Apakah Craft Supply yang Anda Perlukan?

Salam..

Saya ada tambah simple form ni beberapa hari yang lepas...


Korang ada beberapa bahan kraf yang korang cari tapi tak jumpa kat asma-felt-box?
Kalau ada, tulis nama benda tu kat dalam form ni..
Bukan form kat atas ni tau, tu gambar je, memang tak bole tulis..
Kikiki..

Form ni terletak di sebelah kanan atas blog ni..
Cer tengok..
Nampak kan..

Tulis je, pastu submit ya..
Sila jangan spam dengan tulis yang bukan-bukan; seperti 
"Aku cinta kau", "hello, hello ada orang tak?", "ni asma-felt-box ke?" dan sebagainya..
Obviously la, nama blog asma-felt-box, takkan Mazidul Akmal pulak..
-___-"

Saya tak letak captcha untuk memudahkan submission
Tapi kalo ada jugak yang main2 dengan tulis yang bukan2, terpaksa la saya masukkan captcha nanti..

Nak tulis barang yg apa tu tak kesah la..
Asalkan korang nak..
Contohnya, nak "butang bentuk kanggaroo", "kain felt corak polkadot", "plastik saiz 20x20cm", dan sebagainya..
Kalo rasa takde kene mengena dengan asma-felt-box pun bole taruk jugak.
Contohnya, "sabun susu unta homemade", "rempah ayam madu", "boot Phua Chu Kang" dan sebagainya..

Takpe..
Dalam borang tu takde nama, jangan risau ya.
Mana yang permintaan tinggi dan available, saya akan tambahkan dalam shop..

Sila sila..
Tulis apa nak tulis..

^__^

Wassalam..




Previous
Next Post »