handmade felt craft supplies Malaysia

31/07/2013

Update polyester felt

Salam...
Entry ni ditulis untuk menjelaskan status felt dgn terperinci...
Untuk pengetahuan semua, stok polyester felt masih belom sampai...
Kesahnya felt tersebut telah dihantar ke alamat orang lain di Kota Kinabalu dan kini dalam tahanan kastam di sana.
Saya tidak dapat berbuat apa2 mengenai barang tersebut kerana nama saya tiada dlm rekod yang berkaitan dgn parcel itu...
Setelah banyak kali (iaitu berhari2) menelefon pelbagai number poslaju dan kastam tapi tak angkat2, dan pass saya ke sana ke sini, akhirnya saya berjaya menghubungi orang yang betul, dan mereka memberitahu bahawa saya tidak berhak meminta barang itu ditukar ke alamat saya. Cuma pengirim yang boleh berbuat demikian.
Pengirim pula tidak dapat membuat pertukaran alamat kerana menurutnya Malaysia tidak membenarkan pertukaran alamat dibuat (tak tau la ye ke tak. Pelik jgk sbb kastam sendiri yg minta sy suruh pengirim yg tukarkan alamat).
Saya telah meminta bantuan penerima dan beliau telah menghubungi kastam kota kinabalu dan memaklumkan kastam di sana berkenaan hal pertukaran alamat.
Kini saya cuma menunggu feedback dari kastam...
Ini adalah minggu terakhir sebelum raya dan time ni ialah time yang paling high traffic kat mana2 tempat pos di seluruh Malaysia.. jadi tak dapat expect brg akan sampai cpt..
Di bawah ni ialah screenshot status felt yang tak berupdate...
Dan satu lagi ialah kaler felt yg masih ada dalam stok...
Oleh itu, kpd anda yang dah buat pembayaran utk pembelian felt, anda dibenarkan request for refund dan saya akan pulangkan bayaran ke akaun bank anda.
Anda juga bole request utk tukarkan dgn acrylic felt (felt lembut)
Saya nak memohon maaf atas kelewatan ini kerana tidak menyangka perkara buruk ni telah berlaku ke atas saya.
Ada 2 trip parcel felt lagi yg otw, dan semoga ia tak sangkut di mana2 planet lain lagi lepas ni.. Amin...
Terima kasih kerana bersabar dgn hal ni dan terima kasih atas email dan pm yang memujuk saya utk bersabar dan kautkan semangat..
Walaupun tak pernah kenal dan tak bersua muka, tapI korang baik sgt terhadap saya...
Mekasih sekali lagi.. ^__^
Wassalam....

No comments:

Post a Comment