Online Charity Shop : Membeli sambil Menderma

Salam...

Akhirnya..
On9 Charity Shoppe dah lauch malam tadi..
Mekasih kepada admin Kedai Gadis Comel yang berusaha menyiapkan blog tu walaupun sibuk dengan urusan kerja.

Klik gambar untuk melawat jualan amal kami ni.

Blog ini merupakan inisiatif oleh Asmafeltbox dan Kedai Gadis Comel untuk memberi usahawan belia saluran di mana mereka boleh memperkenalkan produk perniagaan masing-masing dan mengasah kemahiran berniaga sambil menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan pilihan mereka melalui jualan amal atas talian.

Buat masa ini On9 Charity Shoppe menumpukan jualan amal untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang membina semula kehidupan mereka di tahun baru ini. Wang yang terkumpul daripada hasil jualan amal akan disalurkan melalui badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir di Pahang. Sebahagian daripada hasil jualan amal di On9 Charity Shoppe akan disumbang kepada kebajikan mangsa banjir. 

Bagi mereka yang ingin menderma melalui hasil jualan amal di On9 Charity Shoppe, sila daftar nama, butiran diri dan maklumat barang niaga anda dengan Admin terlebih dahulu.

Kami harap blog berkonsepkan jualan amal secara atas talian yang pertama kali diadakan di alam maya ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan digunakan sebaik-baiknya demi masa depan semua.

Berikut ialah produk yang baru saja kami upload semalam..







Klik pada gambar untuk maklumat lanjut mengenai produk
Kami mengalu-alukan usahawan belia yang ingin menyertai On9 Charity Shoppe untuk membantu mangsa banjir di Pahang melalui jualan amal secara online. Syaratnya ialah sebahagian daripada hasil jualan hendaklah disumbangkan kepada mangsa banjir.

Anda boleh menjual apa sahaja jenis barang seperti barang-barang kraf, tudung, pakaian, produk kesihatan, peralatan memancing, barang-barang pre-loved, cupcake dan sebagainya. Harga terpulang kepada diri masing-masing, janji sumbangan diberikan kepada mangsa banjir sebagai amal jariah.

Jika anda ingin turut serta membantu dalam jualan amal kami, sila daftar nama, butiran diri dan maklumat barang niaga anda dengan Admin seperti di bawah:


Wassalam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama