28/07/2015

Tutorial : Cara Guna Plastik Snap Button Pliers

Salam..

Orait, harini guna masa sikit nak tunjuk camana cara nak pasang butang plastik katup tu (snap button) dengan menggunakan pliers yang super duper sexy ni..

Kalau korang beli SNAP BUTTONS PLIERS ni, korang akan dapat satu set macam gambar kat bawah ni..
Set playar ni bole guna utk 3 jenis saiz butang T3, T5, T8

Merujuk pada gambar di atas, bulat hitam kecik tu ialah base dia yang boleh ditukar kepada saiz yang sesuai dengan butang..
Tempat nak tukar tu tengok kat anak panah..
NAk tukar cuma guna screwdriver yang kuning tu, buka screw pastu tukar je cam biasa.
Very simple..

SNAP BUTTONS saya ni saiz T5, jadi tak perlu tukar base dia dah..

Pastu yang panjang dan hujung macam putih tu, guna utk bagi impak kat butang tu nanti; bertujuan utk fasten (locked) terus butang tu permanently..
Hujung putih tu boleh tukar ke saiz kecik, kalo korang nak guna butang saiz T3
Yg ni pun sama jugak, guna screwdriver, tapi guna screwdriver sendiri la, sebab mata philip..

Okay jom kita mulakan, pasang 1 set

Mula-mula amik 2 biji butang yang bentukkan macam paku tekan tu..
Dan sebiji female dan sebiji male
(Seperti dalam gambar)

Cucuk 1 biji yang rupa macam paku tekan di lokasi yang dikehendaki..

Kalo dari depan, rupanya macam ni.. Comel je..
Kita panggil permukaan bulat bagi memudahkan faham.

Pastu amik salah satu female atau male..
Saya amik male dulu ya..
Masukkan kat tajam tu..
Pastikan tak terbalik tau..

Pastu letakkan butang yang dah ditemukan tu kat playar ni..
Pastikan permukaan smooth tu kat bawah (base hitam)
Dan male tu kat atas (untuk diberi impak)

Plier ni tak perlu letak atas meja macam dalam gambar ni..
Pegang je kat tangan, senang sikit..
Saya letak atas meja sebab nak amik gambar..
Huhuhu..

Pastu kita kacip dia..

Lepas kacip, paku yang tajam tadi tu dan jadi tumpul.
Padan muka.. :D

Dah siap dah pengantin lelaki..
Sekarang kina nak prepare pengantin perempuan pulak..

Stepnya sama jugak macam tadi..
Kalo tak percaya jom tengok gambar seterusnya...

Butang yang macam paku tu dicucuk di lokasi yang bertentangan

Masukkan female kat paku tajam tu..

Letak permukaan smooth kat base dan female kat impak
Kacipkan..

Haaa.. tumpul pun..

Kedua-dua pengantin telah bersedia untuk disandingkan...

Renjis renjis dipilis..
Ditepungi la tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram dek air mawar..

Cewah..

Senang kan..

Cuma satu je kena hati-hati..
Jangan bagi male kawin dengan male atau female dengan female..
Tak bahagia mereka nanti.. :<

Snap button ni senang kerja
Kalo terer, tak sampai seminit pun dah siap..
Kalo tak terer 2 minit pun dah cukup lama..

Butang katup plastik ni sesuai diletakkan kat purse, beg, book cover, pakaian baby, diaper baby, diaper wanita dewasa (handmade washable pad) dan apa saja ikot kreativiti korang..

Kat mana ada jual snap button plastic pliers ni?
Ada kat sini:


Wassalam





2 comments:

  1. Terima kasih...
    Mudah faham & sgt membantu sy.

    ReplyDelete