Merdeka No Sew Simple Project Video

Salam..


Selamat Hari Merdeka.
HAri ni last day utk korang menyertai "Video Contest" saya yang tiada sambutan tu..
Hemo hemo hemo...

Apa la korang ni..
Buat contest simple pun tak nak join..
Ada lebih 400 subscribers.. Mana ntah dorang pegi..

Takpe la orang tak sudi nak buat camana...
Yang sudi tu terima kasih banyak2 sudi sedapkan hati saya..
Love u.. muah muah..

Bulan Ogos ni rupa-rupanya saya baru tulis 11 blog entry..
Aik, rasa cam banyak je menulis..
Pelik Bin Ajaib sungguh..
Adakah masa berlari begitu pantas?
Atau saya banyak buang masa?

Sempena hari merdeka ni, saya projek simple dimple dan rekodkannya sekadar suka2..
Bukan video saya nyanyi lagu merdeka tau..
Tingginya imaginasi korang tu..
Ngahaha..XD

Nak tau, kene la tengok... ^^


Video ni sangat mencabar nak disiapkan gara2 saya try tukar format video ke vhd (kot namanya)..
Last2 tak bole edit apa2..
Satu2nya cara nak edit ialah upload raw video ke youtube, combine dan sunting direct kat youtube secara online..
Video ni asalnya 30 minit berkapasiti 2GB..
Baca elok2 ya, DUA GIGABITE..
Nama pun vhd kan..
Amik masa 4 jam untuk upload keseluruhannya ke youtube..
Dah siap upload tu, time nak sunting tenet pulak slow..
Hemo hemo hemo..
Apa ke malang sungguh nasib kau di Hari Merdeka ni, Asma.. T___T

Amik masa berejam pulak menyuntingnya (termasuk loading tak abes2.)
Akhirnya saya mampatkannya kepada 3 minit..
Hasilnya tidak begitu memuaskan..
Ada part yang saya nak tambah gambar dan panjangkan masa, tapi pengesotan internet tidak mengizinkan daku berbuat demikian..
Tengok, dah petang baru dapat upload..

Takpe la..
Lesson learned..
Tua nanti saya akan tunjuk video ni kat cucu saya sambil menceritakan kisah kita berkali2 menuntut kemerdekaan dengan cara lemah lembut gemalai namun langsung tidak dipedulikan oleh pemerintah..

Sapa belom join contest tu, sila la join ya..
Jangan segan2..

Selamat Hari Merdeka..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama