Keychain Nak Duk Oversea,,,

Salam...

Sebenarnya saya agak excited sejak semalam, kerana seseorang yg berminat nak beli keychain ni dah email saya untuk tanyakan hal harga dan design.

La.... tu pun nk excited...

Mestilah......

Sebab....
She's from Canada!


CANADA, beb...


Actually business ni pun masih sgt2 baru.

Label pun belom buat, packaging pun belum decide, asyik2 tukar2 jer...

Tup..tup.. beliau dah email nk 20 units.

Beliau tanya pasal posting yg terbaik, tempoh masa dan payment secara Paypal atau money order...

Dan saya tak reti apa2 pun hal tu...
S
elama ni cuma guna pos ekspress dan payment semua secara cash deposit terus ke akaun...
Kad kredit dan PayPal tak pernah amik tau ape bendanya tu...

Naseb
baik beliau faham dan bg beberapa suggestion...

Huhu...

Baguskan kalau produk ni dpat berhijrah ke negara lain dan menetap di sana...
Macam seronok je bila pikir balik...

Design baru tak buat lagi...

La ni tgh siapkan order budak2 sekolah yg baru...

Ni order yang siap digunting. Ada yg dh siap jahit.


Ni pula untuk tag nama...
Suka betul tag nama la budak2 ni...

Bagus2...
Sila order lagi...

Saya terfikir nak buat tutorial ringkas cara-cara menjahit felt. Tapi belum punya masa.
Walaupun ada banyak tutorial macam ni dalam tenet, tapi saya tetap nak join meriahkan suasana...

Menyebok je saya ni kan...

Wassalam...

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama