July Birthday Present Giveaway...

Salam....

Alaaaaaaaaa...
Dah masuk July... Camana saya bole tak perasan ni...
Baru perasan masa nak filing resit Poslaju malam tadi...
Alaaaaaaa!!

Sebenarnya utk July ni saya nak CUBA start new projek utk Asma Felt Box...
Memandangkan saya ni jenis tak konsisten, jadi cam tak berani nak war war kan cepat sgt...
Ingat bulan July ni la nak start... 
Apa la rugi betul...

Harini dah 2 July... Rasa cam tak aci pulak nak start harini...
Erm....
Camana ni? Camana ni..?
Bulan depan lambat lagi..
Camana ni? Camana ni..?

Okay... MAri kita berhenti dan berfikir...
__________________________________________________________________

Takpe la..
Kita buat je walaupun lewat sehari kan... T__T (nanges laju2..)

Selamat Datang Julai...

Julai adalah bulan yang sangat istimewa di Asma Felt Box sebab kalo korang flash back balik, Asma felt Box lahir pada 25hb Julai 3 tahun yang lepas...

Dan kali ni saya nak buat satu projek iaitu projek "July Birthday Present Giveaway"
Ia bukan la satu projek yang istimewa, cuma saya nak sponsor hadiah hari jadi buat insan tersayang korang...
Yup..
Saya nak sponsor hadiah hari jadi buat insang tersayang korang...
Clap! Clap! Clap!

Hadiah ni cuma tak la seberapa sangat, saja suka2 nak bagi..
Dan of course hadiah tu semestinya berupa handmade yang saya create dari felt.. (apa lagi yg saya mampu buat.. T__T)

Berikut ialah syarat2 penyertaan:
  • Terbuka kpd semua penduduk di Malaysia. Bangla pun bole asalkan duk kat Malaysia.
  • Peserta dan penerima hadiah wajib mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia (kerana saya akan gunakan alamat peserta sebagai pengirim dan alamat penerima sebagai penerima... Sy cuma tukang sponsor je..)
  • Peserta perlu memilih orang tersayang yang lahir pada bulan July sebagai penerima hadiah. (pakwe, makwe, suami, isteri, ayah, ibu, anak ,kakak, abang atau sesiapa asalkan korang sayang kat dia)
  • Peserta TIDAK BOLEH memilih diri sendiri sebagai penerima hadiah, kerana niat saya nak sponsor hadiah UNTUK orang yang korang sayang. Kalo korang sayang diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain, mungkin korang bole cuba berkorban dan pilih orang yg kedua paling korang sayang.. Kalo tak berjaya berkorban, cuba lagi smpai berjaya.. Jangan putus asa k...
  • Peserta perlu mengisi borang di bawah dengan lengkap dan jujur. Borang yang tidak lengkap atau berunsur kepalsuan akan didakwa. (borang itu yg akan didakwa, bukan penulisnya. Jadi jgn bimbang.. Hahaha)
  • Peserta hanya boleh menghantar satu borang sahaja. Lebih dari satu borang secara automatik penyertaannya akan terbatal.
  • Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
  • Hadiah akan diposkan pada bila-bila masa sepanjang July.. Oleh itu kemungkinan hadiah sampai pada bukan tarikh lahir penerima adalah tinggi.. Contoh, kalo pemenangnya lahir pada 1hb dan saya mungkin akan poskan pada 10hb.. Oleh itu kpd mereka yang sangat menepati masa, anda tidak digalakkan menyertai kerana khuatir tidak berpuas hati dgn waktu sampainya hadiah tersebut dan tidak dapat tidur malam memikirkannya.. Apapun, GA bulan depan mungkin kita bole start bulan ni dan tutup penyertaan sebelom masuknya bulan depan kan... Erm... Good idea... (puji diri sendiri.. Huhuhu..)
  • Hadiahnya saya belom buat lagi... (Huhuhu.. Teruk betul.. :P)
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 July 2013.
Nak try your luck? Jom isi borang dibawah ni ek:


Name:
Email Address:
Alamat rumah saya
No tepon saya
Nama orang tersayang
Tarikh lahir beliau:
Nama panggilan/nama manja beliau disisi anda:
HUbungan beliau dengan saya:
Alamat beliau:
No tepon beliau:
Terangkan secara ringkas tentang beliau (karakter, kegemaran, kelebihan etc)
Kenapa saya sayang beliau dan kenapa saya nak bagi hadiah ni kpdnya:
Coretan utk beliau (diatas kad ucapan):
Saya mengaku bahawa: Maklumat di atas adalah benar dan tiada sebarang unsur pembohongan
Saya bukan penerima hadiah tersebut
Penerimanya benar2 lahir pada bulan July
saya benar-benar sayangkan dia
Jika saya berbohong dengan niat ingin merembat hadiah tu bagi menjadi milik saya, dan kebetulan saya menang dan mendapat hadiah tersebut maka: saya akan menerima akibat yang diturunkan ke atas saya akibat berbohong dan mementingkan diri sendiri serta merosakkan projek yang sungguh murni ini.. (haha..murni la sangat.. :P)

Amin...

Terima kasih kerana sudi join GA ni.. Pemenangnya akan diumumkan dan bakal dihubungi menerusi email. 
Semoga berjaya.. :>

Create a web form here


Ingat sebelom 10hb July tau...
Hadiahnya nanti saya pikir..
haritu dah ada idea, pastu lupa pulak.. 
Hohohoho...

K, jumpa lagi esok...
Tata...

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama