My Pixel Creations

Salam..

Sejak ada pixel beads dalam tangan ni, asal free je, mesti nak berpixel..
Time tak free pun nak berpixel, tapi ku tahan Jebat..
Terapi minda ler katakan..

Pixel ni first time tengok masa mula-mula main ngn felt craft..
Ramai yg buat pixel ni, tapi time tu tak rasa nak buat sebab excited giler dgn felt craft..

Sekarang bila jumpa balik, rasa nak try pulak..
Bila dah try sekali.. Muahahaha.. Jatuh cinta hokay...

Haritu gi jalan2 dan ternampak botol kecik dorang buat clearance..
Suka punya pasal, minta izin Cik Abang belikan..
Approved; terus beli sekotak (20 biji)
Cik Abang terkejut dan tanya "buat apa banyak2.."

A'ah kan..
Nak buat apa banyak2 ni?
PAstu menyesal sangat..

Aiii, bila dah nampak benda cantek, mula la takleh nak pikir dgn waras.
X<

Selang beberapa hari, baru teringat pixel beads yg beli haritu..


Simpan beads dalam ni la.. 
Nampak comel.. ^___^
Tapi tak cukup pulak...
Next time beli lg 4 botol..

Jom tengok beberapa pixel beads creation yang saya buat time awal2  dulu..


Ada gaya cam pixel logo instagram tak? 
Huhuhu
Macam tak je,,, :P

Home sweet home pixel

Butterfly pixel ni saya guna template bentuk love..
Comey tak?

Kcak! Kcak!
Pixel Kamera

Pixel butterfly..
Yg ni guna template segiempat,,

Yg ni semua saya iron kat sebelah je..
Nampaknya tak begitu kukuh..
Iron dua2 belah baru ok..
Cuma susah sikit nak adjust bg cair sekata semua pixel tu..
Biasanya kat hujung cair banyak berbanding kat tengah..

Mungkin belom pandai lagi kot...

Tak banyak pixel craft saya buat time mula2 dulu..
Salah satu puncanya ialah kerana takde kaler hitam..
Ada, tapi tak elok..

NI pixel kamera yang saya buat sebelom ni..
Tengok, semua melekat cantek, kecuali kakler hitam tu..
Stress sangat..


Heart itam ni pun sama..
Nampak cam melekat padahal tak pun..
Angkat je terus dia gugur bagaikan daun kering berguguran..


Tapi kini tidak lagi..
Pixel beads hitam yang jauh lebih berkualiti dah sampai.
Yippi!!!

Haaa.. Ni baru okay...

Banyak dah hasil berpixel guna beads hitam ni..
nanti saya tunjukkan ya..

Nak order pixel, direct ke asma-felt-box.com
Cam biasa beli lebih RM100 dapat pos percuma ke seluruh Malaysia..
Pastu cam biasa la kumpul2 mata dan tebus pada bila2 masa dalam next order..

Jom berpixel!

Wassalam...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama