Pixel Beads Colour Update!

Salam..

Pixel Beads oh Pixel Beads!
Akhirnya sampai pun pixel hitam yang sudah lama kutunggu..
Banyak design tak leh buat gara2 takde pixel hitam ni tau..

Kali ni warna pixel dah bertambah..
Dari 15 kaler menjadi 24 kaler!
Yippi!!!

Apakah warna-warnanya?
Jom tonton video pendek ni..


Video ni memang pendek kementot..
seminit setengah je..
Seminit setengah pun nak buat video jgk?
kui kui kui..

Yang malas nak tengok video, korang tengok je gambar kat bawah ni ya..

24 warna pixel beads yang mengiurkan..
Termasuk warna yang salah salah beli tu..
Orang minta oren, dia pergi bagi warna apa ntah tu..
Kene gi cari lagi stok oren dan baby pink (kalau ada la.. susah la nak jumpa baby pink ni)

Selain tu ada penambahan bentuk template tau..
Bentuk apa?
tengok kat bawah..


Template bentuk "LOVE"
Yay!
Saya suka bentuk "love"
Pasni bole la buat loket, subang, brooch, hair clips bentuk love.. 
^____^

Nak order, klik je gambar tau..
Okay, nak sambung berpixel..

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama