Pearl Beads

Salam...

Minggu terakhir 2014...
Nampaknya tahun ni berakhir dengan bencana dan diharap tahun depan tak bermula dengan bencana..
Rasa macam bertimpa2 je bencana kat Malaysia ni..
Semoga kita sentiasa dilindungi..
Amin...

Barang baru harini ialah Pearl Beads - mutiara bulat yang ada lubang kat tengah..
Ada 4 saiz..
Pearl beads 6mm
Warna mutiara

Pearl Beads 8mm
Warna mutiara

Pearl Beads 10mm
Warna putih..
(warna mutiara untuk saiz ni dah abes stock. Jadi saya amik warna putih)

Pearl beads 12mm
Warna mutiara

Beads ni saya amik warna mutiara (warna putih ala2 cream) sebab saya guna warna ni..
kalo korang nak request warna lain, bole bagitau saya warna dan saiz nanti saya pi tengok ada tak yang korang nak tu...

Apa beza pearl beads dan half pearl?
Pearl beads ni bentuknya bulat dan ada lubang kat tengah untuk korang jahit pada fabrik atau masukkan dalam tali untuk jadi gelang ke rantai ke..
Half pearl pulak bentuknya separuh bulat, dia mana bahagian yang leper tu korang taruk gam dan tampalkan kat fabrik atau apa2 untuk hiasan..

Orait..
Esok kita jumpa lagi dengan barang baru yang lain...

Wassalam...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama