Re-branding..?

Salam..

Saya dah lama pikir nak re-branding..
Cuma saya tak tau nak nama apa...

Rasa nk rebranding ni start time saya niaga kat Midtown Esplanade lagi..
Time saya edar flyers, ramai yang terkejut beberapa saat pastu gelak seraya berkata, "laa. Sy igtkan jual ubat athma.. "
Bagi saya itu tak kelakar...

Kemudian ada lagI beberapa orang dewasa (peniaga jugak) yang komen tentang nama brand saya terlalu panjang dan susah nak sebut...
Asma felt box.. susah ke...?

Dan bila saya participate dalam beberapa kursus dan seminar usahawan, ada sesi pembentangan perniagaan seperti bajet, nama, packaging, produk, advertising dan sebagainya... time saya bentangkan jenama saya, speaker tu komen bahawa Asmafeltbox ialah nama yang berunsur negatif, terlalu panjang dan susah nak sebut. Dia sarankan saya tukar kpd AFB (singkatan asma felt box)...
What..?
Macam sangat tidak memberi apa2 erti je nama AFB tu...

Susah ke nak sebut asma felt box..
louis vuitton senang tak nak sebut? Sebab fu rata2 sebut LV je ek...

Sejak balik dari seminar tu (kira2 2 tahun yg lepas) saya bersetuju dengan pendapat mereka..
Negatif, panjang dan susah nak sebut..
Dan saya nak tukar kepada nama lain yang lebih bold, outstanding dan senang nak ingat..
Akibatnya, dua tahun kemudian (iaitu harini) saya masih tak ubah nama asmafeltbox tu...

Kenapa...?
Bukan sebab tak mau, tapi sebab tak tau nak tukar kpd nama apa...
Banyak idea yang saya senaraikan tapi satu pun rupanya tak macam saya...
Saya tak nak jadi fake...

Harap2 sebelom habis tahun ni saya dapat figure out satu nama lain yang sesuai untuk dijadikan brand menggantikan asmafeltbox,..
Seriously, saya tak sabar nak rebranding...

Selamat berjaya Asma...

Wassalam...

2 Ulasan

  1. Akak! Saya rasa ok je pun Asma Felt Box tu. Kalau AFB tu dah mcm bank -_- Hoho. Kalau akak nak rebranding, buh la Asma Craft ke, hehe cadangan je ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Macam bank kan...
      Asma Craft dh ada org punya...
      Nk pikir lg ni nama yg sedap disebut... :/

      Padam
Terbaru Lebih lama