Felt Craft Tutorial: Simple Keychain for Beginner

Salam...

Ini adalah request dari terlalu ramai orang sejak tahun lepas...
Dan baru sekarang saya berkesempatan merealisasikannya...

Cekidaut!
Simple Keychain for Beginner

Bahan-bahan: 


1. 2 keping felt yg dipotong mengikut bentuk kepala katak
2. 2 keping felt hitam yang dipotong bentuk bulat untuk mata katak
3. Keyring
4. Ribbon
5. Fiber
7. Jarum dan Benang

Dah siap dah ek... Okay, jom start.. :D

1. Jahit kedua-dua mata katak tersebut dengan menggunakan benang hitam

2. Kini katak tersebut sudah dapat melihat anda... @_@

3. Sekarang mari kita benarkan katak in bernafas dengan membuat kedua-dua lubang hidungnya...
Satu dah siap....

Dua dah siap... Wah, segarnya udara di bumi...^_^

4. Untuk mengetahui apakah perasaan katak ini terhadap anda, mari kita hasilkan mulutnya pula...
Untuk merealisasikan impian ini, teknik jahitan kia digunakan..

Sila jahit dengan penuh berhati-hati dengan perasaan berbunga-bunga.. :>

 Wah! Dia senyum...
Nampaknya katak ini sangat suka pada anda... >_<


5. Sekarang masa untuk buat riben ntuk gantung keychain. Cuma jahitkan sikit riben di bahagian belakang kepala katak.. 
Siap!!

6. Lapikkan muka katak dengan belakang kepala katak, dan pastikan riben berada di bahagian dalam kepala tersebut.

Dengan menggunakan teknik insang pari, weldingkan kedua-dua keping felt ini dengan berhati-hati...
Jika perlu, pakai cermin mata keselamatan...


Ah, jangan biarkan riben itu menghalang perjalanan anda... 
YEAH!!!

7. Break..... apabila sudah hampir di garisan penamat.... Sumbatkan fiber-fiber lembut ni secukupnya...
Sambung semula perjalanan anda hingga ke titik mula tadi....

8. SIAP!!!!!

Phew.....-__-"
Gantung la nak gantung apa pun.. Jangan gantung kucing sudah.. HUhuhu.. Meow... @_@


Yg kanan tu adik saya jahitkan.. Pandai kan dia... :)

Diharap tutorial yang paling simple dalam dunia ni berjaya menggembirakan hati adik-adik yang setia menunggu dari tahun lepas...
Minta maaf kerana ia sedikit terlambat (sedikit ke....Huhu..)

Dan sekiranya anda menggaplikasikan tutorial ni dalam kehidupan seharian anda, jangan segan2 sharenya di sini dgn menampalkan link gambar tersebut dalam komen dibawah...

Baiklah, sampai berjumpa lagi tahun depan...

Bye.... :D

Wassalam....

28 Ulasan

  1. bravo asma! ang mmg xlokek ilmu.. truskan usaha ;)

    BalasPadam
  2. TQ for sharing...sharing is caring...seronok bila dh berkraf..sy br berjinak-jinak ngan kraf...bila buat skali..pasti nak buat lagi :-)

    BalasPadam
  3. Dsuefia: Mmg.. Mcm addicted... >_<
    Ni pun request dr customer budak2 skolah yg baru2 nk belajar... Sy share apa yg sy tau je.. Byk lg yg belom explore.. XD

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. nice,sy ada try. but sy kalo jait kt ribbon tu nmpk cam comot jer... camne nk nmpakkan kemas..?

    BalasPadam
  6. saya xpandai la nak matikan jahitan last skali..mesti jadi xkemas ..ade tips tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matikan jahitan ea...
      Cume ikat mati 2x. Pastu cucuk jarum kat tempatmatikan benang tu dan kuarkan kat mana2 tempat pastu potong...
      Bole faham ke...
      Huhuhuhu

      Padam
  7. saya xpandai la nak matikan jahitan last skali..mesti jadi xkemas ..ade tips tak

    BalasPadam
  8. kak asmah..saya tak pandai nak jahit insang pari apabila dah sampai dekat reben... :( boleh akak buat tutorial cara nak jahit apabila dekat reben..saya berharap sangat akak boleh tunjukkan caranya..THANKS

    BalasPadam
  9. huhuhu,,npew xley copy??
    sy nk wt assignment.. =.="

    BalasPadam
  10. Salam asma..saya nk order starter pack yg rm35 tu boley?.. Apa yg included ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...
      Mekasih.. Barang2 yg ada dlm starter pack tu bole tgk gambarnya kat sini ya : http://asmafeltbox.com/index.php?route=product/product&path=75&product_id=175

      Padam
  11. Balasan
    1. Ada sis.. Bole beli direct hat asma-felt-box.com atau email kat asema84@gmail.com
      :)

      Padam
  12. assalam...yg dekat reben tu...nk gne jahitan ape??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. Guna jahitan insang pari juga.. :>

      Padam
  13. Tq ..tutorial mudah diikuti..tp..saya xpndai nak buat alphabelt ..xdpt nak tulis nama..blh x share kat kak..mcmana caranya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay, nanti saya buat tutorial ya.
      Terima kasih atas cadangan :D

      Padam
Terbaru Lebih lama