We are back!

Salam..

Hai, rindu saya tak?
hehe..

Cuti Tahun Baru Cina dah abes, dan saya tak sabar nak kembali bekerja.

Sebahagian email dah direply tadi dan jap lagi nak sambung reply yang lain.
Tghari nanti saya akan packing semua order dan poskannya dalam pukul 4 petang nanti.
Kalo sape2 lagi nak barang dipos harini, bole bayar sebelom pukul 12 tgahri dan inform saya sebelom 12 tghari jugak..
Order handmade akan start buat malam ni..

Terima kasih banyak2 kerana sabar menanti..
Love you.. Muah!

Sepanjang cuti ni kami pasang tikar getah baru kat umah ayah..
Pastu jalan2 cari makan la, ape lgi.. kikiki..

Kemudian pada hari 17hb Feb anak buah no 3 pun lahir.
Baby boy.. Muka pun sama dengan kakaknya..

Ada satu hari tu kami bawak adik bongsu pi kedai buku sebab dia nak cari novel untuk bacaan ringan.
Sambil2 dia cari novel, saya macam biasa la mesti nak pegi ke area buku bisnes.
Tengah belek2 tu muncul seorang pakcik yang smart abes dan rambut putih..
Tak nampak tua saangat tapi rambut dah putih..

Katanya bagus baca buku2 macam ni, banyak ilmu bole dapat..,
Katanya lagi, selepas baca, jangan lupa sampaikan..
Sampaikan?

Ya, sampaikan apa yang kita baca kepada orang lain, supaya dapat dimanfaatkan..
Macammana nak sampaikan apa yang kita baca?
Bila nak start cerita je, takde sapa nak dengar..
Kalo cerita pasal gosip artis ramai la nak dengar..

Katanya lagi, dia sendiri pun selalu beli macam2 buku untuk isterinya.,.
Isterinya seorang suri rumah, maka dengan ilmu melalui pembacaan beliau dapat mendidik anak dengan cara yang lebih baik..
Alhamdulillah, anak2nya dapat 5A dlm UPSR..

Tak lama kemudian, pakcik tu hilang..
Hilang ke area lain la, bukan la ghaib macam mimpi tu..

Banyak sangat buku yang saya baca..
Dan lebih banyak lagi maklumat yang saya baca melalui internet.
Tapi terlalu sedikit yang saya sampaikan..

Kalo nak cerita tentang bisnes, orang sekeliling saya memang tak berminat nak dengar..
Nak cerita tentang komik, masing2 pun dah dewasa untuk bercerita tentang komik.
Nak cerita tentang perkembangan terbaru dunia, semua dah baca melalui facebook dan internet.
Nak cerita tentang apa lagi..?

Ada juga sedikit sebanyak ilmu yang nak dikongsi kat blog ni..
Tapi rasanya ilmu ni cetek sangat..
Kalo citer pun takot tersilap tulis, tersalah faham dan sebagainya..
Terutama sekali bab agama..

Silap2 sebut akan terpesongkan akidah orang..
Tersilap sebut, rupa2nya bukan hadith sahih..
RAmai jugak orang yang marah2 kat fb, katanya jangan share kalo tak tau kesahihah..
Ada juga yang menyampaikan maklumat, kemudian orang lain pulak komen sampai bergaduh2..
Ada yang menyampaikan pendapat peribadi, lalu muncul lagi komen2 yg panas dengan bahasa maki hamun yang melampaui batas lalu mengundang pergaduhan..

Penatnya..
Biar je la dia nak bagi pendapat.
Bagi kita mungkin pendapat dia tak benar, namun itu la pendapat; bukan fakta..
Itu adalah pendapat dari kaca mata dia..
Biarkan la..

Saya pernah tensen sebab orang tak abes2 tanya bila nak kawen (ketika adik perempuan saya melangsungkan perkahwinan) sampai saya tulis dalam facebook "Sape tanya tentang kawen lagi, aku tampor laju2".

Itu adalah amaran..
Tapi agak2 kalo orang tanya, saya betul2 tampor ke?

Kemudian adalah hamba Allah saya last sekali saya jumpa ketika berusia 12 tahun bagi saya kata2 nasihat supaya saya bersabar dab beristighfar banyak2.

Nak gelak pun ada, nak tampor muka dia pun ada..
Nampak sangat dia tak kenal saya kan.
Sape yang kenal saya tau la saya tak tampor orang..
Bahasa saya kat alam maya memang straight forward, tapi realiti saya jarang bercakap pun..
Kalo menyampah sangat saya pergi je dari situ, malas nak layan..

Sebelom muncul asmafeltbox, saya ada satu identity kat alam maya di mana takde sape tau siapa saya di alam realiti..
Time tu memang seronok menyampaikan maklumat dan menyuarakan pendapat.
Memang ramai tak setuju, tapi mereka menghormati pendapat kita.

Saya betul2 rindukan zaman dimana hanya orang pandai je yang tau meggunakan internet.
Orang pandai bahasanya berbeza..
Orang pandai ada adab dan hormat..
Orang pandai ada rasa malu yang tinggi nak memperbodohkan diri di khalayak ramai.
Kalo tak tau mereka akan cari maklumat dulu, tak jumpa baru tanya..

Tapi kini rasa hormat, adab dan malu makin terkikis.

Kadang2 bila saya nak tuliskan buah fikiran saya kat blog atau facebook, selepas siap tulis saya padam dan tak jadi nak post..
Sebanya time raya nanti pasti ada orang muncul dan tanya apa yang saya maksudkan dalam post tersebut..
Wow! Malas nak explain,,
Dah takde feel..
Kenapa tak tulis je kat komen time tu..

Wokep la..
Makin meleret pulak merepeknya,,
Jap lagi saya reply inbox ya..
Dan yg dah bayar tu akan dipos harini..

Jumpa lagi esok..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama