13/03/2014

TUTORIAL SIMPLE FELT CRAFT: FELT HEART BROOCH

Salam...

Saya ada dapat banyak request heart brooch atau heart keychain atau heart HP straps atau heart magnet dan kuantiti yang beratus-ratus biji..
Biasanya order borong ni utk buat doorgift atau hadiah perpisahan camtu la...

Malangnya ada antara mereka yang order ni nak beli dengan harga 80 sen sebiji dan request free post dan nak free beberapa biji dan nak cepat; kalo bole harini order, minggu depan bayar, petang tu jugak nak pos...

Kalo saya cakap dorang ni dah gila, macam kasar sangat bahasa saya ni...
Walaupun kos bahan untuk buat sebiji brooch ni adalah kurang dari 80seb tapi masa saya yang sangat precious ni takkan nak dibuang begitu sahaja. Jahit satu persatu dengan tangan, lenguh pinggang, saket leher dan kejar masa nak siapkan lagi; disamping tolak order lain...

Oleh itu, kepada korang yang nak jimat; actually korang bole buat sendiri heart brooch ni..
Senang je caranya...
Kosnya pun tersangat la rendah...

Ni saya tunjukkan caranya ya...

BAHAN-BAHAN
Sekeping felt (saya suka merah)
Sebiji butang
Sebiji brooch pin
fiber
benang, jarum, gunting

CARA-CARA:
Mula-mula potong 2 keping felt berbentuk hati macam gambar di atas..
Korang bole lukis atau tekap

Amik felt pertama dan jahitkan butang kat atasnya.
Bentuk butang, saiz dan kat mana nak jahit itu terpulang pada kreativiti sendiri...

Amik felt kedua dan jahit brooch pin kat atas felt tu..

Selesai, akan jadi macam ni...

PAstu korang tindihkan bahagian felt yang kosong tu antara satu sama lain

Pastu jahit sekeliling dengan guna teknik insang pari..
Bole tengok tutorialnya kat channel youtube saya

Jangan jahit sampai abes tau..
Sebab nak sumbat fiber pulak..

Sumbat fiber...
PAstu sambung jahit sampai abes..

SIAP!!
Inilah hasilnya...

Ni pulak bahagian belakangnya...

Mudah kan...

Semoga tutorial ni dapat membantu korang menjimatkan wang dengan buat sendiri doorgift tu...
Kosnya memang kurang dari 80sen...
Banyak sangat bole jimat...

Korang juga bole gantikan brooch pin tu dengan magnet, atau keychain, atau hp straps...

Selamat mencuba!! 
>_<

Wassalam...

No comments:

Post a Comment