Craft Supply yang Saya Perlukan - part 1

Salam...

Terima kasih atas bantuan korang mengisi "1 Bahan Kraf yang Anda Nak tapi Takde kat Asma-Felt-Box".

In shaa Allah say akan usahakan menambah barang2 tersebut..
Mekasih tau...

Berikut adalah beberapa item yang dah ada; tapi korang tak perasan kot..
Ataupun nak yang jenis lain; tak ditulis secara spesifik:

Alat jahitan ada saya masukkan bulan june dan baru minggu lepas ada beberapa jenis lagi saya masukkan seperti gunting, jarum, benang, kapur, pita ukur dan sebagainya..
Kalo ada lagi item lain yang kurang, sila inform ya..
Mekasih atas request :>

Benang setakat ni ada 12 warna yang paling kerap saya gunakan..
Saya ada check dan didapati ada lebih 1000 warna benang; tak tau nak amik warna apa..
In shaa Allah akan ditambah warna tu dari semasa ke semasa.
Benang cross-stitch pula baru je sampai..
Nanti saya update ya..

Zip ada beberapa warna dan saiz. Ada juga zip meter dan kepala zipnya sekali..

Fiber saya ada jual, harganya RM3/100g; RM26 sekilo.
Poslaju RM34; pos parcel RM7.50
Saya tak masukkan dalam website kerana kos posnya berbeza.
Nanti saya cuba masukkan dalam website ya.. 
Saya godek2 dulu setting website tu.. :>

Keychain dah lama ada. Ada jenis berantai, ada jenis bulat je. Dan ada beberapa saiz..
Atau mungkin sis nak keychain jenis lain?

Orait..
Mekasih sudi bagi feedback

Ada lagi beberapa request yang itemnya memang takde kat asma-felt-box ni..
Saya akan usahakan cari barang tersebut, in shaa Allah..
Dah ada nanti baru update.
Nak bagi suspen sikit..
Ngehehe...

Ada apa2 lagi barang yang korang nak?
Jangan segan-segan tulis kat kotak ni ya..
Kotak tu berada di sebelah kanan..
Scroll sikit ke bawah..

Saya nak touch up lagi ni blog ni..
Tapi rasa malas pulak..
Esok la touch up..

Harini nak sambung projek Aulia yang dah berkurun lama tu..
Kesian Aulia, dari baby start projek, ni dah bole merangkak dah, tak siap2 lagi..
Maaf Maklong sayang..
Doakan maklong menyiapkannya dengan cepat ya..

Muah muah..

K la, tak nak kaco korang cuti-cuti ni..
Kita rilex2 je harini okay..

Wassalam..









Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama