(Almost) Complete Polyester Felt Set 30 Warna!

Salam..

Sape yang dah baca facebook tu dah dah paham la apa yang nak saya khabarkan harini..

Siap pun kemas bilik felt. Yay!
Hampir complete felt keras 30 colours


Kenapa hampir?
Sepatutnya dah complete dah; 
tapi satu colour supplier tak masukkan..
Dia pegi masukkan kaler ntah hapa2..
Kaler buruk..

Kalo kat dalam gambar kat atas ni, kaler tu terletak kat paling atas, paling kiri...
Saya tak tau la warna apa tu..

Dan tau tak apa solution dia bagi kat saya?
Beli semula 1 warna dan warna buruk yang saya dapat ni simpan je..
Jahat kan..

Mungkin ni salah satu cara nak get rid of unwanted colour dalam gudang dia tu..
Sebelom ni dia bagi saya 2 hitam, padahal saya order 1 hitam dan 1 chili.
Disebabkan berpegang kepada Dr Fadzilah Kamsan kata "bersangka baik" sokmo, maka saya maaf kan je la..

Sebelom2 ni pun selalu je terkurang 1 warna la, salah warna la..
Pastu dah komplen tak reti pun nak mintak maaf..

Bila orang buat salah kat kita kan (salah besar pulak. Beratus RM kot nilai salah tu), bukan nak minta maaf ke, nak ganti ke; kita nak maki pun tak sampai hati.
Walaupun nak sangat maki carut marut semua...
Tapi mulut ni tak terucap, jari pun tak tertekan keyboard ni..

RAsa macam terjatuh darjat bila buat macam tu.
Hahaha..

Tu la, bila baik sangat dengan orang; asyik2 maafkan orang, buat tak tau je kalo orang buat silap;
Last2 orang pijak kepala kita..
Kalo dulu, orang baik dihormati..
Kini orang baik, dianggap "bodoh" dan jadi sasaran untuk diambil kesempatan..

Okay, cukup luahan perasaan; nanti panjang sangat jadi buku novel pulak.
Hemo hemo hemo..

Jom kita tengok kaler2 yang ada...


Pendek kata semua kaler ada..


Cuma satu colour je iaitu GREEN LEAF dah abes..
Warna tu la yang supplier muka tebal tu tak masukkan..

Yang pangkah tu dah abes..
Yang lain semua banyak lagi.

Tapi yang lovely pink tu sebenarnya takde pun..
Tak tau la kenapa dia meletakkan dirinya di situ.. :P


Nak beli order je kat kedai kecik saya ni

Wassalam...


2 Ulasan

  1. Banyaknye stok felt Asma. Udah macam paper-and-string dah ni. :)

    BalasPadam
  2. berapa harga 1 meter kain felt ni?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama