Update Kebun Mini

Salam..

Selamat berhujung minggu..
Dan selamat bekerja juga.. :>

Ingat tak kebun mini yang saya usahakan sejak bulan June haritu?
Bole tengok entry nya kat sini : http://asma-felt-box.blogspot.com/2015/06/tanam-sendiri-sayur.html

Nak tengok tak hasilnya pada hari ini..?
Hehehe...

Kita ikot kronologi kejadian ya..

Selepas saya menyemai benih (dalam entry link di atas), biji benih pun bercambah dan menghijau..


Tengok..
Kejadian ni berlaku pada 27 Jun yang lepas...
Excited sangat masa ni... ^^


~5 July~
Semua benih dan bercambah dan berdaun 3 ke 4 helai.
Waktu ni rasa2 nak pindahkan..
Tapi takot pulak..
Takot dia terkejut lalu mati..

Namun adik ipar saya suruh pindahkan cepat2..
Nanti dia tak dapat membesar kerana berkongsi zat dalam tanah yg terhad..
Baik bos.

Kene gi cari pasu ni..


~12 July~

Bertangguh2 nak beli pasu. 
Bila nampak daun dah besar sangat Cik Abang nasihatkan supaya pindahkan mereka cepat..
Beratnya hati.,
Berhati-hati sangat masa nak pindahkan anak sulung ni..
Takot tau..
First time buat..

Pindahkan satu je baru..
Takot punya pasal..


~15 July~
Tengok yang anak sulung tu ok je berdikari; maka adik2 yang lain mengikut jejak mereka; pindah ke rumah masing2.
Alamak tak cukup pasu pulak..
Kene gi beli lagi ni..

Pelapik pasu pun takde..
Guna je la apa yg ada, MacGyver kan..
Ngehehe..


~19 July~

Yay! Semua dah berdikari dengan jayanya!
Pelapik pun dah beli beberapa keping..
Mahal gak pelapik tu..
Rm1.90 sekeping, ada tu RM3.99 sekeping..
Macam tak berbaloi je..
Pelapik je pun...

Nampak tak ada shower baru untuk baby2 mama ni..
Manja ni, nak shower2 je..


~hari ini~

Ni yg lastest punya...
Besar dah kan.,.
Cuma ada satu tu terbantut ntah kenapa..
Tak tau nak tambah baja ke tak..
Daun dorang takde la hijau mana sangat..


Ni pulak lengkuas, nampak beza kan dengan yg mula2 dulu..
Dah keluar tanduh dah pun..
Camana ya.. nak kene tambah tanah ke..
RAsa macam salah je cara tanam ni..
Bukan ke lengkuas memang duduk dalam tanah?

Pokok serai..
Bukan main tinggi lagi dia punya daun..
Ni pun macma kene tambah tanah je ni..

Yang sebelah tu pulak daun pandan..
Raya haritu saya masak nasik minyak taruk 2 helai pandan, pastu banyak pulak lebih..
Tanam je la kot2 menjadi..
Kalo dibiarkan pun kering juga kan..


My humble kebun mini..
Taruk kerusi bagi sedap duduk, kalo tak asyik mengcangkung je..
Yg hijau tu rumput palasu..
RM12.90 2 keping, macam mahal je kan, kecik pulak tu..
Nak penuhkan satu balkoni hajatnya...
Nanti gi survey kat tempat lain kot2 murah sikit..

Seronok tak pengembaraan kebun mini saya ni?
Hahaha...
Seronok tau belajar benda baru ni..
Rasa macam ada sebab utk bangun esok..

Nak tanam apa pulak pasni ek?

Wassalam...






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama