Jo Qusary

SAlam...

These colours reminds me of someone... Jo Qusary...
Saya kenal dia selama 3 tahun via online and 1st time kat YS pastu trus follow blog dia smpai la....
Sampai la dia tutup blog....
Time tutup blog tu sempat pulak dia reveal yg Jo Qusary tu sebenarnya tak wujud..
Ia hanya satu eksprimentasi oleh beberapa manusia yang tidak dapat dikenalpasti apakah tujuan mereka membuang masa sedemikian rupa selama 3 tahun...
Sebelom reveal tu sempat pulak reka citer bahawa Jo Qusary nak berkahwin dgn sepupunya dan akan berpindah ke luar negara oleh itu akan tinggalkan identity Jo Qusary buat selama2nya... Kelakar kan, macam kat luar negara takde tenet plk...
Jo Qusary keep on reminding us bahawa beliau adalah Asperger, sindrom di mana saraf2nya tak dapat berhubung utk memproses perasaan... Jadi beliau tak berapa faham tentang sayang, cinta, sedih, gembira dan sebagainya. Muka beliau pun tak dapat memberi ekspresi yang betul kepada emosi akibat emosi tidak dapat dijana (lebih kurang camtu la yng saya faham)... Oleh itu memang ajaib la bila ada banyak entry beliau yang penuh emosi walhal haritu cakap takde emosi...
Pelik pelik pun, wat tak tau je la...

Kenapa saya cakap tentang Jo Qusary...?
Sebab beliau suka sangat kopi dan kaler blog saya ni adalah ala2 kaler blog beliau yg sebelom ni...
BUkan sengaja sya pilih kaler ni, cuma kebetulan terpilih kaler ni time mengecat blog ni tadi..
Tup tup teringat kat Jo...

Salah satu perkara paling berharga dia bagi kat saya ialah:

Gambar ni...
dan ayat yang dia tulis kat saya:

"True friendship love", walaupun tak pernah jumpa dan kenal, tapi aku boleh lihat hati ko... it's so sad and pure. Thank you for listening all this while and understand me more than anyone in this world could... thank you for telling me the ways of the human emotions without being a hypocrite... terima kasih sebab tak pernah berprasangka buruk dgn aku atau fikir aku jahat, gila, ego, materialistik, gatal dan bodoh mcm org lain fikir ttg aku selama nie. You are truly extraordinary :D"

Pastu menang contest dari Jo, dapat ni:


Pastu dapat hadiah raya:


dan hadiah hamper kopi bernilai RM100.oo
(gambarnyatak jumpa dah)...

Erm...
Dengan semua yg saya dapat ni, camana saya nak percaya yang Jo Qusary hanya rekaan semata2...?
Apepun semoga Jo berbahagia dgn sepupu merangkap suaminya, Amel tu di luar negara..
Dah ada baby dah kot.. Huhuhu...

Wassalam...






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama