Video Tutorial : Cara Membuat Pixel Craft dan Tambahkan Pendapatan Sampingan Anda

Salam..

Selamat hari Isnin..

Sebagai menjawab persoalan korang, bagaimana cara nak buat pixel craft ni, saya dah buatkan satu video tutorial pendek yang super duper simple untuk korang..

Dalam video ni ada step dari awal sampai akhir nak menghasilkan pixel craft..
Sangat mudah..
Tak perlukan apa-apa skill pun..
Asalkan ada idea, dah bole buat..

Jom tengok kat sini:


NI adalah projek yang paling simple dan cepat yg dapat saya fikirkan..
Korang ubah je kaler-kaler dia pastu ubah jadi keychain ke, brooch ke, magnet ke..
Pastu jual kat kawan-kawan sekolah atau secara online..

Kalo kene dengan target marketnya memang ada sambutan...
Silap-silap ada yang nak order secara pukal sebagai small gift untuk kenduri, majlis hari jadi, majlis perpisahan, hari persahabata (ada ke hari tu), annual dinner, hari guru, hari ibu, hari bapa, hari perkahwinan, hari apa lagi ek.. Hari baby pun ada dah sekarang.. Baby shower kot nama dia..

Macam-macam hari lagi la..
Nak lagi terer, korang adjust sekali dengan pakej packaging dan wrapping.
Contohnya masukkan dalam plastik, letak label "Happy Birthday", "Thank You", "Asma Birthday Party 2015", "Family Day 2015", atau apa-apa wish yg berkaitan..
Bole juga buat sajak ke, pantun ke, quotes ke untuk menambahkan keunikan gift tu nanti..
Pastu ikat dengan ribbons, atau ketip satu bow kecik kat hujungnya..

Ikot kreativiti korang..
Lagi unik, lagi baru, lagi bagus tau..
Biasa la kita nak buat majlis, mesti ada benda yg lain dari yg lain baru syok kan..
Tuan punya majlis tu banyak hal nak diuruskan, oleh itu kita offer utk handle part doorgift utk memudahkan urusan dia..
Kalo dia puas hati, pasti akan repeat order dan rekemen kat kawan-kawan.
Kan best macam tu..

Ada pixel craft yang korang dah buat?
Share kat ruangan komen ni ya..

Bagi yang belom ada pixel beads tu, bole dapatkan kat sini 


Selamat berjaya!



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama