30/09/2014

Cabaran 15: Surat kepada Seseorang

Salam...

Whoopsi...
Nampaknya saya dah gagal dengan cabaran 30 hari ni..
Rakan online yang join cabaran ni pun dah tulis Cabaran yang ke-30 hari ini..
Saya baru yang ke-15?

Hm.. takpe la..
Ikot je kemampuan..
Ngehehe..

Cabaran ke-15 berbunyi: Surat kepada Seseorang...

Saya ada sorang kawan di alam maya..
Saya tak pernah jumpa dia tapi saya seronok berkawan dengan dia..
Sebab dia lain dari yang lain..

Kemudian beberapa tahun yang lepas dia meninggal dunia..
Tu pun selepas famili dia ke, adik dia ke yang update status blog ditutup sebab dia meninggal..
Saya pun tak tau punca kematiannya, tak diberitahu..

Macam tak percaya je kan..
Hati saya sedih sangat.. :'(

Oleh itu, saya nak tulis surat pendek ni kat dia..


Hi Awak..
Walaupun perkenalan kita ni kejap sangat kan..
Dan walaupun kita tak pernah bersua muka dan berhubung secara terus..
Tapi saya seronok mengenali awak sebagai sahabat..

Rasanya takde satu apa pun yang pernah awak buat untuk saya..
Dan takde satu pun yang pernah saya buat untuk awak..
Tapi hati saya rasa attached dengan hati awak..
Semoga awak pun macam tu..

Saya doakan awak lapang dan selesa di sana..
Amin...

Jangan bimbang, kawan saya ni perempuan jdi takde la cintan2 ke hape..
Haha...
Saya memang susah nak sayang kat orang, tu yang macam magic je bila hati saya ni sayang kat dia..

Orait..
Esok pulak saya tulis cabaran yang seterusnya..

Wassalam..

Gam UHU

Salam...

Hari ni nak tambah barang baru dalam craft materials..
Barang ni barang biasa-biasa je tau..
Kat kedai runcit pun ada jual..

GAM UHU 7ml
UHU..UHU..
Gam UHU..

Ni gam UHU saiz paling kecik..
Kandungannya 7bulan 7ml atau 7g.

Harga macam harga pasaran..
RM2.00/pc

Harga pasaran Rm2.00 kan..?
Kalo murah sangat bagitau ya, nanti saya naikkan harga..
Hehe.. Gurau je.. :P

Okay la..
Nak order, direct je kat website baru saya ni
Ada orang takot nak order kat situ sebab takot saya tak check..

Jangan bimbang..
Perkara pertama saya check bila online ialah email..
Kat email ada notification order untuk kedua2 website tersebut..
Pastu saya check website pertama, pastu check yang kedua pulak..
Pastu baru la fesbuk..
Pastu offline dan sambung menjahit..

Apapun, korang bole juga order kat whatsapp..
Cuma time saya pulun menjahit nak siapkan urgent order, memang tak dapat check whatsapp..
Itu la sebabnya saya guna website ni sebagai assistant saya..
Semua harga ada kat dalam tu dan jumlah dia calculatekan sekali..
Kalo nak upah admin, masih belom mampu lagi..
In shaa Allah satu hari nanti...
^_^

Jadi kalo tak urgent, bole order kat whatsapp ya..
Nanti dah settle keje saya akan check dan reply satu2..
Tapi kalo nak cepat2 pos harini atau esok, better order kat website..
Nanti saya akan terus packing dan pos..

Tapi ni utk craft supply je tau..
Order handmade nak tak nak kene direct jugak..
Sama ada email, pm kat facebook atau whatsapp..
Huhu..

Orait..
Tu je kot nak bebel..

Selamat Berkraf semua..

Wassalam...

25/09/2014

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Membeli di Kedai Craft Supply Online asmafeltbox.com

Salam..

Yippi! Yippi! Yippi!
Online Shop baru dah siap.. *joget Hawaii*

Comel tak?
Penat gila buat.. Hohoho..

Sesiapa yang dah ada akaun kat asma-felt-box.com; bole bertukar ke website yang baru ni.
Nanti emailkan saya printscreen korang punya purchased history, saya nak kira point utk masukkan dalam akaun baru.
Tapi kalo nak teruskan order kat website lama pun masih bole lagi..
Website tu saya tak tutup..

Point?
Point apa?
Hehehe...

Point tu nanti saya buat entry khas mengenainya..
Harini saya nak cakap tentang:

 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DI ASMAFELTBOX.COM

1. BARANG DATANG KE RUMAH ANDA
Tak sempat nak pegi kedai? Kedai jauh dari rumah? Takde transport nak pi? Kat kedai takde craft supply yang korang nak? Kini tak perlu susah lagi.. asmafeltbox.com ialah kedai online menjual felt craft supply menawarkan pembelian secara online dan barang dipos terus ke alamat anda. Tak perlu lagi bajet masa takot2 kedai tutup. Tengah malam pun bole window shopping, dan bila tiba masa yang perlu barang tu, baru beli... Mudah kan...?

2. SMARTPHONE FRIENDLY
Bole dikatakan semua orang dewasa ada smartphone dan ramai yang online menggunakan smartphone kerana ia lebih mudah. Namun, masalah timbul apabila nak tengok gambar2 kat FB page, tak dapat buka album kalo view guna smartphone. Nak tengok barang kat asma-felt-box.com macma susah sebab kene zoom-in la, zoom out la. Tak caya klik SINI. Oleh itu, asmafeltbox.com ni dah upgraded dengan sistem yang automatik interface dia bertukar bila guna smartphone. Lebih mudah nak kli, lebih mudah nak view gambar dan baca ayat2 tu.. Tak caya klik SINI. Ni la sebab utama kami bertukar ke website lain.. ^_^


3.POS SETIAP HARI BEKERJA
asmafeltbox.com mengamalkan polisi "Pagi Bayar Petang Pos, Petang Bayar Esok Pos". Dan semestinya ia tertakluk kepada hari bekerja. Kalo pagi Sabtu bayar, tak logik la pulak petang Sabtu pos. Pejabat Poslaju pun dah tutup.. Huhu.. Seperti anda, saya sendiri pun suka beli barang secara online dan assume akan sampai esok atau lusa (biasa la, excited kan!). Dan bila diberitahu barang dipos dua hari lagi, waaa.. sangat anti-climax. Kami tak mau anda ternanti2, maka pos secepat mungkin. Yeah!

4. DISKAUN BULK ORDER
Kebiasaanya crafter (yang berniaga), guru sekolah (yang nak buat kelas craft utk para murid/pelajar) dan remaja yang kongsi beli ramai-ramai untuk jimat kos pos, membeli item2 tertentu secara bulk. Khas untuk anda, setiap item dengan jumlah pembelian tertentu berhak menerima diskaun bulk order. Klik item yang anda ingini untuk melihat minimum order dan bulk price tersebut 

5. FREE POSTAGE
Beli sampai RM100? Whooopps. Sekejap!
Jangan bayar lagi, kerana kami menawarkan pos percuma untuk membelian melebihi RM100.00. 
Hanya beli sampai la RM100.00 dan time checkout nanti jangan lupa klik "free shipping". Kalo tak klik, tak dapat la kami bagi pos percuma. Jangan lupa klik tau. Banyak jimat tu...


6. REWARD POINT dan TEBUS
Nak jimat lagi? Setiap item di asmafeltbox.com ada point masing-masing. Kumpul point ni  dan tebus untuk pembelian yang seterusnya (atau pada bila2 masa anda ingin guna). Ini adalah pengganti kepada diskaun 3% di website lama. Dan sebagai hadiah istimewa anda yang tak putus2 support kami. Love you. Muah!

7. WISHLIST
Nak beli split ring ni, tapi bukan nak beli sekarang sebab nak tunggu barang banyak abes baru beli, atau nak tunggu gaji masuk, atau belom masanya lagi nak beli. Macam mana kalau sampai masanya nanti lupa pulak nak beli apa. Salin dalam buku nota.. Okay, simpan buku nota tu, kami akan memudahkan urusan anda. Dalam website asmafeltbox.com, ada satu sistem yang dinamakan wishlist. Apa saja item yang anda wish nak beli (tapi bukan sekarang), masukkan je dalam wishlist. Nanti sampai masa korang view balik dan masukkan dalam shopping cart. Tak perlu lagi recall mana satu yang nak beli haritu. Mudah bukan?

8. BAKI BAYARAN
Bagi anda yang buat pembayaran ke mesin deposit, akan bayar lebih dan bakinya saya pulangkan sekali dalam paket kan... Kini, baki bayaran anda tidak perlu dipulangkan lagi, kerana bakinya akan saya kreditkan terus ke dalam akaun anda di asmafeltbox.com. Jadi untuk next order nanti, anda boleh tolak jumlah pembelian dengan kredit yang ada. Walaubagaimanapun, jika perlu anda bole request baki itu untuk dipulangkan. Takde masalah.. :)

Itulah 8 sebab utama mengapa anda perlu beli di kedai craft supply online asmafeltbox.com

Jimat masa, jimat tenaga, jimat wang..

Dan sempena pembukaannya pada hari ini, 50 pendaftar pertama yang create account di asmafeltbox.com akan menerima 10 Reward Point terus ke akaun anda... Beli tak beli, itu kemudian kira.. Jom daftar dulu. Klik je SINI

Mekasih korang.. Muah!!

Wassalam...








23/09/2014

Cabaran 14: Cerita Kasut Saya

Salam...

Ceritanya ialah saya takde kasut, jadi camana saya nak ceritakan kesah kasut saya?
Huhuhu...

Ceritanya ialah sejak kecik saya suka pakai seliper flip flop sebab murah sedap pakai..

gambar ehsan www.flipflopstyle.com 

Kasut-kasut yang pernah saya pakai ialah bermula dari kasut sekolah rendah
Ada macam2 fesyen la selama 6 tahun tu..
Ini fesyen fevret saya
gambar ehsan myredloves.blogspot.com 


Time sekolah menengah pulak wajib pakai kasut hitam
Dan cam biasa la pakai kasut yang nampak normal sesangat

gambar ehsan www.gopixpic.com 

Bila masuk U ofkos la pakai kasut bertutup yang bercirikan kewanitaan..
Pastu pakai sarung kaki kaler coklat yang nipis tu...

Gambar ehsan pearlcrowntrading.indonetwork.co.id 

 Time gi sekolah dan kelas dan lab je pakai kasut
Time lain wajib pakai flip flop..
Kalo nak melawa sikit (macam nak gi bandar ke, kenduri ke) pakai sandal simple2 je macam.



Kasut raya pulak, mesti nak beli wedges camni..

Saya suka sangat tau kasut wedges..
Tapi time beli, mesti terlupa yang raya kan mesti nak ziarah rumah orang..
Penat la buka pakai buka pakai kasut ni... T____T

La ni kasut yang saya ada cuma wedges sepasang beli time raya haritu dan flip flop pasang...

NAma pun duk kat umah 24 jam, confirm takyah pakai apa2 kasut kan..
Hohoho..

Baru-baru ni saya terpikir.
Saya pakai tudung dan tutup aurat; tapi pakai flip flop..
Confirm belum tutup sepenuhnya aurat kan..
Rasa cam rugi pulak, atas semua tutup, tetibe nampak kaki..

Nak pi cari kasut malas la..
Saya kan tak minat shopping..
Tapi haritu saya godel2 terjumpa satu kasut yang saya minat nak pakai 

Gambar ehsan Qoo10
Nak beli dah haritu, tapi tak jadi beli sebab:

Tak reti nak pilih saiz
 Saya pakai kasut saiz 7, tapi kat situ ada saiz 30-an
Dan ada lagi saiz UK n US..
Saiz 7 yang saya pakai tu tak tau la UK punya ke Us punnya..

Dan dorang suggest amik saiz yang lebih dari kebiasaan, takot tak muat..
Erm.. risau gak nak beli..
Tak muat nanti rugi pulak..

Tak faham website tu
HArga asal RM182
Harga Q RM87
Harga diskaun RM40.20
Poslaju RM7.60

Bila nak checkout jumlahnya RM75.80?

Kenapa macam tu..?

Oleh itu, nanti ada masa baru pi cari kasut kat kedai kasut..
Tapi malas la nak shopping kasut.. :(

Itu la cerita kasut saya..
Semoga saya dapat kasut baru demi menutup aurat...
Amin...

Wassalam...


22/09/2014

New Website in Progress

Salam...

Kebelakangan ni saya pulun kat satu benda ni..

New shopping cart!!


Sebenarnya dah lama dah beli, tapi dapat lambat lepas sistem dia pun bole tahan la jugak complicatednya.. 
Apa lagi untuk orang yang old-school macam saya ni..
Bila contact moderator, haram dia nak reply..
Pendek kata, beli barang pastu tinggal je.
Dalam iklan bukan main lagi "ada masalah, hubungi kami. Kami sedia membantu".
Ye la tu..

Cer tengok gambar tu, ada tab "teeshirt", "slim jacket", "clothing" etc..
Saya tak tau camana nak replace tab tu dengan produk saya..
Puas gila dah godek2 cari, tak jumpa2..
Tu yang saya email tukang jual ni, tapi takde nya nak balas..

Korang kalo nak beli website, saya suggest korang contact buyer tu dulu tanya sikit2. 
Jangan tunjuk macam nak beli lagi..
kalo seminggu tak reply, confirm customer service teruk..
Dan jangan beli dengan dia.. (walaupun dia reply sebulan kemudian)

Saya pun camtu jugak, saya tanya je sikit2 sebulan tak reply..
Bila cakap nak beli, cepat je reply n sebok tanya bila nak bayar..
Lepas bayar senyap balik..
Sabar je la!

Beli website ni bukan cam beli beras, ikot suka kita la nak masak camana..
Website ni ada sistem; dan kalo yang buta IT macam saya memang la tak reti...
Dalam iklan bukan main lagi cakap, "mudah" "tak perlu pengetahuan IT" "5 minit je dah bole start jual"
Nampak sangat menipunya...

Okay, back to the story
Shopping Cart Baru ni in shaa Allah kalo sempat saya akan launch 1 Oktober 2014
Malam tadi saya baru je abes study sistem tu..
Saket kepala dibuatnya mengadap lappy lama2..

Kenapa tukar?

Sebab:
  • Boleh view dalam smart-phone - ramai sangat yang whatsapp saya tanya harga setiap barang satu persatu. Dan minta gambar setiap barang yang saya jual. Bila saya bagi link asma-felt-box.com, dorang komplen susah nak view dalam smartphone. Oleh itu saya cari shopping cart yang rupanya akan berubah sesuai dengan smartphone. Jadi senang la nak view gambar dan harga.. :)
Itu la satu-satunya sebab utama saya buat website baru...
Apapun website http://asma-felt-box.com masih beroperasi seperti biasa..

Ok la nak sambung masukkan barang dalam website ni...
Bye2.

Wassalam...


21/09/2014

Cabaran ke-13 : 5 Blog Kegemaran Saya

Salam...

Dah sampai ke Cabaran 30 HAri yang ke-13 iaitu 5 Blog Kegemaran Saya

Sebenarnya saya ada banyak blog kegemaran..
Tapi bole dikatakan mereka semua dah stop blogging atau tak update2 pun blog tu sampai la sekarang..
salah satu sebabnya ialah mereka beralih ke social network lain seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Ada jugak yang dah tak rasa nak blog sebab sibuk dengan kerja masing2..
Jadi mereka dah tak jadi kegemaran saya lagi..

Apapun, berikut adalah 5 Blog yang hari2 mesti nak baca..

1. TOTALLY TUTORIALS

Blog ni hari2 update tutorial  buat macam2 jenis DIY
Yang bestnya semua tutorial tu ialah dari blog lain-lain..
Sape2 yang ada tutorial menarik,bole je request nak letak tutorial dan dorang akan pilih dan link-kan kat blog kita.
Best kan...
Saya suka blog ni sebab macam-macam benda bole belajar kat sini..
Dan dalam masa yang sama jumpa ramai crafter2 luar negara..



Keyme ni pernah beli felt kat asmafeltbox untuk projek sekolahnya.
pastu add saya kat facebook dan tak semena2 saya pun follow blog dia.
Blog ni berkisar tentang diary idop Keyme.. Tentang apa yang dia buat dan dia rasa setiap hari..
Seronok baca blog Keyme ni sebab ikhlas je..
Dan yang paling saya salute penggunaan Bahasa Melayunya memang A
Bila tengok Keyme menulis macam tu, saya pun bersemangat nak tulis Bahasa melayu yang baik..
Walaupun tak sebaikKeyme, tapi dah banyak improve..
Keyme ni pandai baking tau.. ^_^



Blog ni saya baru je follow haritu..
Dia salah seorang follower saya kat Instagram dan selalu like gambar2 saya..
Last2 saya terbaca blog dia dan menarik pula untuk ikuti..
Banyak info yang Ayuni share kat blog ni dan ada juga entry yang lucu dan comel..
Dan Ayuni juga menulis dengan penggunaan Bahasa Melayu yang baik..
Saya buat Cabaran 30 HAri ni pun gara2 terpengaruh dengan Ayuni.. Haha..
Ayuni pandai memasak tau, dan suka kucing..



Ini ialah blog dimana saya amik doodle gadis kat header tu..
Blog ni kiut sangat..
KAdang2 borak2 kosong, kadang2 bagi tutorial, kadang2 bagi info..
Syok je tau lepak sini...
Saya teringin sangat nak lukis doodlw macam ni, tapi la ni takde banyak masa dah nak duduk lama2 depan lappy cuba satu2..
Banyak keje nak buat... T__T


Blog ni macam pelik sikit...
MAcam blog mencurahkan isi hati, tapi saya seronok je baca orang yang pelik2 ni.. Haha..
JArang juga dia ni update blog..
Tapi time update saya mesto baca punya..
Trademark dia ialah "kebosanan mencipta kelainan"
MEmang pelik kan..
Huhuhu...

Ok, tu la blog yang saya paling suka..
Sebenarnya banyak blog crafter yang saya follow, tapi dorang pun dah jarang2 sangat update...
Maybe banyak update kat facebook kot..

Jumpa lagi esok dengan topik Cerita Kasut Saya
Alamak, cam takleh buat je.. T__T

Wassalam...





19/09/2014

Cabaran ke-12 : 5 Wishlist Saya

Salam..

Yay!
Cabaran 30 Hari kali ni cam senang sikit...
Cabaran yang ke-12 ialah : 5 Wishlist Saya

Baik la..
5 Wishlist Saya ialah:

1. Nak Buka Premis
kedai comel camni la!
Saya dah 4 tahun buat bisnes ni dan jual secara online.. Masalah utama saya ialah bila kastemer nak datang beli barang kat rumah. Saya tak bole bagi orang masuk rumah, sebab saya tak kenal orang tu.. Kalo nak cerita, memang banyak kesah. Jadi saya berazam nak buka premis supaya sape2 yang duduk dekat2 tu bole walk-in je nak tempah handmade dan beli craft supplies pada masa yang sesuai bagi mereka.. Best kan.. ^__^


2. Nak baby
tak mungkin la baby saya blonde kan. Haha
Saya dah setahun setengah kawen dan belom ada baby.. Kami bercinta selepas kawen, jadi sekarang ni kami tengah hangat bercinta.. Kan ada orang yang 6 tahun bercinta baru kawen kan.. Kami ni baru setahun setengah bercinta. Muda lagi pun. Haha.. Memang nak sangat baby; cuma kalo belom ada lagi pun takpe. Mungkin ada sebab kenapa belom.. Kalo ada nanti minta2 dapat kembar, hehe.. :P


3. Nak buat Pembedahan Lasik

No more spec!
Saya nak sangat buat pembedahan mata supaya tak perlu lagi pakai cermin mata... Mata saya kan rabun sebelah kanan je, jadi mata rabun ni tak fokus, atau orang panggil Lazy Eyes. ini membuatkan mata kiri saya yang buat double keje untuk fokus. Itu adalah salah satu sebab kenapa saya akan mengalami sakit kepala yang kronik bila fokus terlalu lama, sama ada ketika online atau menjahit. Kesian mata saya.. Saya nak sangat buat lasik ni.. Survey2 kosnya dalam 6 ribu, depend pada mata la.. Tapi takot pulak lepas tengok Final Destination.. :/


4. Nak Beli Rumah
rumah camni la lebih kurang..
Sebenarnya kalo nak kumpul duit beli rumah memang tak dapat. Nak taknak kene la buat loan kat bank. Bank pun bukan senang2 nak luluskan. Kalo keje swasta pun susah nak dapat, apa lagi yang buat bisnes kecik ni. Saya kene cantikkan bank statement saya setiap bulan supaya sampai masa ada rezeki jumpa rumah, bole terus apply.. Minta2 la dapat. Nak rumah yang ada halaman supaya anak saya bole berguling2 kat situ.. Haha..


5. Nak gi Umrah

Nak gi haji, ntah bila dapat pi.. Jadi gi umrah je la dulu. NAk gi umrah, kene la pegi sebelom dapat baby. Kalo dah ada baby, kene la tunggu dia dalam umur 12 tahun ke, baru ajak pi sama2. Minta2 la ada rezeki pi sana.. Duit dalam Tabung Haji pun baru ada berapa je.. T___T

Wokep..
Tu la wishlist saya..
Menarik tak.. Hahaha.. Benda biasa2 je...

Jumpa lagi esok dengan topik : 5 Blog Kegemaran Saya

Wassalam...

18/09/2014

Cabaran 30 Hari Kesebelas: Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Salam...

SAya dah skipped 2 hari untuk Cabaran 30 HAri..
Sebenarnya saya macam busy sket kat bilik kraf ni..
Dalam masa yang sama saya baru je dapat website shopping cart yang baru..

Tapi website ni complicated setting dia...
Yang paling best, takde function shopping ke Sabah Sarawak..
Kalo nak tambah function tu kene buat option lain time checkout dan dan kene flat rate je..
Maksudnya beli sekilo pun harga sama, beli 2 kilo pun harga sama..
Postage ikot berat takde dalam function ni...

Tu la dalam bengang2 saya pun godek2 abes mak nenek cari setting yang membolehkan itu berlaku..
Selepas berhari2 dan berjam2 akhirnya jumpa pun..
Bole je buat...
Ntah ape punya moderator ntah, bole pulak dia tak jumpa..
Saya pun buat tutorial bg kat moderator tu supaya dia bgtau semua orang yg beli website dia tu nanti..

Susah betul beli barang dengan orang tak abis mengaji ni..
Iklan bukan main gempak lagi..
Dijamin siap dalam 7 hari atau percuma sebulan...

Bila saya buat inquire, 30 hari kemudian baru balas..
Bila saya confirm nak beli, tiap2 6 jam sekali tanya bila nak bayar..
Bila dah bayar, tunggu 7 hari takde update..
Hari ke-10 saya tanya, dia tak balas..
Hari ke 13 saya tanya lagi, dia tak balas jugak..
Hari ke-15 saya tanya dia tak balas..

Last2 terserempak dia update kat wall, terus saya tanya kat komen...
Bole pulak dia macam tak kenal je saya..
Hai, kalo dekat nak je aku lepuk..

Esoknya dia reply cakap yang budak yang jaga ni dah benti keje, tu yang dorang tak tau tu...
Wah, profesionalnya!!
Esoknya baru dapat website tu...
Lega la jugak..
Tapi bila tengok takde function shipping ke Sabah Sarawak, tak lega balik..
Lepas jumpa camana nak add function tu.. Baru lega kembali...


Akibat terlalu lama merenung skrin lappy ni, saya diserang sakit kepala yang kronik..
Actually memang tiap2 bulan pun kene sakit kepala...
Rasanya mata saya kot problem kalo renung lama2 sangat...
NI pun tengah sakit kepala la ni, tu yang takleh fokus dan tak pasti apa yang saya baca..
Otak cam tak dapat proses maklumat...
In Shaa Allah esok lusa baik la tu...


Yg ni satu lagi..
Saya beli kain cotton kat online katanya akan pos isnin dan akan sampai probably on Wednesday ( dia ala2 kecek mixed omputih gitew) sebab Selasa cuti...
Ok...

Semalam tunggu tak muncul2 pun posmen..
Arini takde jugak, saya pun tanya dah pos ke..
Dia jawab, "eh, dah pos smlm.. belom dapat erk.."
Semalam pos?
Maksudnya pos hari Rabu?
Dimana janjimu pos Isnin..?
Aiyoooooo!
Melayu. oh melayu...

Tiap2 kali beli online dengan peniaga Melayu mesti kene bengang berhari2 baru la dapat apa yang dihajati...
Kononnya nak beli jugak kat peniaga Melayu demi meningkatkan ekonomi orang Melayu..
Demi support bisnes Melayu..
Apa la yang saya dapat dengan support Melayu?
Dapat sakit jiwa je...
Muahahahahaaaaaa

Beli kat peniaga cina takde pun saket jiwa macam ni...
PAdan la cina nak mana2 negara pun bole maju...

Wokep..
Sebenarnya bukan ni yang saya nak bebelkan...

Cabaran 30 Hari dah sampai yang ke kesebelas..
Cabarannya berbunyi : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak..

Tapi kenangan ni tak dapat saya sahut..
Dan mai saya citerkan kenapa...

Saya takde kenangan lucu zaman kanak2..
Mungkin ada kisah yang lucu tapi saya tak simpan dalam memory..
Kenangan pahit je yang tersimpan..
Hahaha...

Sewaktu kanak-kanak dan remaja, saya ada daya ingatan yang kuat..
Mungkin salah satu sebabnya moyang saya selalu buatkan saya air penerang hati..
Lepas dia sakit dan meninggal (time tu saya remaja) saya dah tak minum air penerang hati lagi...

Disebabkan daya ingatan yang kuat ni saya tak bole elak diri saya dari mengingati..
Termasuk la perkara yang buruk...
Bila saya menjahit, biasanya saya tak fikir apa2 kan, time tu la kenangan baik dan buruk muncul silih berganti dan lama2 hati saya mula kembali berdendam dengan orang jahat yang berbuat jahat kat saya yang naive ni..

Pastu saya akan cuba buang jauh2 ingatan tu dengan menyanyi atau berfikir tentang perkara2 lain..
Tapi proses itu memenatkan dan tanpa disedari kenangan2 silam tu kembali semula dalam fikiran saya dan buat hati saya tak gembira, sedih dan marah..

Dan saya mula berdoa semoga Allah lenyapkan ingatan buruk saya atau at least hantar ke recycle bin dan kalo perlu baru la saya restore. 

Saya tak mau..
Saya tak mau mengingati perkara buruk..
Saya nak menghabiskan sisa sisa hidup saya dengan gembira..

Dan ditakdirkan doa saya dimakbulkan..
Sekarang, saya seakan2 amnesia dengan kenangan lama..
Jadi saya tak mau bersusah payah restore semula...

Malangnya bila saya nak restore satu memory, saya terpaksa screening semua memory lain dan mengakibatkan memory buruk pun ikot sekali masuk...

Oleh itu, cabaran kali ni tak dapat saya sahut..
Maaf, inshaa Allah cabaran esok yang berbunyi : 5 Wishlist Saya akan saya sahut..

Jumpa esok..

Wassalam...

17/09/2014

New Item: Wood Buttons Bear Face

Salam...

Yay!
Barang baru dah sampai...
Kali ni butang lagi.. Aiyooo.. tak abes2 butang..

Maaf la.. Saya memang addicted to buttons..
Atau bahasa saya la orang panggil selok ke butang..
Hahaha..

@

Butang ni bersaiz 11x13mm
Harganya cam biasa la RM1.50/10pcs
RM13.00/100pcs

Nak order, isi je borang kat bawah atau kat sebelah ni...
Atau bole order direct kat SINI

Korang ingat tak, sebelom ni saya snpa pic guna background kuning...

Akibatnya butang nampak buruk..

Pastu saya guna biru mencapap macam ni:
Yg ni ok la sikit dari kuning tu..
Tapi masih tak elok.. 

Pastu saya guna background hitam..
Baru elok!
Yay!

Tak caya?
Tengok ni...






Berbeza kan...?

Worait!
Bersempena kedatangan keluarga butang kayu yang baru ni, 
Butang Kayu 5 Sekawan dah bertukar wajah..
5 corak dalam setiap pek adalah seperti berikut


Ok sikit kan camni...?
Yang butang kayu siput tu nak jual murah je..
Dah salah beli nak wat camana kan..
T___T

Jangan lupa jalan2 kat website saya tu ya...

Wassalam.. 



16/09/2014

Cabaran 30 Hari ke 10 : Apa di Dalam Handbag Saya?

Salam..

Woo..
Terlupa pulak..
Ralit sangat wat keje...

Cabaran 30 Hari yang ke 10 berbunyi : Apa di Dalam Handbag Saya?

Tak tau la handbag saya ni layak ke dipanggil handbag..?

Ini la my humble handbag tu..
Handbag ke camni..?
A'ah dia memang kuat tido macma tuan dia jugak..
Hihi...

Apa agaknya yang dia telan sehinggan tertidur kekenyangan..?


Woooo..
Patot la..
Dah telan burung hantu rupanya...
Haha..

Ini la yang ada dalam beg kecik saya tu..
Mobile Phone murah giler..
Purse buatan sendiri..
Dan name card, in case orang tanya pasal blog, bole bagi kad...

Saya tak suka kad ni dan berharap ia cepat habis..
HAritu saya beli seribu tau, pastu sampai2 kaler memang lain terus dengan sample yang dia kasi...
Seller nak refund, tapi takpe la..
Halalkan aje...

Pasni dah abes nak buat kat orang lain pulak..
Sape ek yang buat nama card online sila la tinggalkan link kedai online anda kat ruangan komen..
Nanti saya approve dan publish.. :>

Okay, jumpa esok pulak dengan cabaran seterusnya..

Wassalam..



15/09/2014

Weekend activity

Salam...

Monday! Monday! Monday!
Moody Monday? Nope.. nope.. nope..

Harini hari pertama bekerja, seharusnya kita rasa sangat fresh, kan...

Bagi orang bekerja sendiri ni, hari2 pun kerja tau..
Kadang2 tak ingat pun harini hari apa..
(tipu la tu.. hari2 tulis borang Poslaju takkan tak ingat.. :P)

Harini saya nak syok sendiri je, nak share ngan korang apa yang saya buat dua weekend yang lepas...
Kesahnya bermula pada weekend yang lepas (bukan weekend semalam tau.. Weekend yang lepas...)

PAda weekend yang lepas, saya tetibe diserang penyakit rajin..
Mungkin disebabkan stok acrylic yang baru masuk menyebabkan penyakit rajin ini menyerang saya..
Rajin punya pasal, saya pun pi potong felt lembut ni, yang 1m punya dan 1/4m punya...
Lepas tu terlebih rajin pulak, lipat elok2 dan susun elok2 ikot kaler...

Ai.. Saya jarang sangat rajin macam ni..
Alang2 rajin baik pulun sungguh2.. Haha

Ini lah hasilnya..
Wah.. hepi hati saya... ^_^


Tapi yang kurang syoknya, sikit je felt 1m yang muat dalam rak tu..
Yang selebihnya duk kat luar..
Macam tak balance je...

Rasa nak beli satu lagi rak...

Oleh itu minggu ni kami beli rak baru..
Yay!!

Dengan bersungguh2nya kami susun punya susun dapat la macam ni..


Acrylic felt semua saya letak dalam rak..
Butang yang dah sorting ikot kaler dalam laci yang pada asalnya duk kat meja lappy ni, dah alih ke atas rak..
Tray tempat simpan felt kecik tu letak kat tepi hujung sekali..
A'ah tray tu dah kosong, belom topup lagi felt kecik...

Sila abaikan felt kecik yang belom di"iron" tu..
Lepas susun bilik ni rasa malas pulak nak iron..
Haha..

Owh, kalo korang belom tau, felt kecik sebelom saya pos saya iron dulu tau untuk hilangkan kesan lipatan..
Kalo korang ada felt yang dah renyuk atau terlipat tu, korang iron je..
Guna function silk pun dah ok, cuma kene byk2 kali jugak la..
Maka akan kelihatan seperti baru...


Memang redo abes la minggu ni...

Lepas dah siap susun2 ni, tetibe saya terpikir pulak..
Bakpe, saya letak felt lembut 1m kat bilik ni, tapi felt keras 1m kat stor?
Tak adil la kan..
Patotnya, dua2 mesti ada bersama...

Takpe la dulu..
Lain kali pulak pikir..
Dah penat dah..
Memang kene susun balik ni supaya adil kepada poly felt...
Nanti kecik ati pulak dia..

Buat masa ni, bagi la can saya menikmati keindahan permandangan ini dulu..
Dah boring nanti baru susun semula..
Weeee...


Dan minggu ni jugak saya packing butang-butang


Bukan butang sahaja, tapi misi mustahil minggu ini ialah nak packing semua craft supplies..
Hari minggu la baru ada masa nak buat ni..


Sebenarnya packing ni senang je, tapi amik masa lama sebab banyak nak kene topup
Nak2 kalo butang, kene pastikan semua warna ada dan takde defect..
Memang ada brg yg banyak defect..
Kene check satu2, takot terbagi yang tak elok...


Ni la punca sebenar kene packing...
Display ni dah kurang dan banyak dah rongak...
Ni kene tampal balik ni...

Yay!
Semua craft supplies dah siap packing tapi macam tak larat la nak sangkut..
Petang nanti kot baru sangkut..
Kalo rajin la..
hahaha..

Ada satu lagi display sebelah dia yang kami sangkut macam2.
Bersepah pulak tu, tu yang segan nak tunjuk..

Lepas sangkut ni, nak clearkan display sebelah tu dan susun semua craft supplies ikot yang sedap mata memandang..
Dah siap nanti saya tunjuk ya..

^_^

Seronoknya tulis karangan syok sendiri ni..
Diharap korang tak boring baca..

Orait, nak packing order jap..
Arini nak pos awal sikit tau sebab nak gi bank bayar loan kereta..
Pastu nak jalan2 kejap..
Hehe..

Bye..

Wassalam...

14/09/2014

Cabaran 30 Hari 9 : 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Anda

Salam...


Harini nak buat Cabaran 30 Hari yang ke-8 pulak..
Cabarannya berbunyi : 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Saya

Memandangkan korang dah terbaca nama2 lelaki tersebut di entry yang saya terpublish haritu, jadi macam tak saspen dah kan..
TAk saspen pun takpe la.. Tulis je.. Hehehe..

Kali ni saya wakilkan lelaki yang menarik perhatian saya ikot negara.. haha. bole gitu?

Berikut ialah 5 lelaki yang menarik perhatian saya ikot negara :P

Regardless suami saya ya.. :P

1. Shah Rukh Khan

- semua orang dah tau sape Shah Rukh Khan kan.. Tak perlu nak introduce lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah senyumannya, lakonannya dan tariannya. Memang lain dari yang lain. Filem yang paling saya suka ialah Dilwale Dulhania Le Jayengge (betul ke eja) dan Duplicate. Pasangan Shah Rukh Khan yg paling best ofkos la Kajol.. Dan tarian yang paling saya suka ialah Mere Mehbob Mere Sananm dalam filem Duplicate

2. John Lennon


- Beliau adalah salah seorang dari ahli kumpulan The Beatles. Yang menarik perhatian saya ialah senyuman (lagi) dan kenakalan dia dalam filem Help. Dan bila saya dengar lagu2 The Beatles, saya merasa asyik dengan suaranya. Serak2 basah gitew.. Lagu yang paling saya suka ialah Mr. Postman

3. Paul Rudd

- Korang kenal ke dia ni? Dia ni pelakon Hollywood. Maybe bukan star. Tapi saya suka sangat tgk dia belakon. Dia banyak berlakon dalam romantic comedy. Saya suka sebab seliau selalu bawa watak yang naive dan comel. Saya suka lelaki macam ni. Serious!. Filem yg paling saya suka ialah Clueless.

4. Remy Ishak

- Wow.. Remy Ishak mewakili Malaysia. Dasyat kau.. Haha.. Puas gak pikir, sape lelaki Malaysia yang paling menarik perhatian saya? Last2 dapat Remy Ishak. Sebenarnya saya suka gak Beto Kushairy, tapi dia selalu berlakon watak kerek2 sket. last2 pilih Remy la (haha.. macam la bole dapat :P). Saya start suka kat Remy time dia berlakon jadi Bangla dalam citer yang kedai jahit tu. Ada Abby Abadi n Norman Hakim. Tak tau la nama citernya.. Dia sangat menarik perhatian saya sebab tak sangka orang se"dashing" ni, bole berlakon watak sekelakar itu.. Haha.. Pengsan jap tengok.. Apapun, adik saya tak suka Remy sebab dia nampak cam bangla. Aik? Bangla ensem ape.. Heeee..

6. Yoo Jae Suk

- Dia ni salah sorang ahli Running Man. Saya suka dia sebab dia suka sangat senyum dan suka cari gaduh dan dalam masa yang sama mendamaikan suasana dan pandai mengawal keadaan. Dia pandai berkompromi dengan ahli2 Running Man yang lain dan jugak tetamu jemputan. Paling suka tengok bila dia pujuk Ji Hyo yang start nak marah. Memang comel la dia ni kan.. ^___^. Yang peliknya dia ni dah 40 tahun, tapi badan fit macam baru 20-an. Apa agaknya corak pemakanan orang Korea ni ek. Kene korek ni...

Orait..
Itu la 5 lelaki yang mewakili negara masing2...

Jumpa esok pulak dengan cabaran seterusnya : Apa di Dalam Handbag Saya?
Alamak, ni 4 perkataan pun dah abes.. :P

Wassalam..

13/09/2014

Cabaran 30 Hari : 5 Lagu Cinta Kegemaran Saya

Salam...

Haaa...
Cabaran 30 Hari kali ni senang..
Ye la.. Zaman remaja dulu suka la jiwang karat ni... Hohoho...

5 Lagu Cinta Kegemaran Saya ialah:




  1. I'll Never Break Your Heart ialah lagu kumpulan Backstreet Boys... Zaman sekolah dulu memang minat giler kumpulan ni.. Paling saya suka AJ sebab suara best sangat2. Suara AJ ni ala2 negro sket kan... Lagu ni tentang sorang lelaki minta cinta dari perempuan tu tapi permpuan tu cam taknak disebabkan oleh pengalaman silap dengan boifren lama. Jadi lelaki tu pun bagitau yang I'll never break your heart bebeh.. Apapun, lagu Backstreet Boys semuanya sedap-sedap tau.. ^_^
  2. Saat Aku Lanjut Usia dinyanyikan oleh kumpulan Sheila on 7. Sheila on 7 ni memang saya minat tahap gaban la..Tapi saya minat sampai album ke-3 (Pria Terhebat), pastu lagu dorang dah macam tak berapa best dah.. Lagu ni ialah tentang bila dah tua nanti apa akan jadi kat kita. Lagu ni cam kelakar2 sikit la. Haha..
  3. Please, Mr Postman dendangan The Beatles. Ni lagu lama ni, tahun 60-an. The Beatles ni adalah artis yang mula2 sekali saya minat. Masa tu sekolah rendah, saya tengok tv citer HELP. Kelakar sangat. Kelakar tahap tak logik. PAstu mula la saya minat kat dorang, especially John Lennon sebab dia nakal2 sket. Lagu ni mengisahkan sorang pakwe yang hari2 tunggu posmen hantar surat dari makwe dia yang duk jauh. Tapi takde pun surat tu dan dia sedih. Ye la zaman dulu kan bukan canggih cam sekarang. Harini pos surat, 3 hari kemudian baru si dia dapat. PAstu lepas si dia reply, 3 hari kemudian pulak dapat. Minimum tunggu 6 hari baru dapat reply.. Tu la orang zaman dulu dapat merasai perasaaan rindu dendam dan buatkan mereka sayang tersangat2 kat pasangan mereka. Kita dah tak merasa dah.. :(
  4. Ingin Tahu ni lagu P. Ramlee (kot). Lagu ni comel sangat, Ia tentang pasangan 2 sejoli yang ingin tahu betul ke awak sayang saya. Kalo sayang tunjukkan la sayang tu.. Haha.. Lagu ni  best sebab melodinya terbuai2 je.. Bagi saya la.. Saya memang suka lagu2 P. Ramlee... ^___^
  5. Last sekali Boli Si Surat lagu dari filem Dil To Pagal Hai. Saya memang peminat no 1 Shah Rukh Khan okay... Kesahnya lelaki ni describe macam mana rupa dan tingkah laku kekasih dia.. Bila faham lirik dia, rasa cam ai, indahnya la lagu ni.. Kalo la ada orang nyanyi kat saya lagu ni kan best.. Tapi itu tak mungkin berlaku.. Haha.. Orang yang translate lagu ni kat saya ialah sorang kawan dari negara India. Tu yang detail sangat dia describe, sbb bahasa Hindi kan macam berbunga2.. Tu yang saya rasa cair je dengar lagu ni.. 
Okay la.. Sebelom saya benar2 cair better saya stop dulu...
Nak dengar balik lagu2 ni..
Dah lama sangat tak dengar lagu2 jiwang... :P

Wassalam...


12/09/2014

Cabaran 7: Sejauh Mana Pendidikan itu Penting bagi Saya

Salam...

Wah, kejap je dah sampai ke Cabaran 30 HAri yang ke-7

Sejauh Mana Pendidikan itu Penting Bagi Saya
---> SEJAUH MATA MEMANDANG

PAda saya pendidikan itu tersangat la penting..
Cuma saya lebih gemar perkataan ilmu berbanding pendidikan

Bila sebut pendidikan kita akan bayangkan sekolah, kolej, IPTA/S, yuran, loan pendidikan, kan..
Tapi bila sebut ilmu, tetibe skop tu jadi lebih luas, malah tersangat luas...

Ilmu penting untuk membentuk kita menjadi seorang manusia..
Tanpa ilmu kita akan kelihatan dungu..

Ilmu bukan hanya diukur dengan berapa banyak sijil kita ada, atau berapa pointer yang kita dapat..
Tanpa sijil pun kita bole jadi orang yang berilmu, cuma takde bukti rasmi..
Tapi sebaik sahaja buka mulut membincangkan sesuatu isu, orang akan tau kita ni berilmu..

Ilmu akan buat fikiran kita menjadi jelas..
Kita akan lebih pandai menilai, walaupun satu dunia mengatakan itu salah..
Namun, orang yang berilmu ni biasanya dilihat sebagai pelik, kerana corak pemikiran kita jelas tentang sesuatu perkara, tanpa dipengaruhi oleh kebiasaaan atau persekitaran membuatkan kita mempunyai pendapat yang berbeza...

Itulah sebabnya orang berilmu ni lebih banyak diam..
Tak ramai yang mampu memahami apa yang mereka nampak...

Tau kan berapa ramai yang buat loan pendidikan yang bernilai ribuan ringgit dan end up bekerja dalam bidang yang tak berkaitan dengan course yang dorang amik time kat universiti dulu?
Saya salah seorang dari mereka..
Hahaha..

Sorang pakcik bagitau saya, anak jiran pakcik ni masuk U, tapi abes je belajar tak dapat kerja, pegi jaga lembu. Kalo takat jaga lembu, anak aku yang lepas spm ni pun bole buat. Ujar beliau dengan wajah yang menyampah aku tengok..

Apa bezanya orang berpendidikan jaga lembu, dengan orang tak berpendidikan jaga lembu?
Orang berpendidikan jaga lembu dengan matlamat nak jadi tokey lembu yang ada ribuan ekor lembu.
Tapi kalo baru setahun keluar U takkan bole dapat seribu lembu kot.. Takes time la...
Orang tak berpendidikan jaga lembu dengan matlamat nak jaga lembu sampai bila2 atau nak ada kandang lembu sebiji..

Begitu juga orang berpendidikan yang amik upah jahit baju bermatlamat nak ada kilang baju sendiri dengan jenama sendiri dan mengedarkan pakaiannya ke seluruh butik di Malaysia.
Tapi kalo baru keluar U setahun, takkan bole buat loan beli kilang...
Kene la kayuh slow2...
Orang yang tak berpendidikan yang amik upah menjahit baju akan jahit baju sampai la takde tenaga nak jahit dah, dengan upah yang sama sejak 20 tahun lepas...

Orang yang berpendidikan melihat sesuatu masalah sebagai misteri..
Apa yang perlu dia lakukan untuk menyelesaikan misteri tu demi melangkah setapak lagi...
Lagi banyak gagal, lagi bersemangat dorang nak selesaikannya..
Orang yang tak berpendidikan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu yang menyusahkan..
Lebih baik jangan kaco masalah tu, buat penat je..
Dan bila gagal sekali, dah serik dan taknak buat lagi...

Saya ada baca satu surat pembaca kat satu ruangan di alam maya berbunyi:
"Mak saya suruh masuk U. Saya tak rasa nak belajar la. Sebab sekarang ni pun ramai yang menganggur, kalo saya masuk U pun saya akan menganggur jugak. Saya nak berniaga. Saya tak fikir masuk U akan buat saya kaya. Cuba tengok Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Job. Dorang tu tak abes U pun tapi jadi jutawan.."

Apakah peratus orang yang tak pegi belajar tinggi jadi jutawan?
0.1% kot...

Dan berapa peratus yang tak belajar, dan tak jadi pun jutawan..?
99.9% kot...

Itu la..
Universiti bukan la satu2nya tempat nak dapatkan ilmu..
Tapi kene ingat universiti adalah SALAH SATU tempat yang paling banyak ilmu didalamnya..

Objektif sebenar kita masuk universiti ialah BELAJAR CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG BERLAMBAK2 DI DALAM UNIVERSITI TERSEBUT.

Kalo kita berjaya buat benda ni, in shaa Allah kat mana2 pun kita berada di dalam dunia ni kita pasti akan berjaya kerana kita tau cara mendapatkan apa2 saja maklumat yang kita nak...

Benih yang elok, dicampak ke laut pun menjadi pulau

Kesimpulannya, pendidikan tersangat la penting...
Dan jangan dilupa pula ilmu akhirat..
Kita pun tak tau bilakah ajal menjemput...

Wassalam...