Craft Supply : Hair Barrette

Salam..


Sebelom nak reveal bahan kraf yang baru masuk kedai harini, saya nak luahkan perasaan sket bole tak? 
Bole la.. Bole la..

Ada 2 minggu je lagi tapi keje bertimbun2. Konon nak pulun buat keje hari Sabtu, tapi pegi ajak Cik Abang jalan2 kat mall sampai petang. Pastu balik rumah tengok Running Man. Pastu malam belajar buat loom band yg beli kat mall tadi. Pastu 12 tghmalam tido..

Ini la hasilnya

Saya tak dapat follow instruction dengan baik.
Last2 Cik Abang yang berjaya buat dulu..
Tak aci! Tak aci!

Dia tu nampak relax je..
Padahal semua benda pandai..
*geram*

Katanya instruction tu tak lengkap, dia ikot logik je..
Aii, nampaknya akal saya ni kurang logik la..
Dalam kajian yang orang putih buat, otak lelaki lebih memahami bentuk, ruang dan arah berbanding otak perempuan..
Memang betul la tu..
Huhuhu..


Hari Ahad kene cover balik keje yang sepatutnya buat Sabtu.
Pulun giler la jugak.
Semalam cuma packing barang untuk dihantar ke kampung.
BAnyak lagi tak siap ni...

Apa keje yg banyak sangat tu?

Banyak...

1. Akaun - last update bulan nov tahun lepas. T__T

2. Felt saiz A4 - rak dah kontang - Cik Abang dah topup semalam. (tenkiu sayang..)

3. Felt saiz suku meter - lagi la kontang

4. Craft supply yg dah packing per pek - banyak rongak - pun Cik Abang buat semalam

5. Craft supply yg kene pos ke kampung - baru siap keychain dan brooch dan brads T__T

6. Ready made craft - satu pun belom buat

7. Cop nama pada beg - utk kedai yg bakal buka nanti

Itu la perkara yg perlu disiapkan sebelom balik kampung lagi 2 minggu. Sempat ke ni? Mintak2 la sempat.

Amin...

*************

Okay, segmen barang baru pulak..

Craft supplies harini ialah masuk dalam kategori Hair Accessories
Apakah itu?
Cekidaut!

HAIR BARRETTE
Ada 2 saiz yang masuk iaitu 8cm seperti gambar di atas

saiz 6 cm 

Obviously ia digunakan untuk ikat rambut
Barrette ni kosong je khas untuk crafter nak create pelbagai hiasan kat atasnya.
Buat masa ni saya masih belom create apa-apa lagi dengan barrete.
Dah buat nanti saya tunjukkan..

Jom order kat asma-felt-box.com

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama