pindahkan url tu?
Saya pindahkan sebab saya nak belajar buat website..
Huhuhuhu..
Sebelom ni saya beli website yang sedia ada ni..
Dan kene bayar la tiap-tiap bulan (sampai sekarang)
Tapi yang tak bestnya function dia limited dan takde mobile version..
NAk upgrade function pun dia tak buat..

Oleh itu saya pun cari la orang lain yang bole buat shopping cart yang ada lebih banyak function yang seksi untuk saya; namun harganya bole tahan la mahal..
Sampai la saya jumpa beberapa orang dan akhirnya pilih satu.
MAka tercipta la website asmafeltbox.com

Namun saya dah tersalah pilih orang.
Dah la keje lembab, lepas siap shopping cart ni dia lepas tangan terus..
Terkial-kial saya nak set-up kos pos, matawang, adjust macam2 la..
Macam orang gila je terkulat2 depan lappy ni..

Dan baru-baru ni ada barang baru masuk kan?
Mesti korang pelik, kenapa tak update barang baru tersebut kat website?
Ni saya bagitau..
Saya dah cuba masukkan barang baru, tapi tak berjaya..
Pastu dapat email yang menyatakan kuota saya dah full.


Eh?
Saya cuma masukkan lebih kurang 80 item je, takkan dah full?
Gambar pun semua kecik2 je saya adjust saiznya sebab nak jimat ruang..
Saya nak check pun tak bole sebab saya takde akses..
Oleh sebab itu saya pun remove lebih kurang 70 gambar untuk bagi ruang kepada barang baru..

Lepas remove gambar, tetiba ada gambar yang saya tak remove pun ter-removed sekali..
Kalo korang tengok kat asmafeltbox.com ; pasti korang nampak ada beberapa item yang takde gambar..
Bila saya cuba add gambar tu sekali lagi, tak berjaya,,
Dia loading bapak lama sampai sejam..
Gila..
Gambar 200kb je kot..

Saya tunggu la 2 3 hari kot2 ada prob dgn server, tapi sampai sekarang pun tak dapat upload gambar..
Sanmpai ramai kastemer yang whatsapp minta gambar item2 tu sebab nakkkan kepastian sebelom proceed order..
Nampak sangat tak profesional kan seller asmafeltbox ni..

Sebab bengang + sakit hati + geram + menyampah giler, maka saya amik keputusan nak belajar create website sendiri from scratch.
Ini bukan keputusan yang saya buat dalam satu hari..
Dua minggu jugak saya study pasal ni takot2 buat keputusan yang salah (lagi)
Akhirnya saya buat jugak website tu..
Yes!


Susah jugak..
Memandangkan saya takde knowledge langsung pasal benda ni..
Dah ler term dia semua macam tak faham satu habuk pun..
Tapi takpe, kayuh pelan2..
saya tak suka makan suap..
Saya  bukan jenis orang yang akan pm je sapa yang saya tak kenal minta dia suapkan semua ilmu dia kat saya..
Sampai soalan bodo2 pun nak tanya..
Malu nak buat macam tu..
NAmpak macam low class je akal saya ni...

Kita nak berguru, nak bertanya, nak mendapat ilmu pun kene ada adab.
Tapi dalam alam maya ni adab tu dah tinggal 10% je lagi..

Bila dah betul2 tak jumpa, betul2 tak tau baru tanya..
Selagi bole cari, saya cari..
Yang bestnya tentang proses pencarian ni ialah, dalam cari benda lain, tetibe jumpa benda lain..
Dan bila jumpa benda yang dicari tu, akhirnya dapat 3 4 ilmu baru yang berkaitan..
Best kan?

Oleh itu, korang bole order kat asmafeltbox.com macam biasa..
Yang takde gambar tu korang bole check kat asmafeltbox.lot.my
NAk order kat mana2 pun bole, takde masalah..
saya tetap akan pos setiap hari..
Cuma kat website terbaru tu memang ada kelebihan la..

Setiap item yang korang beli, akan dapat reward point. Bole kumpul banyak2 dan sampai satu masa nanti bole tebus.

Kalo beli lebih RM100 akan dapat free post

Pastu kalo korang bank in lebih, contohnya harga RM47 korang bankin RM50, bakinya saya masukkan dalam akaun korang kat website tu, nanti next order bole terus guna..
Function ni penting bagi saya sebab saya selalu kekurangan cash kat rumah ni..
KAdang2 selongkar beg nak cari lagi seringgit..
KAdang2 terlupa nak masukkan sebab kebetulan hari sibuk
Dengan cara ni takde la tersilap lagi..

Kelebihan yang saya sebutkan di atas tu hanya dikhaskan untuk kastemer yang membeli belah di asmafeltbox.com sahaja tau.
Ini adalah hadiah saya untuk korang yang sudi layan diri dan tak perlu tunggu saya reply satu2..
Maklum la, saya ni ada waktu sibuk menjahit order..
Kalo 24 jam online, order pun tak sempat siap deadline.
Kalo pulun menjahit, tak bole check order..

JAdi saya rasa berbaloi saya bagi pos percuma dan reward point kepada korang yang memahami dan beri saya masa yang terpaksa saya curi2 dalam tempoh 24 jam sehari tu. 

Sayang korang..
Muah!

23/01/2015

Polyester Felt 1 meter

Salam...

Eh? 
Apa ni? Cuba teka..

Huhuhu..

Ni la felt gulung yang baru je sampai semalam..
Sayang nak buka sebab masih baru..
Sakit jiwa juga berurusan dengan orang yang handle shipping ni..
Lepas dapat duit, lepas tangan terus..
Tanya apa2 pun taknak jawab dah..

Yg lori tu pun beria2 cakap takleh anta petang, kene pagi jugak..
Pastu taknak bawak sampai atas, padahal ada je lift bole guna..
Tunggu dari pagi sampai petang tak muncul2.
bila kol, cakap esok pulak..
Esoknya tghari dia kol cakap setengah jam lagi sampai.
Sejam tunggu tak muncul2 pun..
Pastu cakap pukul 7 petang pulak.
Tunggu punya tunggu sampai 10 malam tak muncul2..
Kol2 tak dapat..
Bila email tukang handle ni minta dia contact lori tu,  senyap terus sampai sekarang..
Sebab dah dapat duit kan, buat apa nak layan lagi..
Akhirnya dapat kol delay lagi pagi esok..
Tengahari esok baru dia sampai, tu pun beria2 taknak bawak naik..
Pemalas sungguh..
Pakcik guard yang tolong Cik Abang bawak felt semua ni..
Ringan je pun, tak berpeluh pun Pak Cik Guard tu..

Lepas ni kene cari logistik lain la..
Buat apa bagi duit yang penat lelah kita dapatkan untuk manusia2 yang menyakitkan hati..
Janji2 tak sampai2 pun..
Kalo rasa tak sampai, jangan la janji dulu..
Cik Abang dah banyak kali minta keluar ofis sebab tunggu lori tu.
Orang pun banyak keje lain nak huat jugak..
Hampas nyor betol!

Okay habes dah sesi meluahkan perasaan..

Harga polyester felt ni ialah RM14 semeter.

Semua warna available..

Ikot je warna ni ya..

Jangan la tetibe nak shocking pink, marine green, red rose, yellow mustard yang takde dalam carta ni..
Pening saya nak memilih..
Saya namakan warna2 ni supaya mudah ingat yang mana satu..


Felt 1 meter ni saya masih belom masukkan dalam website asmafeltbox.com lagi.
Sebabnya dah tak bole masuk..
Katanya kuota dah penuh..
Aiyo.. BAru 80 item takkan dah penuh kot...?
Pelik ni..

Saya dah buang pun dalam 70 gambar macam tu, tapi takleh masuk jugak..
Dugaan betul..
Biasanya kalo perkara buruk nak jadi kat saya, ia akan jadi bertimpa2..
Ada lagi  2 3 perkara buruk yang berlaku sejak akhir2 ni tapi malas la nak citer..
Karang ter transform jadi Langit Pertama, susah pulak saya nak retransform semula..

Orait, kalo nak order bole email asema84@gmail.com atau whatsapp 0139325870
Nanti saya cari jalan betulkan balik website tu..

Mekasih korang..

Wassalam...



22/01/2015

Apa yang Kedai Online Saya Jual?

Salam...

Eh, harini dah khamis dah?
Camana bole Khamis? Macam tak buat apa2 pun?
Huhuhu..

Sebenarnya saya takde idea nak tulis apa kat blog ni..
Hebat tak? tepuk tangan.. *clap clap clap*

Ada beberapa barang yang baru masuk, tapi fokus saya dah beralih arah ke benda lain.
Apakah benda itu?
Syyyhhh...
Tak mau bagitau lagi.. Nak bagi saspen..

In shaa Allah nak dekat2 nanti saya bagitau...
Bukan apa, takot sampai masa nanti ditakdirkan tak jadi, takde la malu sangat muka I.
Ngehehe..

Ada orang whatsapp saya tanya "awak jual apa ek?"
Soalan tu memang pelik..

Dari mana dia dapat no tepon saya?
Dari mana dia tau saya ni menjual, tapi bole pulak tak tau saya jual apa?
Pelik sungguh..

Kalo jumpa nombor saya, mesti ada sekali dgn gambar produk yang saya jual kan..
Dan mesti ada sekali dgn link blog atau online shop saya
Memang pelik betul..

Untuk pengetahuan semua asmafeltbox.com ialah sebuah kedai online yang menjual bahan-bahan craft seperti kain felt (ada 2 jenis iaitu polyester (keras) dan acrylic (lembut)); keychain ring ada ada beberapa jenis dan saiz, hp straps, brooch ada jenis bulat dan panjang yang biasa tu dan ada juga yang high quality brooch; butang-butang comel pelbagai bentuk, ada yang jenis shank, leper dan jenis kayu. Pastu ada jugak jual tampalan seperti bunga, rama-rama, ladybug ada 2 saiz yang kayu, ladybug felt pun ada jugak. Ribbon pun ada tau dan terbaru ribbon ada kain cotton, memang vintage wa cakap lu. Ada lagi beads pelbagai corak, dan yang berbentuk mutiara, eyelet, safety eyes dan wiggle eyes, eyelet, magnet, velcro dan gam uhu. Untuk korang yang nak buat ribbon sendiri atau nak transfer gambar dan lukisan ke atas kain, bole dapatkan jugak transfer paper kat sini. Owh, lupa pulak nak mention hairclips. Yang baru masuk ni ada cekak rambut tau. Nanti saya upload.. Dan jangan bimbang, saya ada jual plastik bungkus untuk masukkan handmade craft korang. Ada macam-macam saiz. In shaa Allah memang muat untuk produk craft sebab saya pun gunakan plastik yang sama.

Itu satu bab la.. Bab yang kedua dan yang paling utama ialah asmafeltbox menerima tempahan menjahit craft berasaskan felt; iaitu felt keychain, fridge magnet, purse, brooch comel, sarung phone, sarung tab, sarung apa-apa je yang perlukan sarung, felt hair clips, bantal dan macam-macam lagi.. Biasanya semua ni custom made. Cuma menjahit produk handmade ni memerlukan masa untuk disiapkan. Saya akan bagitau bila bole siap, dan kalo bersetuju, selepas buat pembayaran baru la masuk queue. Tapi kalo saya janji 30hb bole siap, tetibe korang bankin pada 29hb, memang la tak bole siap. Korang senyap je tak bankin saya ingat tak jadi nak beli. Malas la tanya nanti serba salah pulak nak jawab. Jadi tarikh bole siap tu ialah tarikh bole siap sekiranya korang bayar harini atau esok. Orait...

Lepas ni siapa tanya, saya akan bagi skema jawapan di atas je..

Harini takde gambar.. Tengah charge kamera..
Esok ya bagi gambar..

Tak sabar ni nak tunggu felt banyak nak sampai..

Wassalam..

12/01/2015

New Craft Material : Cotton Ribbon yang Comel!

Salam..

Ada pengumuman sikit..
asmafeltbox akan bercuti dari pos barang mulai esok (13/1/2015) sehingga lusa (14/1/2015), dan mula pos barang semula pada hari Khamis (15/1/2015). Apapun, korang masih bole drop order untuk craft supplies dan order tersebut akan dipos hari Khamis..


Harini saya masih pos barang, jadi sapa yang dah bayar tu, don't worry. Jap lagi saya pos..
Sebabnya malam ni saya ada hal sikit nak balik kampung 2 hari..

Orait..
Barang baru lagi.. Yippi!
Apa barangnya..?
jom tengok.. ^^

RIBEN KAIN KAPAS bersaiz 16mm.


Bukan satin atau grossgrain.
Tapi yang masuk kali ni ialah reben kain kapas..
Seronok sangat!
Dah lama cari..

KAlo korang nak semua corak dalam 1 pek, bole dapatkan pek ni:


Sweet Cotton Ribbons Pack 
1 pek mengandungi 4 corak seperti di atas 
Saiz ribbon 16mm
1 meter untuk 1 corak
Harga RM6.90/pek

Comel kan?
Ribon ni saya akan buat hiasan pada bantal, pencil case, dan purse.
Dan maybe nak buat hair clips dan brooch..
Hohoho..
Tak sabarnya! 
XD

Tapi kalo nak pilih satu jenis je bole jugak..
Ada 4 design untuk dipilih..

MEOW COTTON RIBBON

GARDEN COTTON RIBBON

BALLET COTTON RIBBON

LAUNDRY COTTON RIBBON

Harganya RM1.80/meter
Kalo amik 1 roll RM15.00
1 roll ada dalam 9.2 meter macam tu sebab packaging ikot ukuran ela..

Orait, nak order bole isi borang kat http://asma-felt-box.blogspot.com/p/borang.html
atau order direct kat asmafeltbox.com 
Takpun whatsapp saya kat 0139325870

Wokep!
Kita jumpa lagi hari Khamis kot..
Sebab 2 hari kat kampung ni maybe saya jarang online dan tak update blog..

Wassalam...



11/01/2015

Plastik Self Seal

Salam..

Selamat Hari Ahad..
Adik2 kat Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor dan start sekolah hari ni kan...
Adik bongsu saya pun dah masuk tingkatan satu tau..
Harini 1st day sekolah. Mungkin utk sesi pendaftaran dan sebagainya..
Teringat 1st time pakai kain baju kurung warna biru muda..
Rasa macam remaja sangat.. Muahahahahaaa.
Tapi sekarang, rasa macam nak remaja semula.. Woohohooo

Semalam dan harini nak rehat2 je..
Malam tadi kabinet dapur, sofa dan kerusi kerja ni dah sampai..
Woo.. pukul 10 malam baru sampai..
Rasa pelik jugak, kenapa pukul 10 malam pun masih deliver barang..
Rajin sungguh dorang keje..

Lepas ni tengok tv bole la duduk atas sofa, bole start memasak sikit2dan yang paling best kat bilik kerja saya ni, kami dpt kerusi yang baru..
Kerusi ni alasnya kusyen dan ada roda, bole pusing2 dan gerak ke sana sini tanpa heret kerusi..
Syoknya!!

Okay la, walaupun harini nak rehat2 tapi nak sambung semula update barang baru..
Barang baru harini ialah self adhesive plastic..
Ada 2 saiz..

Plastik Berpelekat 7x26cm
Ruang dalamnya 7x21cm

Plastik ni muat untuk korang masukkan handmade bookmark yang diperbuat dari kayu aiskrim dan besi tu..
Saya jarang buat bookmark tu.
Beli ni pun sebab haritu ada orang request plastik panjang, alang beli untuk dia saya amik stok banyak terus..

Harga : RM6.00/100pcs

Plastik self adhesive 4x10cm
Ruang dalamnya 4x6cm

Amaran ya..
Plastik ni kecik giler..
Saya beli ni untuk packing brads dan kerongsang butang dan felt yang kecik2 sangat tu..
So, kalo korang ada jual baby brooch ke handmade brooch yang kecik sangat, plastik ni memang sesuai..

Harga: RM3.00/100pcs

Petang nanti kot saya update kat website asmafelbox.com
Esok saya pi poslaju dalam pukul 2 macam tu tau..
Jadi, bole buat pembayaran sebelom pukul 12 tghari untuk saya pos esok..
Kalo bayar pukul 2 terpaksa pos selasa la..
Esok ada hal sikit petang..

Orait..
Jumpa esok ek..
bye2..

Wassalam...

09/01/2015

Updating : On9 Charity Shoppe

Salam...

NAk update tentang Online Charity Shop lagi..

Kini kami dah ada header baru:
Cantik kan.. Ni Sis Ayuni yang design.

Dalam beberapa hari ni, Admin On9 Charity Shopped bekerja keras mendapatkan maklumat berkenaan dengan NGO yang akan kami salurkan sumbangan..

Serious cakap, kalo saya la kan.. 
Saya pilih satu NGO yang namanya tidak asing lagi dan saya check website dia, gambar2 aktiviti (terutama sekali yang lastest), check no akaun dia under nama manusia, atau NGO, kemudian saya bagi je derma tu. Saya percaya dia takkan tipu punya..
Innocent kan.. :P

Sebaliknya Sis Ayuni lebih detail dan berhati2..
Beliau senaraikan NGO kat Malaysia ni dan check latar belakang setiap NGO dan shortlisted mana2 yang bersesuaian. 
Pastu beliau contact person in charge NGO tersebut untuk tanyakan tentang resit rasmi untuk pelepasan cukai..
Sebelom ini ada satu pertubuhan yang dah dipilih, namun gara2 adminnya jawab acuh tak acuh berkenaan resit dan pelepasan cukai dan suruh kol orang lain pulak untuk maklumat, maka beliau amik keputusan untuk pilih pertubuhan lain.

Sebelom tu, Sis Ayuni google dulu berkenaan dengan penipuan bantuan derma dan sharekan kat blog beliau Cara Mengenalpasti Pertubuhan dan Badan Kebajikan yang Sah Sebelum Menderma. 
dan kongsikan satu artikel berkenaan penipuan bantuan derma banjir ni

Tengok, bukan perkara mudah nak pegang amanah orang..
Kena pastikan betul2 yang wang tu akan disalurkan ke pihak yang sepatutnya..
Bukan dah dapat terus lepas tangan..
Kagum dengan usaha keras Sis Ayuni.

Dan kepada sesiapa yang berkata, "Kenapa derma kat Pahang? Derma la kat Kelantan, dorang kan kena teruk. Pahang bukan apa2 pun." 
Kat sini saya nak share gambar peribadi rumah mertua adik saya kat Temerloh. Gambar ni ada kat tab, dan malas nak transfer2. Demi korang saya luangkan masa juga transfer gambar ni..

MAsa baru2 air naik.

Air yang naik separuh pagar.
Untuk pengetahuan semua, rumah ni rumah papan bertiang tinggi..
Maksudnya, ada tangga la kat depan rumah mereka...

Air dah naik ke separuh pagar., dah masuk dalam rumah pun..
Time ni dorang naik bot dan tumpang kat rumah jiran kat kat atas bukit.

Selepas tu kami hampir lost contact dgn dorang sebab dah phone dorang dah abes bateri dan adik saya sekali sekala charge phone kat kereta untuk kecemasan.

Kemudian mereka pergi melawat rumah, dan ini la yang mereka lihat..
Nampak bumbung je..
Masa tengok rumah ni, sebak hati saya..
Kalo la ini rumah saya, dan mengenangkan pelbagai barang dalam rumah tu yang bakal rosak..
Tapi itu la ujian yang Allah bagi..

Rumah jiran kat atas bukit tu pun dah menjadi pulau time ni..
Mereka cuba contact penyelamat dan selepas beberapa hari akhirnya penyelamat tiba dan pindahkan mereka ke sekolah..

Adik ipar saya baru buat pembedahan, dan lukanya dah terbuka..
Dorang contact penyelamat sekali lagi dan tentera datang bawak dorang naik helikopter ke hospital
Posing dalam heli..
Abang soldier yang kepenatan menyelamatkan manusia yang terperangkap, masih sempat senyum dalam gambar. 
Walaupun penat tapi puas dapat berkhidmat untuk masyarakat..

Ini pulak sedikit perbualan ibu saya dan adik2nya kat whatsapp.
Ibu dan ayah hantar adik saya dah isterinya ke Temerloh selepas banjir dan dapat melihat keadaaan selepas banjir yang boleh tahan la teruknya.
Sila abaikan ayat2 lain tu ya.. 
Haha..
Saya kurang aktif kat group ni sebab gaya bahasanya yang saya tak berapa nak paham..
Kikiki..

Apapun, buat permulaan ni sahaja jualan amal banjir ni akan disedekahkan kepada mangsa banjir di Pahang.
Selepas ni kami akan meneruskan lagi jualan ni dan hasilnya akan didermakan kepada NGO lain yang bersesuaian pada waktu itu..
Maka resit rasmi adalah sangat penting supaya semua ahli (online seller) yang terlibat dalam jualan amal ni tahu ke mana dan bila wang terkumpul tersebut disalurkan.

Saya berharap ada yang sudi sama2 memeriahkan charity shop kami ini.

Nak join menjual di On9 Charity Shoppe?


Jom menjual sambil menderma. 
Jom membeli sambil menderma..

Wassalam..

07/01/2015

Online Charity Shop : Membeli sambil Menderma

Salam...

Akhirnya..
On9 Charity Shoppe dah lauch malam tadi..
Mekasih kepada admin Kedai Gadis Comel yang berusaha menyiapkan blog tu walaupun sibuk dengan urusan kerja.

Klik gambar untuk melawat jualan amal kami ni.
Blog ini merupakan inisiatif oleh Asmafeltbox dan Kedai Gadis Comel untuk memberi usahawan belia saluran di mana mereka boleh memperkenalkan produk perniagaan masing-masing dan mengasah kemahiran berniaga sambil menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan pilihan mereka melalui jualan amal atas talian.

Buat masa ini On9 Charity Shoppe menumpukan jualan amal untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang membina semula kehidupan mereka di tahun baru ini. Wang yang terkumpul daripada hasil jualan amal akan disalurkan melalui badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir di Pahang. Sebahagian daripada hasil jualan amal di On9 Charity Shoppe akan disumbang kepada kebajikan mangsa banjir. 

Bagi mereka yang ingin menderma melalui hasil jualan amal di On9 Charity Shoppe, sila daftar nama, butiran diri dan maklumat barang niaga anda dengan Admin terlebih dahulu.

Kami harap blog berkonsepkan jualan amal secara atas talian yang pertama kali diadakan di alam maya ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan digunakan sebaik-baiknya demi masa depan semua.

Berikut ialah produk yang baru saja kami upload semalam..







Klik pada gambar untuk maklumat lanjut mengenai produk
Kami mengalu-alukan usahawan belia yang ingin menyertai On9 Charity Shoppe untuk membantu mangsa banjir di Pahang melalui jualan amal secara online. Syaratnya ialah sebahagian daripada hasil jualan hendaklah disumbangkan kepada mangsa banjir.

Anda boleh menjual apa sahaja jenis barang seperti barang-barang kraf, tudung, pakaian, produk kesihatan, peralatan memancing, barang-barang pre-loved, cupcake dan sebagainya. Harga terpulang kepada diri masing-masing, janji sumbangan diberikan kepada mangsa banjir sebagai amal jariah.

Jika anda ingin turut serta membantu dalam jualan amal kami, sila daftar nama, butiran diri dan maklumat barang niaga anda dengan Admin seperti di bawah:


Wassalam

06/01/2015

JUALAN AMAL

Salam..

Asmafeltbox dan Ayuni Rafilah akan mengadakan jualan amal. 20-30% dari hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang.

*ada yang tanya : "Pahang je ke?"*

Wang yang terkumpul itu kami akan berikan kepada NGO yang membantu mangsa banjir di Pahang. Pahang pun ada kawasan yang tenggelam sampai nampak bumbung je, dan mangsa dipindahkan dengan helikopter. Malah, kawasan yang tak pernah banjir pun tetiba banjir dan mangsa tak bersedia dan tak sempat nak pindahkan barang-barang ke tempat selamat. Negeri yang menjadi tumpuan media ialah Kelantan, namun negeri2 lain yang kurang mendapat liputan turut sama terjejas . Oleh itu kami decide nak dermakan khas untuk mangsa banjir di Pahang

Kepada crafter yang ada ready made dan nak join jualan amal ni, bole email saya gambar2 produk yang nak dijual tersebut berserta harga dan kos pos serta link (fb atau blog). Yang jual brg lain pun bole join. Tudung ke, produk kesihatan ke, peralatan memancing ke, printing ke, atau brg2 pre-loved atau apa2 pun bole.

Yang penting bersetuju utk menyumbang 20-30% kpd mangsa banjir dan sama2 promote jualan ni supaya makin byk terjual, makin byk kita dpt sumbangkan.

Kami nak buat cepat sebab minggu depan nak buka sekolah dah. Sape nak join email saya kat asema84@gmail.com

Wassalam..

05/01/2015

The New Felt Craft Kits!!!

Salam...

Seperti tajuk di atas, Felt Craft Kit yang ada kat asmafeltbox ni dah repacked yang baru..
Puncanya ialah, saya baru perasan yang starter pack tu dah lebih 4 tahun sedangkan banyak penambahan bahan-bahan kraf yang baru di asmafeltbox.
Oleh itu pada hari Sabtu yang lepas, saya buat senarai baru untuk untuk setiap starter pack dan inilah hasilnya..

NEW STARTER PACK EXCITED

Pek ini mengandungi:
10pcs felt saiz 23x25cm (warna seperti dalam gambar)
5pcs keychain
5pcs split ring
5pcs HP straps (mixed kaler)
5pcs brooch panjang
5pcs brooch pendek
Pek benang
5pcs brads (mixed kaler)
38pcs Butang (mixed design dan kaler)
10pcs hiasan tampalan (mixed design dan kaler)
30pcs Eyes (mixed size)
4pcs Hair clips (mixed design and size)
3pcs Ribbons (50cm each. mixed design)
1 pack fiber
Tali halus
2pcs Bell
1 Template Book
1 Modul Jahitan Ebook (diberi melalui email)
1 Ebook jepun (diberi melalui email)

HARGA : RM29.00
(nilai sebenar barang dalam pek ni: RM33.43)

Excited pek ni khas untuk korang yang baru nak start berkecimpung dalam bidang craft dan nak buat macam-macam items.
Dalam ni semua warna basic ada, dan bahan-bahan craft pun ada pelbagai jenis.

Jangan bimbang, bukan pek yang ni je repacked, budget pack pun kita repacked sekali..


**************************


NEW STARTER PACK BAJET
Setiap pek mengandungi:
4pcs felt saiz 23x25pcs (warna seperti dalam gambar)
4pcs Keychain
4pcs HP straps (mixed kaler)
4pcs Brooch
10pcs buttons (mixed design and size)
2pcs brads
4pcs eyes
1pc ribbons 50cm (assorted design)
Tali halus
1 pek fiber

HARGA : RM10.00
(nilai sebenar: RM10.75)

Bajet pack ni khas untuk korang yang nak try buat felt craft, tapi tak pasti sesuai ke tak sesuai dengan jiwa korang. Nak beli byk, takot tak pakai pulak nanti. 
Maka korang bole try bajet pack ni dulu.
Kalo dah abes pek ni baru beli starter pack excited pulak, tak pun beli je item2 tertentu yang sesuai dgn produk yang korang nak hasilkan..

************************

Dan ada 1 lagi pek yang baru..
Sape yang dah lama follow asmafeltbox pasti kenal dia ni
hohohoho...

Starter Pack Version 2
Pek ini mengandungi:
Mini Felt PAck (bole pilih nk poly atau acry felt)
5pcs keychain
5pcs HP straps
10pcs Brooch
51pcs Butang (mixed design and colour)
19pcs tampalan hiasan
10pcs eyes (mixed sizes)
Pek benang
1 Pek Fiber
Tali halus

HARGA : RM29.00
(Nilai sebenar : RM33.69)

Pek ni dah lama saya nak keluarkan semula tapi asyik tak teringat.
Berbanding Excited Pack, Version 2 ni ada lebih kepelbagaian warna tapi dalam saiz yang lebih kecil, lebih byk butang dan hair accessories.
Ia khas untuk korang yang nak buat item kecik2 seperti brooch dan hair clips
JAdi bole la nak mixed macam-macam warna.. 

Amacam?
Excited tak?
Orait, kejap lagi saya update dekat asmafeltbox.com ya..

Dan harini macam biasa saya pos barang dalam pukul 4.30.
Tempahan handmade pun saya dah start buka..
Kepada yang nak tempah byk2 sbg doorgift tu, sila tempah beberapa bulan lebih awal.
Jangan tempah 1000pcs, tapi nak dalam masa seminggu..
Tak sempat nak siapkan..

Wokep, jumpa lagi..
Wassalam..




02/01/2015

Cara Membelai Kucing

Salam...

Cuba teka apa yang berlaku ke atas diri saya semalam?
Biar saya jawab je la..
I got flu.. T___T

Selesema teruk sampai mengalir air mata macam air terjun..
Air hidung jangan cakap la..
Tong sampah penuh dgn tisu saya je...

Geram betul la...
Sejak setahun (atau 2 tahun?) kebelakangan ni saya asyik tak sehat je..
Seingat saya baru je lagi beli ubat selsema kat farmasi..
Baru jugak lagi telan panadol sebab demam..
Baru jugak lagi beli ubat batuk sebab batuk tak berhenti dekat 3 minggu..

Sangat tak menggembirakan..
Sebelom ni saya jarang sakit..
Pendek kata setahun sekali je ternampak panadol..
Antibodi kuat kan..
Takkan lepas kawen antibodi jadi lemah..?
Saya pun duk pikir jugak ke saya ada alergik apa-apa sampai asyik2 nak sakit je... :(

Adik saya suggest makan habbastussauda setiap hari utk maintain kesihatan..
Lepas baca sikit2 tentang habbastussauda cepat2 saya pegi kedai jamu beli 2 paket...
Yg dalam kapsul je ada, yang biji2 dan minyak punya dia tak jual..
Saya pun beli je la..

Dah rasa hilang punca dah dengan kepala yang ting tong ni...
NAk buat keje apa2 pun tak bole...
Kalo bole saya nak elakkan pengambilan panadol..
Saya pernah terbaca yang panadol tu pain killer sebenarnya..
Jadi makan ubat tu cuma akan hilangkan rasa sakit, bukan hilangkan penyakit..
JAdi selagi dapat elak panadol, selagi tu la saya elak..

Semalam New Year kami cuba buat bodo je dalam rumah ni..
Ingatkan bole la jalan2, tapi Cik Abang nak rehat kat rumah je..
Nasib baek malam tadi dia bawak saya jalan2 kat mall dan Giant..
Puncanya nak cari habastussauda tu la..
RAsa hepi sikit dapat keluar dari rumah...
WooHooo!

Nampak macam takde kaitan dengan tajuk kan...
Ada2..

Saya nak update barang baru, tapi tadi ternampak sesuatu yang menarik kat Facebook Makhluk Kesayangan Nabi 
Jadi saya nak share kat sini untuk simpanan di hari tua..

NI cara2 yang betul membelai kucing..






HAha..
Kelakar kan kucing ni..
Saya takde la minat kucing..
Adik2 saya semua minat kucing kecuali yang no 2 dan saya kurang minat kucing..

Tapi bila tengok adik2 berguling gelak dan bermain dengan kucing ni, rasa seronok jugak..
NAk2 bila anak2 kucing 2 3 ekor main sesama sendiri..
Hilang masalah kejap..

Kalo korang nak membelai tu, bole la ikot teknik2 ni ya..
Bagus penulis ni sudi share pengalaman beliau..

Wassalam...