29/11/2013

Ribbon Apple

Salam...

Ribbon Apple dah restocked!


Ribbon Grossgrain Corak Apple
Tebal 9mm
Harga: RM1.50/semeter
RM6.00/ 5meter
RM10/10meter

Nak order, sila isi borang kat sebelah..
Atau order kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...


28/11/2013

ENDS RIBBON CRIMP

Salam....

Yay!
Akhirnya sampai pun..
Dah lama sangat benda ni...

ENDS RIBBONS CRIMP

Sebenarnya saya pun tak pasti nama dia siapa..
Ia digunakan utk kepit kat hujung ribbon
Jadi tak perlu lah jahit lagi pasni...
Wah, sangat-sangat memudahkan kerja...
Weeeeee,....

END CRIMP RIBBON
Saiz 10mm (guna untuk ribbon berketebalan 9mm)
Saya pun cuma jual ribbonsaiz tu, jadi elok la saya ada crimp saiz ni je...
Huhuhu

Harga RM1.50/10pcs
RM13.00/100pcs
Saiz 10mm
Kaler silver berkilat-kilat

Nak order, isi je borang kat sebelah kanan ni ya...

Wassalam...

27/11/2013

Felt Craft Tutorial: Simple Felt HAir Clips

Salam...

Hai semua...
Seronok tak cuti?
Dalam cuti-cuti ni jom kita relax-relax sambil buat felt craft..

Harini saya nak share satu projek yang tersangat simple..
Sesuai la untuk budak-budak sekolah and beginner...
TUTORIAL: SIMPLE FELT HAIR CLIP atau dalam bahasa Melayunya SEPIT RAMBUT FELT VERSI SENANG SANGAT-SANGAT

Bahan-bahannya ialah:
Felt sekeping (saya guna polyester felt)
Sepit rambut sepasang
Butang comel : Saya guna butang bapak besar, butang bunga dan butang bulat kecik
Benang dan jarum serta gunting

CARA-CARA


Mula-mula tekap bentuk sepit rambut
Pastu potong besar sikit dari saiz sepit rambut tu...
Potong 4 keping macam ni:

Mula-mula nak buat bahagian atas dulu:
Amik sekeping felt tu dan jahit butang bapak besar kat bahagian hujung yang lebih besar

Pastu jahit pula butang bunga kat atas dia

Pastu jahit pula butang bulat kat atas bunga tadi...
Siap bahagian atas...

Sekarang nak buat bahagian bawah pulak...
Amik sekeping yang lain dan buat garis camni dan potong ikot garisan tu..

Selitkan sekeping hair clips kat dalam lubang tadi

Siap bahagian bawah..

Sekarang kita nak cantumkan bahagian atas dan bawah pulak

Lapiskan macam ni...

Pastu jahit sekeliling dengan jahitan insang pari
KAdang-kadang saya guna jelujur..
Ikot kreativiti korang

JAhit sampai habis...
Siap!!

Buat dua pasang tau...
Baru cun...

Selamat mencuba.. ^_^

Wassalam...



26/11/2013

My Business Card with Calendar

Salam...

Yippi! Yippi!!
Business card baru dah sampai... Yippi!


Mulai harini, call card ni akan saya masukkan sekali dalam paket korang yang beli mana-mana produk dari asma-felt-box.
Sebenarnya saya nak start bagi bisnes kad ni semalam, tapi baru sampai petang semalam selepas pos barang...
Jadi tak sempat la... :(

Takpe-takpe, ada banyak lagi ni...
Saya order seribu keping.. Ntah bila nak abes... 
Hohohoho
Tu la.. Tamak sangat sape suruh... :P

Belakang dia ada kalendar 2014.
Bole la korang guna ketika kecemasan (kecemasan apa pulak tu..?)

Saya beli kad ni online je.. Senang sikit, takyah keluar umah dah...
Tiba-tiba encik posmen serah kat pintu rumah..
Heaven betul kan zaman sekarang...
Sebenarnya saya nak promote seller ni...
Tapi kan... Camne ek nak cakap..?

Servisnya sangat laju..
Saya order je terus reply, terus buat design, terus tukar sikit2 mana2 yang saya tak puas hati...
Dah la tu, mesra, beradab (payah nak cari orang beradab sekarang ni..), memberi layanan baik; pendek kata saya seronok sangat time berurusan dengan dia...

Bila saya confirm je design, esok tu terus siap dan pos..
Wow!!
Macam tak caya je...
Dah la murah, servis tip top wa cakap lu...
Biasanya orang Cina je buat servis laju macam ni..
Orang Melayu (pengalaman saya beli barang online dan offline), memang perlahan la..
Perlahan sampai saya dah bersedia akan terima barang lambat.
Dah tu, reply order cam acuh tak acuh je...

Contohnya:
Kastemer: Hi, sy nak beli A, B dan C. Berapa jumlah hrga n pos? TQ
Seller : RM50. Maybank : 418768146564. Nononi
Kastemer: Hi, sy dh byr. Ni slip byrn. 
Seller: ok

Kastemer: Hi, dah pos ke order sy? Bole bg tracking no.. :>
Seller: ef64456546my

Kastemer: Hi, sy dh terima brg. Tq ya. :>
Seller: Welcome

Ape ni? Saya berurusan dengan robot ke...?

Okay, back to the story...

Time saya dapat business card ni petang semalam; saya pun terus koyak dengan rakusnya plastik skynet tu.
Namun saya sangat kecewa (sebenarnya upset)
Sebab warnanya tak sama macam design yang dipersetujui..
Ni designnya...

Tak sama kan warna dia..
Hati saya luka la jugak.. T__T
Malam tadi saya inform dia pasal warna yang tak sama..
Dia minta maaf dan offer ganti rugi...
Baik kan dia.... ^_^

Tapi tak perlu la ganti rugi..
Maybe setting printer tu tak berapa betul atau ada sebab-sebab yang di luar kawalan...
Jadi redha je la utk 1st time..

Saya plan nak buat satu lagi business card, kali ni untuk Ash Wardobe
Ash Wardobe, my second business yang suam-suam kuku je tu...
Hahaha...
Takpe2, mula2 semua macam ni.. Terutama sekali bila modal ciput...
Apapun, yang penting ialah titik mula..
Bila dah mula, nak merangkak ke, nak mengesot ke, nak guling2 ke, nak berlari-lari anak ke; ikot suka la...
Tapi kalo tak mula, asyik2 tangguh;
"nanti la bila sampai masa" = memang takkan sampai punya.
"nanti la bila cukup modal" = memang takkan cukup punya
"nanti la bila lapang" = memang takkan lapang punya
"nanti la bila saya tau apa nak jual" = memang takkan tau punya.

Sebab, perkara paling penting ialah "TITIK MULA".
Bila dah mula, In Shaa Allah kita akan gerak walaupun selambat siput.
Saya dah merasa perkara ni kat asma-felt-box; jadi saya percaya...
Korang caya tak..?
Hohoho..
Eh, kenapa saya bercakap tentang hal ni...?

Tengok tu, saya dh start membebel..
Dah lama kan tak bebel...
Kuikuikui...

Okay, sebenarnya saya nak cakap,lepas ni saya akan order satu lagi kad untuk Ash Wardrobe..
Kalo kad tu sama warna dengan design yang saya nak; saya akan reveal siapa seller business card ni...

Sebenarnya saya serba salah...
Kalo saya promote dia, nanti korang dapat kad yang tak sama warna; mesti korang akan terdetik, 
"ni asma-felt-box punya pasal la ni." 
"menyesal aku percaya cakap asma tu"
"kenapa la asma promote seller yang macam ni"
-saya akan burukkan nama saya sebagai rakan subahat-

Dan kalo saya reveal nama dia harini, mesti korang akan terdetik,
"nasib baik asma bgtau, aku baru nak order dgn dia"
"owh, ok2. Taknak la order dgn dia ni"
"owh, ok.. nanti aku spread kat kwn2 supaya tak order ngn dia"
- saya dah burukkan bisnes orang. Walhal ni mungkin 1st time mistake dia-

Saya serba salah tapi saya nak jugak promote..
Kenapa saya nak promote? Diam je sudah la..

Saya nak promote sebab:
- servis laju gila (pendek kata dia macam 24jam online)
- kad berkualiti tinggi, tebal, keras (tak macam beberapa kad yg sya order sebelom ni)
- mesra (layanan tip top, sopan, baik -semua la)
- MURAH!! (RM60 utk 1000pcs termasuk pos dan design - kad berkualiti tinggi berkilat)
- dan yang paling penting saya nak membantu promote bisnes orang Melayu.
- cuma satu je masalah : warna tak sama -
Yg lain semua 5 bintang..

Apapun, second time nanti kita tengok camana...
Kalo ok, saya akan reveal dan kita sama-sama support online business macam kita ni..
Orait..

Wassalam...


25/11/2013

WOOD BUTTONS

Salam..

Wood Buttons dan restocked!!
Lama betul tak tengok buttons ni kan...

Wood Buttons

Ada 5 bentuk wood buttons
Butang beruang, butang harimau, butang rama-rama, butang siput dan butang ladybug

Harga: RM1.50/10pcs
1 pek ada 10pcs corak seperti gambar di atas..


Saya paling suka  button snail tu sebab dia senyum kat saya..
Harimau tu senyum gak; tapi tak kiyut..
Wakakaka...

Nak beli, boleh isi borang ya...
Atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...


Monday Motivation

Salam...


Jom keje kuat!
Yeah!
If you can't se a more profitable way to do something, you're not looking

24/11/2013

Button Mickey Mouse

Salam...

Butang baru yang kiut miut comel loteh sangat-sangat...
Rasa nak gigit-gigit je ni... Kuikuikui...

BUTANG KEPALA MICKEY MOUSE

Comel tak button mickey mouse ni..?
Butang ni diperbuat dari plastik
Saiz 13.5cm

Harga: RM1.50/10pcs
Mixed kaler..

Erm...
Tak tahannya saya tengok... >_<


Nak order, isi borang ya...
Atau terus order kat http://asma-felt-box.com

Wassalam..

22/11/2013

Bear Face Buttons

Salam...

Belom abes lagi barang baru ni...
Butang pulak...

BUTANG KEPALA BERUANG

Butang bear ni diperbuat dari plastik..
Warnanya cantek sangat... Geram tengok.. Hohhoho..

Saiznya 13mm
Harga: RM1.70/10pcs
Mixed kaler

Cantek kan?
Cantek kan butang muka bear ni...
A'ah kan.. Nama Butang Muka Bear lebih comel berbanding Butang Kepala Bear...


BErminat nak order?
Isi je borang kat sebelah ni...
Ataupun terus order kat : http://asma-felt-box.com

Wassalam...

21/11/2013

BRADS HITAM BERKUALITI

Salam...

Kali ni brads pulak sampai..
Yippi!!!

Ingat tak brads murah yang korang beli dari saya?
Harganya RM1.20/10pcs kan..
Tapi brads tu lembut  sangat, kasar dan kadang2 tak bulat betul...
PAstu time tekan-tekan tu, tetibe dia bengkok...
Grr,, Geramnyer..!!

Kali ni dah insaf, taknak pakai yang tu dah...
Nak pakai yang berkualiti punya...
Jeng jeng jeng!!

BRADS HITAM 5MM BERKUALITI TINGGI

Memang brads ni berkualiti; takleh nak cakap apa dah...
Time mula-mula pakai brads dulu, saya guna yang ni la..
Dan sekarang saya bertegas nak setia dengan dia.. <3

Harga brads hitam 5mm ni Rm1.50/10pcs
Kalo 100pcs RM13.00

Bukan tu saja, ada lagi sorang kawan dia masuk sekali..
Memperkenalkan kawan baru kita..

BRADS HITAM 8MM BERKUALITI TINGGI

Brads ni pun berkualiti tinggi...
Cuma saiznya 8mm...
Besar la..
Bole la guna nak buat masa plushie yang besar sikit..
YIPPI!!

Harga brads hitam 8mm ni RM2.00/10pcs
100pcs RM18.00

Jom tengok perbezaan saiz mereka...


Haaa...
Sebelah kiri tu brads 8mm
Sebelah kanak tu brads 5mm...

Jom jom order...
Isi je borang kat sebelah ni atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...





20/11/2013

FELT LADYBUG

Salam...

Jangan jeles ok.. kuikuikui...

FELT LADYBUG EMBELLISHMENT

MEmang dah lama sangat geram tengok minah-minah seksi ni..
Akhirnya terbeli jugak...
Muahaha...


Ladybug ni diperbuat dari felt keras yang tebal
Saiz 25cm
Kaler merah je ada..

Harga : 60sebiji.
10biji RM5.00

Berminat, bole isi borang ya...
Atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...

19/11/2013

FLOWER EMBELLISHMENT

Salam...

POLKADOT FLOWER EMBELLISHMENT


Tampalan Bentuk Bunga Polkadot ni bukan diperbuat dari felt..
Saya tak pasti material dia...
Dia macam plastik campur kain...
Lembut tapi bukan felt..
Ntah la.. tak berani cakap...
Tapi saya berani cakap yang bunga-bunga ni cantek sangat...
Hihihi...

Saiz: 2.8cm
Harga RM1.70/10pcs
RM15.00/100pcs
Mixed kaler


Berminat, boleh isi borang kat sebelah ni...
Atau direct order kat: http://asma-felt-box.com

Wassalam...

FELT BUTTERFLY EMBELLISHMENT

Salam...

Selain felt flower embellishment, ada juga FELT BUTTERFLY EMBELLISHMENT
Yippi!!

Tampalan Felt Bentuk Rama-Rama
Saiz 2.2cm
RM1.50/10pcs
RM13.00/100pcs
Mixed kaler


Pasni bole la kita tampal rama-rama kecik kat bantal, pencil case, hair clips dan macam-macam lagi.
Nak meriah, boleh tambah buttons, diamonds atau peral kat atas dia...
Best kan? Best kan?

Kalo nak beli, isi je borang kat sebelah ni..
Atau order terus kat : http://asma-felt-box.com

Wassalam...


FLOWER FELT EMBELLISHMENT

Salam...

Barang baru lagi..
.
FLOWER FELT EMBELLISHMENT 


Tampalan Felt Bentuk Bunga 5 kelopak
Saiznya 2cm
Harga: RM1.50/10pcs
RM13/100pcs
Mixed kaler


Flower felt embellishment ni adalah satu alternatif untuk crafter yang malas potong bunga kecik2 (macam saya)...
Atau rajin nak potong bunga; tapi selalu je tak simetri (macam saya jugak).
Jadi nak senang dan menjimat masa; boleh guna bunga ni...
Bentuk pun sama.. Saiz pun sama...
Senang kerja...

Nak order isi borang ya...
Ataupun boleh terus order kat : http://asma-felt-box.com

Wassalam...



18/11/2013

PLASTIK BERPELEKAT 6x15cm

Salam...

Ada satu lagi plastik kecik sikit.

Plastic Self-Adhesive 6x15cm


Plasti berpelekat saiz 6x15cm
Harga RM4.00/100pcs


Plastik ni saya guna untuk packing brooch atau hp straps yang kecik2...
Jimat sikit.. Hohoho...

Sape nk beli, isi je borang kat sebelah ni ya...
Atau beli terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...



PLASTIK BERPELEKAT 7x11cm

Salam...

Yang ni bukan craft supply baru; cuma baru restock...

PLASTIC SELF ADHESIVE 7x11cm


Plastik berpelekat sendiri 
Saiz : 7x11cm
Harga : RM5.00/100pcs


Plastik ni biasanya saya guna untuk packing keychain, hp straps dan brooch yang dah siap...

Berminat, isi borang kat sebelah ni ya..
Atau boleh terus beli kat: http://asma-felt-box.com

Wassalam...


BALL CHAIN 9.5cm

Salam...

Sori, terbantut nak buat post craft material yang baru masuk..
Okey2, jangan buang masa..

Next craft supply ialah : BALL CHAIN 9.5cm



Ball chain ni digunakan untuk buat keychain jugak...
Tapi kene guna eyelet la baru best... 

Panjangnya 9.5cm
Harga: RM2.00/10pcs
RM18.00/100pcs...


Seronok tak?
Saya yang seronok.. Sebab ada macam-macam idea nak buat ni...
MUaahahahaha....

Tapi kene siapkan doorgift kawen adik dulu baru bole buat projek suka suki... 
T__T

Berminat, sila isi borang kat sebelah atau terus order kat http://asma-felt-box.com

Wokep..
Stay tuned..
Ada lagi barang baru lain tau...

Wassalam...







Monday Motivation

Salam...


T__T
Stairs pun stairs la..

All the Best semua!
There is no elevator to success. You have to take the stairs

11/11/2013

Split Ring 1.6cm

Salam...

Split ring baru dah masuk...
Sila baca detail description ya..

Split ring ni diameternya 1.6cm

Harga:
RM1.50/10pcs
RM13.00/100pcs...

SAya harap korang faham saiznya sebelom order...
Kalo nak bayangkan saiznya boleh guna pembaris dan imagine kalo dia berbentuk bulat...

BErminat, sila isi borang di sebelah..
ATau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam


SET BENANG CROSS STITCH

Salam...

Ada banyak barang baru yang baru sampai...
Antaranya ialah set benang sulam ni atau ramai panggil benang cross stitch


Set benang cross stotch ni mengandungi 12 warna
Setiap warna ada 1pc

Ramai yang tanya ada benang khas tak untuk buat felt craft ni?
Ssecara jujurnya saya sendiri pun tak pasti.
Yang pasti saya sangat suka guna benang ni dalam felt craft.
Tapi harganya lebih mahal berbanding benang biasa; jadi saya decide guna benang biasa je..
Sapa2 yang nk try benang ni dipersilakan...


Harga set benang cross stitch ni ialah RM9.00/12 kaler
Saya jual by set je ya.. Takde loose
Dan 12 kaler ni je yang available buat masa ni...

BErminat, sila isin borang kat sebelah kanan ni..
Atau terus beli kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...