New : Alat jahitan : Roda Surih dan Kertas Karbon

Salam..

Ya, anda berada di asma-felt-box
Mesti pelik kan; kenapa saya jual kertas karbon dan roda surih?
Bukan ke ni alat jahitan untuk tailor?
Bukan alat kraf..

Well...
Saya dah mula menjahit..
Walaupun masih bertatih dan banyak silap sana sini..
Dan disebabkan ada kebiasaan memborong, saya pun pergi borong alat-alat jahitan ni..
Padahal nak pakai satu je pun...

Alahai...

Alang-alang dan beli, jual je la balik..

KERTAS KARBON


Kertas karbon atau tracing paper ni kita gunakan untuk trace bentuk ikot template..
Cara gunanya sama macam carbon untuk tulis kat bil.
Dalam paket ni ada 5 warna; jadi bole pilih ikot kesesuaian warna kain..
Warnanya washable.

Sebagai crafter, korang boleh guna tracing paper ni untuk tekap corak kat felt..
Contohnya nak potong bentuk cupcake;
jadi lukis bentuk tu atas kertas dan dengan menggunakan kertas karbon ni, trace semula bentuk tu (macam dalam gambar tu buat)
PAstu potong felt yang dah dilukis tu dengan senang hati..
Jadi tak perlu potong template banyak2 kali..

Senang kan..

Tailor gunakan kertas karbon niuntuk  tandakan di sebelah bawah kain yang dah kita potong ikot pola pakaian; supaya time jahit nanti kita jahit ikot garisan..

Tailor yang dah otai maybe tak perlukan kertas karbon ni..
Tapi untuk saya, perlu sangat-sangat..
Biasanya untuk pakaian kita trace dengan roda surih..


RODA SURIH


Roda surih ni kita guna untuk ikot garisan tu nanti..
Cuma roll je..

Korang dah belajar kat subjek Kemahiran Hidup : Ekonomi Rumah Tangga kan..
Maka tak perlu la saya explain lagi..

Barang-barang ni dah saya masukkan kat website asma-felt-box.com
Cari kat tab "ALAT JAHITAN"


Orait..
Jumpa esok dengan produk baru yang lain..

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama