Templat Website yang Baru berserta Chat on the Spot

Salam..

Okay nak citer pasal template yang sepatutnya saya ceritakan dalam entry sebelom ni kan.

Disebabkan template ni macam kusam je, maka saya luangkan masa sikit cari template percuma dan applied dalam online shop saya tu..

Kalo bole nak yang berbayar la, cantek sikit. Tpai harganya pun 20-50usd.. Mampos saya..
Jadi, cukup la amik yang free je buat masa ni...

Proses menukar template pun bukan semudah 1 2 3 klik pastu terus tukar..
Tak..
Kene install macam2 dalam byk folder pastu setting situ sini last2 baru jadi..
Kalo orang dah biasa tu maybe kacang la..
Macam saya ni memang tak kacang, gajus je..

Malangnya bila dah tukar, aiyooooo...
Ada beberapa setting yang tak kena..
Banyak modules tak keluar dan berlobang sana sini..
Pastu bila view kat smartphone, categories pulak takde. Camana orang nak cari barang..
Terpaksa la cari template free yang lain..

Sebenarnya template ni dah ok, cuma kaler je tu nak ubah2 bagi nampak ceria..
Malangnya dalam setting takde function untuk ubah kaler..
Tak best kan..,
Woooooo

NAk pink! Nak pink!

Kemudian jumpa satu template yang istimewa la jugak..
Template dia sama dengan default tapi dia dah ubah kaler..
Ada 10 template yang sama tapi kaler je dia ubah..
Apapun, tetap tak bole suka suka hati ubah, kene ikot warna yang ditetapkan tu..
Erm.. sedih..

Takpe la..
Guna je dulu buat masa ni... Bagi nampak ceria sikit..

Maka, ini la warna template yang saya pilih...

Kaler orange dan biru muda...

Ni pulak rupa dia kalo korang view kat smartphone..
Tak caya cuba amik smart phone dan klik sini : asma-felt-box.com

Kalo tengok kat gambar tu, bahagian bawah tu ada "Chat" dan "send mail" kan
Saya baru jugak install chat tu..
Supaya sambil korang view website ni pastu tetibe ada soalan nak tanya, tak perlu buka whatsapp, atau buka email atau buka fb..
Terus je klik situ nak tanya soalan..

"send email" dan "offline" tu bermaksud saya tak online..
Kalo online, dia akan muncul perkataan "online"
Apapun, korang boleh terus taip sebarang inquire kat situ dan dia direct akan masuk ke email saya..
Bila online nanti saya akan reply..

Saya dalam perancangan nak amik assistant..
Cuma tak pasti nak minta dia assist saya bahagian mana..

LAgipun kene pastikan cashflow maintain dapat bayar gaji sorang pekerja.

Semoga dipermudahkan semuanya..
Doakan saya ya..,

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama