Cabaran 14: Cerita Kasut Saya

Salam...

Ceritanya ialah saya takde kasut, jadi camana saya nak ceritakan kesah kasut saya?
Huhuhu...

Ceritanya ialah sejak kecik saya suka pakai seliper flip flop sebab murah sedap pakai..

gambar ehsan www.flipflopstyle.com 

Kasut-kasut yang pernah saya pakai ialah bermula dari kasut sekolah rendah
Ada macam2 fesyen la selama 6 tahun tu..
Ini fesyen fevret saya
gambar ehsan myredloves.blogspot.com 


Time sekolah menengah pulak wajib pakai kasut hitam
Dan cam biasa la pakai kasut yang nampak normal sesangat

gambar ehsan www.gopixpic.com 

Bila masuk U ofkos la pakai kasut bertutup yang bercirikan kewanitaan..
Pastu pakai sarung kaki kaler coklat yang nipis tu...

Gambar ehsan pearlcrowntrading.indonetwork.co.id 

 Time gi sekolah dan kelas dan lab je pakai kasut
Time lain wajib pakai flip flop..
Kalo nak melawa sikit (macam nak gi bandar ke, kenduri ke) pakai sandal simple2 je macam.



Kasut raya pulak, mesti nak beli wedges camni..

Saya suka sangat tau kasut wedges..
Tapi time beli, mesti terlupa yang raya kan mesti nak ziarah rumah orang..
Penat la buka pakai buka pakai kasut ni... T____T

La ni kasut yang saya ada cuma wedges sepasang beli time raya haritu dan flip flop pasang...

NAma pun duk kat umah 24 jam, confirm takyah pakai apa2 kasut kan..
Hohoho..

Baru-baru ni saya terpikir.
Saya pakai tudung dan tutup aurat; tapi pakai flip flop..
Confirm belum tutup sepenuhnya aurat kan..
Rasa cam rugi pulak, atas semua tutup, tetibe nampak kaki..

Nak pi cari kasut malas la..
Saya kan tak minat shopping..
Tapi haritu saya godel2 terjumpa satu kasut yang saya minat nak pakai 

Gambar ehsan Qoo10
Nak beli dah haritu, tapi tak jadi beli sebab:

Tak reti nak pilih saiz
 Saya pakai kasut saiz 7, tapi kat situ ada saiz 30-an
Dan ada lagi saiz UK n US..
Saiz 7 yang saya pakai tu tak tau la UK punya ke Us punnya..

Dan dorang suggest amik saiz yang lebih dari kebiasaan, takot tak muat..
Erm.. risau gak nak beli..
Tak muat nanti rugi pulak..

Tak faham website tu
HArga asal RM182
Harga Q RM87
Harga diskaun RM40.20
Poslaju RM7.60

Bila nak checkout jumlahnya RM75.80?

Kenapa macam tu..?

Oleh itu, nanti ada masa baru pi cari kasut kat kedai kasut..
Tapi malas la nak shopping kasut.. :(

Itu la cerita kasut saya..
Semoga saya dapat kasut baru demi menutup aurat...
Amin...

Wassalam...


4 Ulasan

  1. Ayuni pun suka kasut wedges. Selalunya kasut wedges yang terbuka jari kaki tu Ayuni pakai sekali dengan stokin ikut padanan warna kasut, jadi nampak macam kasut tertutup. Cuba godek website Trendy Fairy untuk kasut wedges yang bertutup. Biasanya kasut saiz 7 sama dengan saiz 39 di Asia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, betul jgk kan. Tak terpikir plk pasal stokin.
      Mekasih ayuni.. byk infondapat ari sis.. ^^

      Padam
  2. Balasan
    1. Mmg pelik kan..
      Puas dah pikir matematik dia.. hoho

      Padam
Terbaru Lebih lama