10 Questions for Me

Salam...

Baru-baru ni Sis Ayuni Rafilah dapat Liebster Award.
Saya pun tak tau apa tu...
YAng pasti Sis Ayuni dah sediakan 10 soalan utk blogger yang beliau sendiri calonkan..
Dan saya tak sersenarai okay..

Tapi macam biasa la, dengan tak tau malunya saya mencalonkan diri sendiri.
Sebab saya takde idea nak tulis apa..

Jom tengok soalan2 tersebut berserta skema jawapan yang telah saya sediakan..

1. Nyatakan sebuah lagu yang menjadi tema diri anda sekarang.

Happy: Pharrell Williams : Saya happy dan nak terus happy. ^___^


2. Jika anda terkandas di sebuah pulau yang sepi, siapakah yang anda ingin terkandas sekali bersama anda?

Macguyver - well you know why

3. Subjek apakah yang paling anda benci di sekolah dan mengapa?

Sejarah - sebab cikgu sendiri tak tau apa yang dia sendiri cakap pastu borak2 pasal benda lain pulak. Saya cuma faham sejarah selepas saya baca buku sejarah, bukan sebab cikgu mengajar kat depan.

4. Makanan apakah yang anda tidak pernah makan dan ingin makan?

Purple Toast - haritu sis Ayuni ada tunjukkan gambarnya, buat saya teringin nak rasa. Pastu ternampak kafe tu time jalan2 haritu tapi lupa lak kat mana. Minggu ni nak pi la.. ^__^

5. Pilih: Air, Tanah, Api, Besi, Pokok atau Angin?

Alamak susahnya - Pokok kot. Kalo suruh pilih pokok apa, nak pokok kurma. Sebab Mariam survive kat padang pasir gara2 pokok kurma. Pasti ia sangat bagus.

6. Mimpi terbaru yang anda alami?

Haha.. Malu nak cakap. Saya mimpi Jep Sepahtu dan berbaik semula dengan Mamat Sepah. Siap berpelukan lagi. Pelik betul mimpi tu, padahal takde pun teringat kat dorang atau tonton rancangan dorang beberapa hari (atau beberapa minggu) sebelom tu.

7. Zaman di mana anda ingin hidup dan kelebihan pada zaman tersebut.

Mungkin zaman 1920-an kat Eropah atau negara orang putih. Kerana saya suka pakaian dorang dan teringin nak pakai.. 

8. Tempat paling misteri bagi anda.

Easter Island - macam mana dorang bina kepala patung yang rupanya seakan2 sama tu. Guna tool apa dan angkat guna apa. Pastu pulau tu takde orang pulak. Takde history, hanya misteri je..

9. Apakah yang anda akan lakukan sekiranya anda terperangkap di dalam lif yang gelap gelita?

Saya akan duduk diam je sambil try contact security atau Cik Abang. Selepas setengah jam baru buat bising macma orang gila dengan harapan ada orang dengar.

10. Apa yang anda sanggup lakukan untuk menggembirakan buah hati anda?

Saya sanggup tidak bekerja - supaya dapat ikot ke mana sahaja dia pergi / ingin pergi; supaya dapat pulang ke kampung bila2 masa dia cuti tanpa saya perlu minta cuti dari bos atau membatalkan plan balik kampung semata2 saya tak dapat cuti, supaya dia tau di mana saya berada ketika dia keluar bekerja (kat rumah la mana lagi); supaya dia tak perlu risau saya kalau2 saya berkawan dengan org yg suka mengumpat, atau berkawan dgn lelaki yg berkemungkinan mencetuskan kayu tiga (kerana saya ni bole tahan gatal orangnya, tak padan dengan rupa); supaya saya bole menjaga dan mendidik anak kami dengan sepenuhnya.

Itu la skema jawapan saya..
Sepatutnya saya perlu create 10 soalan dan calonkan beberapa orang blogger.
Memandangkan saya memang tak blogwalking dan takde rakan blogger maka tak perlu la berbuat demikian.. 

Apapun saya create jugak 10 soalan ni...
Kot2 la korang takde idea nak tulis apa, bole la buat entry dengan menjawab soalan ni.

1. Buku paling best anda pernah baca.
2. Sekiranya anda memenangi percutian atas kapal cruise selama 3 minggu (pembiayaan ditaja sepenuhnya) siapakan yang ingin anda bawa bersama?
3. Nama haiwan peliharaan anda dan mengapa pilih nama tu.
4. Filem paling seram yang pernah anda tonton; dan part paling tak boleh blah.
5. Sila pilih : kacak/cantik, jujur, kelakar. Satu je tau..
6. Anda menang cabutan bertuah bernilai RM50,000. Apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?
7. Beli online ke, beli kat kedai kat bandar tu?
8. Perangai manusia yang paling anda tak bole tolerate
9. Orang kentut depan anda, atau orang sendawa depan anda. Mana satu lebih anda rela.
10. Ada orang nak melabur untuk bisnes anda. Bisnes apa yang akan anda buat

Sape nak buat, buat je la ya..
Pastu bagi link kat ruangan komen tu.. Saya nak baca..
Kalo takde blog tulis la kat facebook ke, friendster ke, mana2 pun bole..

Okay la.. Nak pcking barang jap..
Harini cam biasa pos pukul 4 ptg..

Wassalam..
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
17 March 2015 at 18:11 delete

yea.. kita dah jawap.. mehla jemput baca di http://qistinazul.blogspot.com/2015/03/10-soalan.html ^_^

Reply
avatar